#FTRoadPediaZonSelatan Menjejak Warisan Sejarah & Tempat Makanan Menarik.

IMG_3925 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada 7 hingga 9 April 2017 yang lalu, ku berkesempatan menyertai Siri Jelajah Jalan Persekutuan yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan penjelajahan dari Kuala Lumpur ke Melaka dan destinasi terakhir di Johor menggunakan Jalan Persekutuan sebelum pulang semula ke Ibu Kota Kuala Lumpur.

Rata-rata antara kalian pasti tidak beberapa kenal Jalan Persekutuan bukan ? hehe. Kalau dalam Bahasa pasarnya orang kita akan panggil ‘Jalan Dalam’ selain melalui jalan highway. Okay baiklah, ku akan terangkan serba sedikit tentang jalan persekutuan ini. Jalan-jalan persekutuan adalah rangkaian jalan raya yang diwartakan di bawah kuasa Menteri Kerja Raya seperti yang diperuntukkan dalam Akta Jalan-jalan Persekutuan 1959.

Ianya merupakan jalan raya utama jarak jauh yang menghubungkan antara ibu negeri, bandar-bandar utama serta jalan-jalan ke pintu masuk utama negara termasuklah jalan masuk pelabuhan serta jalan masuk ke lapangan terbang. Pembinaan Jalan Persekutuan adalah manifestasi falsafah Kerajaan dalam menghubungkan masyarakat di Malaysia.


WhatsApp Image 2017-05-10 at 8.30.21 PM


Dengan adanya ku sebagai blogger menyertai pengembaraan Siri Jelajah FTRoadPediaZonSelatan ini ku ingin merasa sendiri pengalaman melalui Jalan Persekutuan ini dan dapat lihat tempat-tempat yang menarik serta makanan-makanan yang mungkin jarang sekali kita dapat di RnR Lebuhraya. Kalau bab makan mesti laju lah korang hehe. Tahu dah masing-masing memang suka makan bukan ? Selain itu dapat lah juga melihat tapak-tapak projek.

Jelajah menaiki bas melalui Jalan Persekutuan ini mengikut zon dan diketuai oleh YB Menteri Kerja Raya YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bersama pengurusan tertinggi Kementerian dan Jabatan serta agensi dan media turut serta. Ku pertama kali sertai pengembaraan sebegini ada sekali Menteri turun padang barulah dapat cipta detik indah bersama FTRoadPediaZonSelatan ini hehe.


IMG_3926


Flag Off dimulakan di MARA Japan Industrial Institute terletak di Beranang Selangor. Di situ sambil menunggu majlis perasmian sempat juga merasa Satay Kajang Samuri Original dari Kajang. Almaklumlah sebelum sampai ke Beranang harus tempuhi Kajang dahulu sebelum ke Seremban Negeri Sembilan. Ianya terletak di Bangunan Dato’ Nazir bersebelahan dengan Stadium Kajang melalui FT01. FT (Federal Route)


REMBAU CRYSTAL


IMG_3935


Persinggahan melalui Jalan Persekutuan ke Rembau Crystal yang terletak di Rembau Negeri Sembilan. Rembau Crystal ini adalah berdasarkan perkongsian diantara pihak Yayasan Negeri Sembilan dan HM Crystal Sdn Bhd. Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan untuk mengkomersialkan produk Kristal dengan mempelbagaikan pengeluaran berasaskan produk tersebut.


IMG_3937


IMG_3938


Disamping itu, penubuhan syarikat ini juga mengambil kira saranan kerajaan negeri dimana slogan ‘think tourism’ serta ‘satu daerah satu industri’ menjadi ilham kepada penubuhan syarikat. Selain daripada pembuatan Kristal, Rembau Crystal ini menjadi salah satu destinasi pelancongan di daerah Rembau khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Dalam menjamin kesinambungan kepakaran dalam pembuatan produk syarikat telah melatih anak-anak tempatan.


IMG_3936


Okay baiklah, Rembau Crystal ini terletak di atas tanah seluar 4.5 ekar di mana bangunan terbina pada bangunan yang berseni Minangkabau. Pelawat-pelawat atau pelanggan berpeluang melihat bagaimana pengeluaran Kristal serta boleh mencuba mempelajari teknik pengeluaran Kristal ini serta berpeluang membeli produk siap di dalam galeri yang dipamerkan.

Kalian boleh singgah di Rembau Crysta Kampung Senama, 71300 Rembau, Negeri Sembilan, 71300, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia.


