Followers

XEVT0116 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


 Rapid Rail, operator perkhidmatan rel Rapid KL mengumumkan penganjuran Fiesta RapidRail di Stesen LRT Ara Damansara, yang berlangsung sepanjang bulan ini dan diadakan dengan kerjasama portal membeli-belah atas talian, Roopawan. Dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini, Fiesta berkenaan melibatkan penyertaan lebih 60 vendor, trak makanan serta gerai selebriti tempatan dengan dimeriahkan oleh pelbagai persembahan hiburan.

Uniknya, fiesta yang bermula 10 pagi sehingga 10 malam ini dikelolakan sepenuhnya oleh kumpulan artis ternama tanah air - Sakura Band dan 6ixth Sense dengan gerai-gerai selebriti seperti Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza Sabjahan (Personaliti TV), Hazreena (Personaliti TV), Bob Ringgo dan Tonton.


IMG_3317


Berucap melancarkan fiesta itu pada 9 April 2017 (Ahad) lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berharap acara yang dianjurkan buat julung kali itu akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

 “Fiesta Makanan RapidRail yang dianjurkan di Stesen LRT Ara Damansara ini adalah satu inisiatif Rapid Rail untuk mempromosi dan menceriakan stesen-stesen LRT supaya ianya menjadi tempat tarikan dan hentian setempat untuk orang ramai berinteraksi dan juga melaksanakan aktiviti komersial. Usaha ini diharapkan dapat menarik lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan LRT, yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat. Inisiatif ini juga diharapkan akan meningkatkan bilangan penumpang sekali gus menjana pendapatan positif kepada Rapid Rail. Kami berharap acara ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan,” kata Zohari.


IMG_3385


IMG_3383


Di pihak selebriti yang bekerja keras menjayakan acara berkenaan, mereka melahirkan rasa bangga untuk menyokong usaha Rapid Rail menggalakkan lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya perkhidmaran LRT dan monorel Rapid KL.

 “Kami berbangga diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak Rapid Rail dalam mengelolakan acara sebegini. Sakura Band dan 6ixth Sense melihat penyertaan kami selaku syarikat pengurusan acara membuktikan kami tidak mahu terus berada di dalam zon selesa hiburan sahaja. Ini adalah batu loncatan untuk kami berkecimpung dalam bisnes korporat serta membina jenama kumpulan kami,” ujar Shahrul Effendy jurucakap 6ixth Sense & Sakura Band.

Mereka yang bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim.


  IMG_6204


“Roopawan menawarkan akses perniagaan kepada golongan selebriti selain syarikat usahawan kecil dan sederhana menerusi platform atas talian di www.roopawan.com selain acara bazar contohnya di Fiesta RapidRail ini,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin.

Ikuti perkembangan terkini Fiesta RapidRail 2017 di laman media sosial Facebook @rapidrailfiesta atau Instagram @rapidrailfiesta #rapidrailfiesta Akses ke laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan ikuti laman media sosial Facebook @myrapid atau Instagram @myrapidkl.


IMG_3315.


Juga, ketahui perkembangan status perjalanan terkini menerusi laman Twitter @myrapidkl Dekati 6ixth Sense di Instagram @6ixthSenseOfficial & Sakura Band di Instagram @sakurabandmy Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.
Kfc value treats 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur 31 Mac 2017, Ku berkesempatan ke KFC Value Treats Fan Party bersama KFC, Aizat Amdan dan kawan blogger yang lain di KFC Pavilion Elite. Untuk pengetahuan kalian KFC di dalam Pavilion telah berpindah ke Pavilion Elite. Hanya bersebelahan sahaja dari Pavilion. Tak sesat pun hehe. Okay baiklah, KFC kini telah melancarkan promosi terbaharu mereka iaitu KFC Value Treats.

Kini kalian semua boleh nikmati pelbagai pilihan rasa hebat KFC pada harga berbaloi. Bermula serendah RM3.90, KFC Value Treats menawarkan para pelanggannya hidangan ringkas enak dengan rasa yang anda pasti nak lagi dan lagi hehe. KFC Value Treats ini menampilkan pilihan yang menyelerakan merangkumi hidangan ringan hingga pilihan berat. 


Kfc value treats


Bagi hidangan ringan, pelanggan boleh mencuba Zinger Slider bersama sos 'Island' terbaharu, Salsa Roller untuk sesuatu yang memberi 'Zing', mahupun Zinger Mushroom Soup yang enak dan mengenyangkan. Buat yang menginginkan sesuatu yang lebih berat, pelanggan boleh memilih Shoyuken Rice Bowl yang diinspirasikan dari hidagan Jepun mahupun Loaded Potato Bowl kegemaran ramai. 

KFC Value Treats telah mendapat sambutan hangat dari penggemar KFC dan menawarkan pelbagai rasa enak terbaharu bersama lebih pilihan di dalam bentuk burger, wrap atau bowl. Ianya memenuhi keperluan kalian yang menginginkan sesuatu yang lebih mudah dan menepati selera tanpa berbelanja lebih. Ini adalah ku rasa hidangan yang benar-benar berbaloi.


Kfc value treats


Kfc value treats


Majlis Eksklusif KFC Value Treats Fan Party diadakan dimana kami berpeluang meneliti sambil menikmati setiap ciptaan menu KFC Value Treats. Kami telah dihiburkan dengan kemunculan istimewa oleh penyanyi dan penulis lirik tempatan, Aizat Amdan di samping pelbagai aktiviti istimewa yang telah dijalankan. Menarik hehe. So kalian jangan lupa dan wajib cuba KFC Value Treats ini di KFC berdekatan kalian okkay hehe.