Followers

Edited file 1 out of 2 (129 of 130) 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bentong, 11 Mac 2017. Berlangsungnya Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Suria Resorts & Hotel kepada eRYA By Suria di Suria Hotspring Bentong Pahang dan kini nama baharunya ialah eRYA By Suria Bentong Pahang. Suria Resort & Hotels adalah sebuah ikon jenama perhotelan bumiputera yang telah bertapak sejak tahun 2000 berteraskan patuh syariah sehingga sekarang tahun 2017.

Selama 17 tahun mereka Suria Resort & Hotel mengorak getir perjalanan dengan objektif jitu kini mereka ke arah satu fasa solidatari atau pemantapan struktur organisasi, ideologi pemasaran kreatif, penuh pengukuhan dan penuh pengisian yang seiring dengan arus milenia yang semakin mencabar. Pertumbuhan ekonomi industri dengan tumbuhnya Butik-Butik Hotel dinegara ini sedikit sebanyak memberikan satu impak cabang cabaran berdaya saing dengan lebih lagi.


File email file 1 (61 of 96)


Oleh itu setelah perincian dan butiran yang dibuat dibantu oleh pihak konsultan penjenamma CYDASTUDIO International suda tiba masanya untuk sesuatu perubahan, satu transformasi, satu proses metamiphosis dari satu tanda aras kearah tanda aras yang lebih mencabar lagi. ERYA by Suria adalah simbolik kepada satu perubahan dengan ritma RIA merupakan penjenamaan transformasi menawarkan hospitaliti perhotelan yang lebih kompetetif.

Perubahan fasa pertama dari Suria Resorts & Hotel kepada ERYA by Suria menitikberatkan direktif-direktif seperti berikut:-
  • Penamaan baru atau 'Penjenamaan'
  • Pembaharuan Korporat logo artistik visual
  • Pemantapan dari segi perincian (6) Segmentasi Pemasaran
  • Pemantapan latihan perindustrian dari segi teknikal dan vokasional melalui Suria Program dan Perlantikan Duta.

Inisiatif perubahan ERYA by Suria agar dapat mengorak langkah menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. ERYA by Suria adalah merupakan sebuah hotel berlandaskan syariah, Green Hotel dan  Eco Muslim Hotel. Kalau kalian perasan di majlis penjenamaan semula terdapat 6 direktif yang difokuskan secara kolektif dan perincian disetiap lokasi Merang, Cherating, Janda Baik, Bentong, Johor Bahru dan London.

6 Segmentasi yang ditawarkan adalah ERYA LUXY, ERYA EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SOLO dan ERYA CAMP. Sebagai contoh ERYA SURIA JOHOR BAHRU dari segi kelebihan lokasi yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru dan berhampiran dengan Kota Iskandar dan Singapura rata-rata business traveler.


Edited file 1 out of 2 (115 of 130)


Oleh itu dengan memfokuskan servis lengkap untuk seorang eksekutif disamping 'Value Added' perkhidmatan yang ditawarkan lengkap Office on Go infrastruktur seolah-olah berada di dalam bilik eksekutif. Melalui segmentasi, Target market akan lebih folus dan dwifungsi segementasi akan meningkatkan jualan.

Direktif Pembangunan ilimiah pula akan menitikberatkan program-program baru singkat yang lebih komprehensif, kursus-kursus perhotelan yang lebih terperinci. Penambahan biasiswa dan siri anugerah kecemerlangan akan diberikan supaya dapat melahirkan pemangkin dan pelapis pengurusan hotel yang lebih efektif dan professional. ERYA by Suria menawarkan satu program yang diberi nama Erya Grad yang merupakan satu program aperantis khusus.


File email file 1 (93 of 96) 


File email file 1 (86 of 96)


Akhir sekali pendekatan sosial media dan penglibatan selebriti melalui beberapa program juga akan melengkapkan anjakan paradigma fasa pertama penjenamaan ini. Erya by Suria telah memilih celebrity popular Saharul Ridzwan. Saharul Ridzwan merupakan seorang pelakon, pengacara, model serta pemenang beberapa anugerah drama dan Bintang popular.

Saharul Ridzwan dilahirkan di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kelantan serta Ikon bagi Muslim Volunteer Malaysia, untuk melengkapkan lagi strategi pemasaran. Tahniah ERYA by Suria dengan beberapa perubahan diharap agar lebih maju kehadapan. 


Edited file 1 out of 2 (116 of 130)

Comments (0)