Langkah-Langkah Mencari Rumah Sewa Yang Sempurna

Property Gurux 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sama ada anda penyewa rumah kali pertama atau sedang memikirkan untuk mengubah kehidupan anda, mencari rumah sewa di KL boleh menjadi sukar bila anda dibanjiri dengan pilihan yang banyak terutamanya dalam sesi house for rent in KL di PropertyGuru. Nasib baik kerana ada banyak rumah sewa untuk setiap situasi dan belanjawan, sama ada anda masih belia, sudah agak berusaia, atau warga emas. Teruskan membaca untuk tip bagaimana memudahkan proses sewaan anda.


Tentukan Kemampuan
Anda

Anda disyorkan berbelanja tiak lebih daripada 30 peratus daripada pendapatan anda untuk kos perumahan, menurut HGTV. Sesetengah pemilik hartanah mengehadkan kadar tertentu - contohnya, pendapatan tahunan anda adalah hasil darab sewa bulanan anda untuk beberapa bulan atau sewa anda tidak melebihi beberapa peratus daripada pendapatan bulanan anda.

Sebelum anda mula mencari rumah sewa, anda perlu membina belanjawan dan tentukan aliran wang anda dan kemampuan anda dalam membayar sewa. Anda boleh gunakan laman belanjawan berlainan untuk buat kira-kira.

Selain sewa, anda juga perlu ada belanjawan untuk bil utiliti, rangkaian kabel Televisyen, Internet dan belanja rumah yang lain seperti tempat letak kereta, simpanan dan dobi. Pastikan anda pertimbangkan berapa perbelanjaan anda bila memindahkan perabot anda ke rumah baru. Jangan lupa perhiasan khas seperti langsir, pembahagi ruang, perabot patio dan aksesori simpanan.



Fikirkan Ciri Rumah Yang
 Anda Mahukan


Property Guru


Tentukan dengan betul bila memikirkan ciri rumah yang anda betul -betul mahu. Fikir lebih daripada ruang bilik tidur dan bilik mandi dan tentukan aspek lain yang anda mahukan dalam rumah sewa anda. Contohnya, adakah anda perlukan patio peribadi atau dek atau sekurang-kurangnya ruang luar bersama? Pentingkah pendiangan api di ruang tamu untuk menghangatkan anda di waktu musim sejuk. Adakah anda perlukan bilik mandi lengkap dengan pancuran, tab, tandas dan sinki, atau memadai dengan pancuran dan tab mandi sahaja?

Adakah anda biasa memasak? Jika ya, adalah penting untuk anda ada beberapa ciri-cir di dapur anda, seperti pulau, dapur gas, atau ketuhar dengan ciri tertentu atau pun peti sejuk. Adakah anda mahukan ruang sarapan? Pertimbangkan ruang lain yang anda mahu seperti pejabat. Pastikan anda punya ruang untuk alatan elektrik anda bagi melengkapkan ruang bekerja anda. Adakah anda mahu tinggal di tingkat bawah di bangunan pangsapuri anda?

 Adakah anda mahukan kemudahan lif di bangunan anda? Adakah anda mahu tinggal di rumah atau kondominium? Adakah anda lebih suka rumah yang ada laman belakang atau rumah yang lebih kecil tapi berdekatan taman? Adakah anda mahu tinggal bersama teman serumah di kawasan yang lebih mahal atau tinggal bersendirian di kawasan yang lebih murah. Sangat penting untuk anda pertimbangkan semua ciri yang anda mahu dan apa yang anda sanggup korbankan untuk mencapai matlamat anda.


Rancang Hari Anda.

Selepas anda tentukan ciri yang anda mahu, tiba masanya anda rancang hari anda. Rancang hari anda bermaksud anda perlu perhatikan lokasi rumah tersebut dalam jadual harian anda dan kenal pasti di mana anda akan berada sepanjang anda bekerja. Anda mestilah mahukan rumah anda sehampir yang mungkin, jadi gunakan laman seperti PropertyGuru Malaysia untuk mencarirumah untuk disewa di KL. Kebanyakan orang mahu tinggal di tempat berdekatan dengan pejabat, tapi anda juga perlu pertimbangkan tempat lain yang anda lawati, seperti restoran, kedai kopi, rumah rakan-rakan anda dan pusat hiburan. Ke manakah anda selalu pergi?

