Followers

Wednesday, May 31, 2017

IFTAR @ KHEMAH BESAR INTEKMA

INTEKMA IFTAR


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Iftar di khemah besar? Dengar macam menarik bukan. Kali ini INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam diadakan di khemah besar ‘Marquee Tent’ yang baru dibina dan menawarkan variasi juadah berbuka puasa dengan harga yang ku rasa berpatutan juga bagi mereka yang baru ingin mencuba.

Okay baiklah, yang ingin diketengahkan disini ialah ‘Marquee Tent’ keunikkan suasana berbuka dan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan serta menunya yang pelbagai. Suasana khemah besar itu juga dilengkapi dekorasi dengan elemen tradisional seperti lampu minyak antic, kain sarung, pelbagai buah-buahan termasuklah motif batik Mega Mendung.


INTEKMA IFTAR


INTEKMA IFTAR


Dekorasi dan karya khemah besar tersebut diinspirasikan oleh Puan Mastura dan dipilih menjadi penghias khemah sepanjang bulan Ramadhan ini. Beliau yang terkenal dengan lukisan berskala besar dan karya yang mengetengahkan subjek menarik daripada pengalaman hidupnya juga mempamerkan karyanya di Galeri Seni, Segaris Art Center.

Sesi Iftar di INTEKMA ini berlangsung dari 28 May 2017 sehingga 24 Jun 2017. Lebih daripada 70 jenis hidangan tersedia, Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kawah, Nasi Briyani, Pindang Ikan dan Sotong Masak Hitam.

Tidak ketinggalan juga juadah sampingan yang menjadi pilihan orang ramai seperti Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang di masak segar daripada stesen secara langsung.


INTEKMA IFTAR


INTEKMA IFTAR


INTEKMA IFTAR


INTEKMA IFTAR


Untuk hidangan cuci mulut pula terdapat seperti Sagu Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Agar-Agar Pandan, kuih muih tradisional termasuklah kek dan buah-buahan segar pasti melengkapkan hidangan anda dan secara keseluruhan pasti mengimbau memori manis ketika zaman kita membesar dahulu.

Dari segi harga buffet pula RM 55 untuk dewasa dan RM 27 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Manakala mereka juga boleh mendapatkan harga istimewa menerusi kupon pembelian terawal bernilai RM 45 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan kalian boleh menghubungi mereka di talian seperti berikut :- 03-55225009/5001/5104/5106/5222/5066.

  INTEKMA IFTAR

Comments (0)