Rawatan Bekam Professional DR Hijama

bekams


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ku teringat pernah sekali membuat rawatan bekam ini itupun hampir beberapa tahun yang lalu. Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Di sini ku terbaca dan terdengar hehe tentang rawatan bekam ini bersama dengan Dr Hijama. Katanya dapat menyembuh dan mengelak dari penyakit. Ada diantara pernah mencuba rawatan bekam ini ? dan bila selalunya perlu untuk pergi rawatan selepas beberapa bulan kita membuat rawatan bekam ini. Jom kita baca selanjutnya tentang rawatan bekam ini hehe.


KEBAIKKAN DAN KELEBIHAN BERBEKAM:
  • Membantu menghilangkan pening kepala atau migraine.
  • Membantu membuang angina dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. 
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. 
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angina ahmar. 
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh badan. 
  • Membantu menajamkan penglihatan. 

10 KEADAAN BADAN YANG MENYEBABKAN ANDA PERLU BERBEKAM
  •  Kerap sakit kepala @ migrain 
  •  Sakit @ sengal-sengal di bahagian leher dan bahu 
  •  Lenguh-lenguh di bahagian belikat/pinggang/pinggang 
  •  Badan terasa lesu, letih & sering mengantuk 
  •  Kadar gula melebihi paras normal 
  •  Kadar total kolesterol & kolesterol jahat (LDL) melebihi paras normal 
  •  Sakit-sakit sendi terutama kaki disebabkan gout 
  •  Tekanan darah tinggi Haid tidak teratur/lancar @ kerap senggugut 
  •  Kulit wajah kusam dan jerawat melanda
Kalau kalian mempunyai faktor-faktor seperti di atas, ku syorkan mulakan dengan rawatan berbekam.
Apa yang lebih penting, kajian ilmiah di HUSM oleh Prof. Dr. Abd Aziz Al-Safi telah menemui bekam boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (cardiovascular diseases) atau lebih dikenali penyakit 4 serangkai iaitu diabetis, darah tinggi, tinggi asid urik & tinggi kolesterol. Jika korang sihat dan tidak punya penyakit, itu lebih baik untuk korang berbekam sebagai pencegahan & 'maintainance' badan kalian. 

Dah excited bukan untuk buat rawatan berbekam anda ? kalau ku sendiri pun teruja dapat elak dari penyakit Insha Allah. Ku sendiri akan syorkan Rawatan Bekam bersama dengan DR Hijama. DR Hijama adalah sebuah klinik perubatan komplementari yang diasaskan oleh doktor perubatan. DR Hijama menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara ilmiah dan rawatan yang profesional khususnya rawatan bekam dan resdung.



SERVIS YANG DITAWARKAN 
OLEH DR HIJAMA


Bekam Klinikal DR Hijama.


bekam 1


Bekam dijalankan dengan kaedah klinikal, bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit. Sesi dimulakan dengan terapi infra-red untuk meransang peredaran darah, juga dapat membantu masalah sakit-sakit otot. Seterusnya diikuti terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan. Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan pelanggan tidak perlu berasa gementar kerana perawat akan sentiasa membantu korang sepanjang tempoh rawatan.


Bekam Kosmetik DR Hijama.

bekam kosmetik 2


Bekam kosmetik di DR Hijama memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Tidak perlu risau dengan kesan lebam bekam kerana kami menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut.

  •  Mengurangkan masalah jerawat yang teruk 
  • Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam 
  • Membantu mengurangkan masalah resdung 
  • Meransang keanjalan kulit secara semulajadi 
  • Menjadikan kulit lebih segar dan berseri


Rawatan Resdung BIOHERBS


resdung 1


Rawatan resdung bioherbs menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung menggunakan herba khas. Ianya sesuai untuk sesiapa yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat. Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1, sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun. 



KELEBIHAN DR HIJAMA DAN PERKARA 
 MENARIK TENTANG DR HIJAMA:


AMG_0035 


AMG_0263

  •  Konsultansi-Pelanggan akan diberi penerangan dan informasi berkenaan rawatan yang akan dijalankan. 
  •  Pemeriksaan Kesihatan-Setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan kesihatan asas sebelum sesi rawatan bermula.
  • Mementingkan kebersihan & sterikiti alatan.-DR Hijama sangat mementingkan steriliti alatan dan kebersihan tempat rawatan untuk mengelakkan risiko penyakit berjangkit yang berbahaya sepert HIV & Hepatitis B. Alatan akan dicuci mengikut prosedur yang ketat seperti menggunakan cecair nyah kuman khas. 
  •  Tempat rawatan-DR Hijama mempunyai tim perawat lelaki dan wanita yang terlatih dan professional. Mempunyai bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Bersih, selesa dan menenangkan. Juga menyediakan ruang menunggu dan ruang solat.


BERITA GEMBIRA, PROMOSI 
TERKINI DR HIJAMA!



ulang tahun 2 2017

 Diskaun 20% untuk rawatan di DR Hijama sempena ulang tahun ke -2. Jangan lupa untuk book temujanji anda sekarang!



TESTIMONI PELANGGAN 
DR HIJAMA


IMG_2482


review 3


review 1



Yang berminat untuk mendapatkan khidmat berbekam dengan DR Hijama boleh terus hubungi | HOTLINE: 013-6245430 | WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM |

Cawangan:
DR Hijama Seri Kembangan: A-9-1,
Blok A, Jln. PP 25, Putra Walk,
Taman Pinggiran Putra, 43300
Seri Kembangan, Selangor.

Landmark:
Atas MyMydin, berhadapan Jusco Equine & berhampiran Pasar Borong Selangor DR Hijama Meru: NO 21A, Jalan Meranti Sutera, 1/KU 10, Pekan Meru, Klang.

Landmark:
Atas PENKO, berhadapan NSK Meru Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (10 pagi – 10 malam)

2 comments:

Mar Mansor said...

belum pernah berbekam.
JanjiKita

Eazy Izzuddin said...

Jom kita cuba berbekam =)