Followers

XEVT0116 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


 Rapid Rail, operator perkhidmatan rel Rapid KL mengumumkan penganjuran Fiesta RapidRail di Stesen LRT Ara Damansara, yang berlangsung sepanjang bulan ini dan diadakan dengan kerjasama portal membeli-belah atas talian, Roopawan. Dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini, Fiesta berkenaan melibatkan penyertaan lebih 60 vendor, trak makanan serta gerai selebriti tempatan dengan dimeriahkan oleh pelbagai persembahan hiburan.

Uniknya, fiesta yang bermula 10 pagi sehingga 10 malam ini dikelolakan sepenuhnya oleh kumpulan artis ternama tanah air - Sakura Band dan 6ixth Sense dengan gerai-gerai selebriti seperti Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza Sabjahan (Personaliti TV), Hazreena (Personaliti TV), Bob Ringgo dan Tonton.


IMG_3317


Berucap melancarkan fiesta itu pada 9 April 2017 (Ahad) lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berharap acara yang dianjurkan buat julung kali itu akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

 “Fiesta Makanan RapidRail yang dianjurkan di Stesen LRT Ara Damansara ini adalah satu inisiatif Rapid Rail untuk mempromosi dan menceriakan stesen-stesen LRT supaya ianya menjadi tempat tarikan dan hentian setempat untuk orang ramai berinteraksi dan juga melaksanakan aktiviti komersial. Usaha ini diharapkan dapat menarik lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan LRT, yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat. Inisiatif ini juga diharapkan akan meningkatkan bilangan penumpang sekali gus menjana pendapatan positif kepada Rapid Rail. Kami berharap acara ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan,” kata Zohari.


IMG_3385


IMG_3383


Di pihak selebriti yang bekerja keras menjayakan acara berkenaan, mereka melahirkan rasa bangga untuk menyokong usaha Rapid Rail menggalakkan lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya perkhidmaran LRT dan monorel Rapid KL.

 “Kami berbangga diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak Rapid Rail dalam mengelolakan acara sebegini. Sakura Band dan 6ixth Sense melihat penyertaan kami selaku syarikat pengurusan acara membuktikan kami tidak mahu terus berada di dalam zon selesa hiburan sahaja. Ini adalah batu loncatan untuk kami berkecimpung dalam bisnes korporat serta membina jenama kumpulan kami,” ujar Shahrul Effendy jurucakap 6ixth Sense & Sakura Band.

Mereka yang bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim.


  IMG_6204


“Roopawan menawarkan akses perniagaan kepada golongan selebriti selain syarikat usahawan kecil dan sederhana menerusi platform atas talian di www.roopawan.com selain acara bazar contohnya di Fiesta RapidRail ini,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin.

Ikuti perkembangan terkini Fiesta RapidRail 2017 di laman media sosial Facebook @rapidrailfiesta atau Instagram @rapidrailfiesta #rapidrailfiesta Akses ke laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan ikuti laman media sosial Facebook @myrapid atau Instagram @myrapidkl.


IMG_3315.


Juga, ketahui perkembangan status perjalanan terkini menerusi laman Twitter @myrapidkl Dekati 6ixth Sense di Instagram @6ixthSenseOfficial & Sakura Band di Instagram @sakurabandmy Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.

Comments (2)

On April 24, 2017 at 2:04 AM , luqman zakaria said... [Reply to comment]

InsyaAllah kalau rajin minggu depan nak pergi.hehe

 
On April 25, 2017 at 9:25 PM , Mirwan Choky said... [Reply to comment]

Bestnye dapat join event ni kan...