ASAM PEDAS MELAKA

Setibanya kami di Melaka di Mukim Batang 3, Daerah Melaka Tengah di Masjid Batang Tiga untuk majlis perasmian dan pembukaan masjid tersebut. Perlaksanaan projek baru Batang 3 di Mukim Batang Tiga adalah mengatasi ketidakcukupan ruang solat di masjid lama Batang Tiga yang berada di Laluan Persekutuan Lima (FT05) Jalan Klebang.

Reka bentuk masjid baru ini dilaksanakan sepenuhnya oleh JKR Melaka dan pembinaan bermula pada 21 September 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 13 April 2017. Masjid baru ini dapat memuatkan lebih kurang 1200 Jemaah, 100 unit tempat letak kereta dan 54 parkir motosikal. Selesai aje kami solat Zohor berjemaah di Masjid tersebut. Kini tibanya masanya untuk makan hehe.


IMG_3947


Ku dapat merasa Asam Pedas Melaka, asam pedas ialah sejenis masakan Melayu yang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan ku sendiri merasa Asam Pedas ternyata memang kalau ia dimasak oleh orang tempatan sini memang berbeza di Kuala Lumpur. Ku merasa Asam Pedas dan campur dengan lauk lain seperti gulai lemak nangka, sambal belacan dan ulam-ulam. Sedap !


MUZIUM KAPAL SELAM


IMG_3965


Kami seterusnya ke Muzium Kapal Selam yang terletak di Dataran 1 Malaysia dan buat kali pertamanya ku ke sini hehe. Kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis ini dahulunya dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dibina pada tahun 1979, kapal selam tua seberat 1,200 tan ini kemudian dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium.


IMG_3966


IMG_3967 

Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah semasa ia belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009. Ia kemudiannya dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo. Proses membawa kapal di dalam laut ini naik ke darat pun bukan kerja senang. Ia ditarik ke pantai Klebang oleh sebuah trailer khas yang mempunyai 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia. Awesome kot !


IMG_3968


Apabila ke Muzium Kapal Selam, kalian boleh masuk ke dalam kapal selam tersebut dan boleh melihat tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew sewaktu masuk ke sini. Harga untuk masuk bagi dewasa RM 5 dan Kanak-kanak RM 2.



KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE 
& KUIH KERIA ANTARABANGSA


IMG_3963


Selepas aje kami melawat Muzium Kapal Selam, kami ke Dataran 1Malaysia untuk menikmati minum petang dan amat mengejutkan apa yang dihidangkan ialah makanan dan minuman yang paling popular di Melaka ini hehe. Kalau nak dapat pun perlu berbaris panjang sebab sedap kan hehe. Alhamdulillah dapat juga merasa tanpa perlu beratur panjang. Semuanya tersedia Klebang Original Coconut Shake dan Kuih Keria Antarabangsa. Dapat jumpa Owner kedua perniagaan ini lagi tau hehe.


IMG_3962


Klebang Original Coconut Shake merupakan air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pelbagai rasa dan dikenali coconut shake cukup popular di Klebang, Melaka. Gerai yang diberi nama Klebang Original Coconut Shake ini juga menyediakan perkhidmatan ‘tapau’ bungkus kalau kalian tidak minum di dalam gerai. Boleh berbaris di simpang masuk kedai hehe. Sedap kot.

Kuih Keria Antarabangsa ini yang terletak di Limbongan bersebelahan Masjid Limbongan. Kuih Keria ini agak terkenal hamper satu Malaysia karena rasa kesedapan dan kemanisan yang ada pada Kuih Keria tersebut. Ramai sanggup berbaris panjang semata-mata ingin membeli dan merasa Kuih Keria Antarabangsa ini. Ku sendiri pernah merasa, pernah berbaris untuk membeli hehe.


RESTORAN MELAYU MELAKA


IMG_3981


Kalau dah penat berjalan satu hari di Bandaraya Melaka dan check in hotel. Waktu makan malam jangan dilupa karena banyak kedai dan Restoran menarik di Melaka ini. Dan ku tertarik dengan satu Restoran ini yang betul-betul terletak di Bandaraya Melaka ini. Restoran Melayu Melaka, disini seperti satu hari perjalanan dan aktiviti yang panjang kami makan malam di sini.