Anda juga perlu pertimbangkan kaedah pengangkutan yang anda gunakan, seperti menaiki motosikal, atau pengangkutan awam, dan ketahui apa perbezaan kaedah pengangkutan tadi bila di kejiranan pilihan anda. Fikirkan aktiviti hari minggu anda dan tentukan sama ada anda mahu tinggal berdekatan dengan restoran atau tempat-tempat yang kita bincangkan tadi, atau adakah anda sanggup tinggal di tempat yang kurang hiburan? Jika anda ada jadual kerja yang sibuk, pastikan kejiranan anda ada banyak kedai runcit yang beroperasi 24 - 7, atau sekurang-kurangnya buka hingga lewat malam semasa anda ada di rumah. Anda juga perlu pastikan sekurang-kurangnya sepertiga dari senarai hartanah yang ada di kawasan anda berada dalam lingkungan kemampuan anda.

Selepas anda buat senarai kejiranan yang berpotensi, tiba masanya untuk uji kejiranan itu. Luangkan masa di setiap kejiranan untuk menentukan sama ada anda sukakan suasana kawasan itu, dan juga restoran sekitar, kedai, dan sekolah yang berhampiran. Pastikan tiada masalah dari segi pengangkutan ke pejabat. Jika anda bekerja dari rumah, pastikan ada banyak kedai salinan, ruang bekerja dan kedai kopi dengan akses Internet. 

Anda juga perlu selidik sama ada kemudahan yang ada mencukupi di sekitarnya seperti kedai runcit, pusat ibadah, hospital dan gimnasium. Selidik kadar jenayah di kejiranan itu untuk memastikan ia kawasan yang selamat. Jika anda risaukan keselamatan anda, pilihlah bangunan yang mempunyai pengawal 24 jam.


  Property Guru


Pilih Jenis Rumah Sewa

Sebaik sahaja anda selidik kejiranan anda, tiba masanya anda pilih jenis rumah sewa. anda. Contohnya, adakah anda lebih suka untuk tinggal di pangsapuri, rumah bandar atau kondominium? Anda perlu memikirkan kemampuan anda semasa membuat keputusan. Jika anda mahu menyewa untuk jangka masa pendek, lebih baik anda menyewa secara sementara, bermakna anda mengambil alih sewaan orang lain atau menyewa secara terus daripada pemilik rumah untuk beberapa bulan. Pertimbangkan pilihan berikut untuk membuat keputusan anda:

  • Pangsapuri: Kebaikan tinggal di pangsapuri adalah jarak yang berdekatan dengan jiran anda. Penyelenggaraan anda juga akan dibantu oleh syarikat penyelenggaraan profesional dan biasanya bangunan pangsapuri anda akan berdekatan dengan kemudahan urban seperti kedai runcit, restoran, gimnasium dan pusat acara. Bagaimanapun, unit anda pastinya lebih kecil daripada rumah di pinggir bandar dan tentu sahaja anda akan bayar kos premium untuk meletak kenderaan.
  • Rumah Bandar: Jika anda tinggal di rumah bandar, anda akan lebih menikmati ruang peribadi anda berbanding rumah bertingkat lain dan anda juga ada teres atau laman anda sendiri. Bagaimanapun, anda akan mempunyai akses yang kurang kepada syarikat pengurusan untuk isu penyelenggaraan, terutamanya jika anda menyewa secara terus dengan pemilik rumah.
  • Rumah Unit Tunggal Jika anda ada anak dan haiwan peliharaan, rumah unit tunggal mungkin pilihan terbaik, kerana anda akan ada lebih banyak bilik tidur dan bilik mandi. Bagaimanapun, rumah unit tunggal biasanya lebih mahal dan memandangkan ia lebih besar makin banyak yang perlu anda bayar untuk utiliti. Ia juga perlukan lebih banyak masa untuk menguruskan penyelenggaraan dan anda mungkin perlu menguruskannya sendiri.

Urusan Proses Permohonan 
Dan Keizinan

Selepas anda menentukan jenis unit yang anda mahu sewa, anda boleh mula uruskan proses permohonan dan keizinan. Ini biasanya bermakna anda perlu melalui pemeriksaan latar belakang, dan juga berbincang mengenai sewa, dan lunaskan bayaran deposit termasuklah bayaran sewa bulan pertama dan bulan sebelumnya. Anda juga mungkin perlu tunaikan bayaran lain, terutamanya jika anda menggunakan khidmat ejen rumah sewa untuk mencari rumah sewa anda.

No comments: