Buffet Ramadhan Pada Harga Berpatutan Di Restoran Nelayan Gombak

Restoran Nelayan Gombak 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini ku berpeluang sekali lagi untuk ke Preview Ramadhan Buffet 2017 di Restoran Nelayan Gombak yang terdahulunya di kenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa sebuah restoran terapung yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur sejak 80 an. Restoran ini telah berpindah ke Gombak pada tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu rasanya hehe.

Restoran Nelayan Gombak kini telah diambil alih oleh Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd dan mula menguruskan restoran ini sejak tahun 2016 dan katanya bukanlah sesuatu yang mudah karena kepada pelanggan yang tetap masih lagi ke Taman Tasik Titiwangsa dan menyangka Restoran Nelayan masih lagi beroperasi di sana. Sekarang Restoran Nelayan ini beroperasi sepenuhnya di Gombak.


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Okay baiklah,, Restoran Nelayan kali ini menyajikan sajian steamboat dan grill, ala-carte dan ikan bakar sajian baru iaitu Shell Out dan mempunya beberapa sos special untuk pelanggan. Restoran Nelayan Gombak juga mempunyai Dewan besar dan sangat sesuai kepada mereka untuk mengadakan majlis perkahwinan, graduasi dan event keluarga di sini serta dapat menampung hingga 1500 orang dalam satu-satu masa secara buffet. 

Kali ini untuk Bulan Ramadhan yang telah tiba ini, Restoran Nelayan Gombak ini menyediakan semestinya sajian istimewa dan lebih banyak pilihan untuk pelanggan. Ku pun agak terkejut karena harga yang ditawarkan di sini amat berpatutan dan berbaloi berbuka puasa disini. Antara menu yang ku sempat tengok dan rasa di sini adalah hidangan steamboat dan grill, kambing, ayam, daging dengan 4 jenis perapan istimewa.

Bagi untuk menu masakan kampung pula Restoran Nelayan Gombak pula menyediakan lebih daripada 15 jenis menu dan ini dapat memberikan kepada pelanggan lebih banyak jenis pilihan dan salah satunya jenis pilihan kerabu dan ulaman tradisional untuk melengkapkan sajian kampung mereka. Tak lupa juga live cook daging gulai kawah dan daging salai masak lemak dimana menggunakan rempah asli serta Roti Jala Magic? hah nak tahu kena datang rasa hehe.


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak


Restoran Nelayan Gombak juga menyajikan makanan konsep secara stall Noodle Station seperti Nonya Kari Laksa dengan pilihan mee atau kuew tiaw sup. Buah kurma merupakan santapan wajib di bulan puasa dan pelbagai jenis kuih muih, kek, keropok, rojak buah, bubur pilihan dan buah buahan tempatan. Dari segi minuman pula menyediakan pelbagai jenis air cordial untuk memberikan banyak pilihan selain Teh Tarik Istimewa dan Cendol.

Semua menu ini ditawarkan pada harga yang istimewa pada RM49.90 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak antara 5 hingga 11 tahun serta warga emas yang berumur 61 ke atas dapat potongan harga 50% dan kanak-kanak 4 tahun ke bawah adalah percuma.

Untuk tempahan dan maklumat boleh terus direct call atau whatsapp ke 03-61858400, 013-2237228, 013-2967228 dan 019-2931397. Restoran Nelayan Gombak ini yang beralamat di Batu 8 3/4 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur (berdekatan dengan UIA Gombak).


Restoran Nelayan Gombak

3 comments:

I N A A I N A A said...

Menarik buffet kat sini.. teringin pula ena nak bebruka kat sini.. nyumnyummmm

Rafzan Tomomi said...

wah bestnyaa hidangan dekat sini. :)

Intan Saffyna said...

hi, saya datang follow sini..'salam kenal dan selamat berpuasa :)