Ku nikmati hidangan menu yang pelbagai pada malam itu dan ianya disediakan istimewa oleh chef handalan. Aneka hidangan masakan Melayu boleh dinikmati di samping suasana restoran yang sangat open air sambil menghirup udara segar di malam hari hehe. 


SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES


IMG_3972


Inilah masa yang ditunggu-tunggu setelah seharian ada aktiviti, travel dari Kuala Lumpur hingga ke Melaka ialah check-in hotel dan berehat hihi. Kami bermalam di Swiss Garden Hotel & Residences Melaka untuk satu malam sahaja sebelum keesokkannya bergerak ke Johor Bahru. Impian jadi kenyataan apabila dapat bermalam di sini.


IMG_3973


IMG_3974 


IMG_4006


Hotel yang bertaraf 4 Bintang ini terletak betul-betul di tengah pusat bandar Melaka dan Melaka River Cruise. Ku rasa ini merupakan Hotel tertinggi di Melaka hehe sedangkan bilik kami pun level 24. Kelengkapan bilik sangat menarik dan boleh dikatakan apa yang ku guna setiap hari ada dalam bilik hehe. Paling penting ada Swimming pool dan gym hehe. Breakfast pada keesokkan harinya pelbagai menu boleh kalian pilih dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Tapi breakfast harus lah ‘Like a King’ banyak la tu.


IMG_4008


Hotel Swiss Garden ini beralamat di T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Melaka Tengah, Melaka, Malaysia.


KOPI 434


IMG_4015 


IMG_4013


Hari kedua untuk trip FTRoadPediaZonSelatan destinasi pertama kami ke Tangkak Johor untuk perasmian JKR Mobil Service Station. Di Tangkak Johor katanya ada satu Kopi yang sangat terkenal di sini iaitu Kopi 434 hehe. Almaklumlah pagi-pagi bangun masih lagi blur dan dapat merasa sarapan pagi dengan Kopi 434 ini.


IMG_4014


Almaklumlah ku sebenarnya kurang gemar minum kopi, tapi apabila rasa Kopi 434 ini rasa kopi di sana pastinya akan buat kalian terangkat disebabkan oleh “elephant bean” yang ada di sana. Terus segar hilang mengantuk hehe.


MEE RACUN

Destinasi seterusnya ke Parit Keliling Batu Pahat Johor untuk melihat tapak projek di Sungai Parit Keliling menggantikan jambatan sedia ada di FT 005/129/60 dan mungkin akan siap pada 13 Jun 2017 ini sebelum raya lah bukan ? Almaklumlah mesti ramai dari Ibu Kota Kuala Lumpur pulang ke kampong masing-masing hehe.


IMG_4022


Okay baiklah, setelah selesai aje majlis kami terus ke Restoran Perwira Tomyam berdekatan sahaja dengan Parit Keliling untuk merasa Mee Racun ! ha apa itu mee racun ? Jangan risau kerana tiada sedikit racun pun diletakkan di dalam makanan ini. Cuma, setelah anda merasanya, ia pasti meracuni jiwa kalian untuk menikmatinya berulang kali.

Oh rupanya Mee Racun itu ialah Mee ‘Gear Box’ terhidang sekali dengan straw untuk menghirup isi Gear Box. Sekali hirup kuah mee racun, kami sukar untuk tafsir rasanya. Ini bukan mee bandung, bukan mee hailam, mee kari jauh sekali. Tapi rasanya sangat istimewa dan ku rasakan yang kuah mee racun ini ada rasa air rebusan daging. Terdapat 2 tulang kambing yang isinya sangat lembut kerana telah lama direbus. Ku menghirup pula sumsum tulang dan ternyata memang penuh lemak. Haha terbaik lah.


TANJUNG PIAI


IMG_4073


Selepas merasa Mee Racun perhentian seterusnya melalui Jalan Persekutuan FT 95 ke Tanjung Piai. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkena di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah yang paling Selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Pengunjung dapat melihat bangunan pencakar langit Singapura yan dipisahkan oleh Selat Johor.


IMG_4074


IMG_4075


IMG_4076


IMG_4070


IMG_4069


Ke Taman Negara Tanjung Piai sepanjang jalan boleh lihat pokok paya bakau tumbuh tanpa di usik sepanjang hampir 500 meter rasanya untuk sampai ke Mercu Tanda Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Agak menarik disini dan kalian juga boleh bawa keluarga ke sini melihat tanah yang paling Selatan di Asia. Hihi.

