Followers

IMG_4270 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Scroll-Scroll Facebook ternampak Video Pendek yang dibuat oleh rakan ku sendiri mengenai isu keselamatan jalan raya ataupun road safety. Kalau ikutkan isu ini memang tak habis-habis kalau nak dibincangkan. Almaklumlah dunia sekarang makin maju dan ramai makin leka tentang keselamatan diri masing-masing dan orang lain juga.


IMG_4265


Bagi ku selepas aje menonton short filem yang satu ini. Kalian mesti tak expect ending dia pasal apa sebab dari awal jalan cerita memang happening dan excited habis si kawan tu update status video gempak-gempak untuk followers dia hehe. And the best thing is video ni antara video favourite ku untuk Plus Mufors Road Reels short film contest.

Filem Pendek FILODOXIA ini hasil dari arahan dan idea asal oleh Syahiran Sukardi yang dibintangi oleh Dhiya Aizat menjadi watak utama. Apa yang ku boleh kongsikan sedikit tentang Filem Pendek ini mengisahkan seseorang yang baru sahaja mahu mulakan kerjaya di tempat kerja baru beliau. Almaklumlah terlalu excited semua cerita mahu update di Social Media hehe. Kalau ku pun begitu juga. Tapi ? Ha hehe. Background music pun fuhh memang kena hehe.




Ending kalian mesti tak jangka apa terjadi. Kalian boleh lihat video link youtube yang telah ku sediakan ini. Yela kita kadang suka tengok orang lain happy dengan daily life mereka mesti kita pun tumpang gembira juga bukan ? hehe tapi kadang haruslah peka dengan keadaan sekeliling dan yang paling penting kepada sesiapa yang memandu itu tolonglah jangan guna telefon bimbit sambil memandu !


IMG_4266


IMG_4264


Kalian boleh juga membantu perihal keselematan jalan raya ini dengan mengundi Filem Pendek di sini --> http://www.plusmuforsroadreels.com.my/ dengan menggunakan akaun Facebook andamungkin kalian boleh mengubahnya. Filem Pendek FILODXIA memang sangat berkait dengan kita kot ! Jangan tipu hehe.


IMG_4272


IMG_4269


ANDA BUKAN SAHAJA MEMBUNUH NYAWA,
MALAH ANDA MEMBUNUH IMPIAN.
 HENTIKAN PENGGUNAAN
 TELEFON KETIKA MEMANDU!  

Comments (0)