Di sana kami menjamu selera makan tengah hari di Tanjung Piai Resort dan dapat mencuba asam pedas stail Johor katanya hehe. Boleh tahan juga rasanya mungkin ada sedikit penggunaan bahan kot dari Asam Pedas Melaka. Suasana Restoran amat menenangkan dan cantik pemandangan.


IMG_4072 


IMG_4024



PISANG GORENG MAWAR


IMG_4080


Setibanya di Johor Bahru, kami minum petang dan dapat merasa Pisang Goreng Mawar yang merupakan goring pisang yang terkenal di Johor Bahru dan boleh dianggap sebagai salah satu menu wajib untuk rakyat Johor. Ianya terletak di Mawar Café di Jalan Sungai Chat berhampiran dengan Hotel Thistle.


IMG_4095


Pisang Goreng Mawar rasanya sangat sedap dan nak lebih sedap apabila dapat cicah dengan sambal kicap. Dari segi harga pula satu goring pisang hanya 50 sen. Untungla kami dapat makan banyak Pisang Goreng Mawar ini hehe. Kenapa nama Mawar? Ini karena gerai Mawar ini terletak berhampiran dengan bangunan Majlis Wanita Johor atau dikenali dengan nama Mawar.



KARI KAMBING 40 HARI

Hari terakhir Jelajah FTRoadPediaZonSelatan program Flag Off di KM0 Jalan Persekutuan Johor Bahru maka berakhirnya perjalanan kami dan bermula semula perjalanan di KM 0 menuju ke Kuala Lumpur. Batu Kilometer KM0 terletak di berhadapan Pejabat Pos Besar Johor Bahru. Ianya tanda asal permulaan Jalan Persekutuan paling Selatan.


IMG_4121


IMG_4124


IMG_4122


Ini yang dinanti-nantikan ialah waktu makan tengah hari di Restoran Kari Kambing 40 hari. Nama Kari Kambing 40 Hari sudah gah di Johor dan juga terkenal kepada warga Singapura yang suka mencari tempat makan menarik di Johor. Walaupun agak jauh dari Johor Bahruu, ia tetap menjadi destinasi menari untuk dikunjungi bagi penggemar kambing.


IMG_4140


IMG_4141 


IMG_4142


Dihidangkan dengan sedulang Nasi Arab yang berlaukkan Kari Kambing / Ayam hanya RM45 sedulang. Kalau makan sepinggan mungkin dalam RM12 rasanya. Cukup murah, sedap dan berbaloi untuk datang sini dari jauh semata-mata untuk makan di Kari Kambing 40 Hari ini. Bagi yang tak makan daging kambing, jangan risau lauk ayam pun ada hehe.


DURIAN SEGAMAT


IMG_4157


Perhentian terakhir kami sebelum keluar dari Jalan Persekutuan dan memasuki highway ialah singgah di Pejaba Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat. Di sini banyak buah buahan kalian boleh dapati dan yang paling penting menu yang ditunggu-tunggu ialah Durian! Hehe. Segamat juga terkenal dengan lokasi pengeluaran durian dan setiap kali musim buah tiba, penuh dereta kedai menjual buah-buahan.


IMG_4144


IMG_4159


Selepas makan makanan berat dan ada pencuci mulut durian Musang King memang akan layan sampai habis hehe. Walau agak panas setelah makan durian dan ini ku baru tahu untuk menghilangkan rasa panas dalam badan ialah dengan meletakkan air masak ke kulit durian itu dan minum semula. Ok baru tahu hehe.

Maka berakhirnya Jelajah FTRoadPediaZonSelatan kami dan jarak keseluruhan yang kami lalui ialah sejauh 688KM dan bandar bandar utama yang dilalui ialah Seremban, Bandaraya Melaka dan Johor Bahru. Bandar-bandar lain juga seperti Kajang, Mantin, Rembau, Alor Gajah, Merlimau, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Ayer Hitam, Segamat dan Tangkak.

Kalau kalian mempunyai banyak masa untuk pulang ke kampung boleh menggunakan Jalan Persekutuan. Pastinya perjalanan melalui Jalan Persekutuan ini akan menjadi momen dan kenangan terindah. Ia boleh menjadi sebagai suatu nikmat kembara budaya dan gaya hidup cipta detik indah bersama.

Tak mungkin kalian akan jumpa tempat-tempat menarik dan tempat makan yang sedap kalau menggunakan Lebuhraya. Hanya di Jalan Persekutuan hehe.


  IMG_4161


No comments: