Idaman Villa | Homestay Berkonsepkan Mewah di Melaka

Homestay Idaman Villa Melaka 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau berkunjung kemana-mana tempat sahaja di dalam atau luar negara pasti kalian akan memilih tempat penginapan sementara yang sangat selesa dan paling penting harga mesti murah. Tapi kalau kita travel bersama dengan keluarga besar kalau tempah hotel mesti mahal dan mungkin mereka akan beralih ke Homestay. Sekarang banyak homestay yang cantik dan murah untuk dijadikan tempat penginapan sementara. 

Seperti ku dengan keluarga kalau pergi bercuti akan memilih homestay daripada hotel dan macam-macam kita boleh di homestay jika mempunyai kelengkapan yang lengkap dan berbaloi dengan harga yang kita bayar. Baru-baru ku bersama dengan rakan-rakan blogger yang lain plan untuk bercuti meluangkan masa bersama di Melaka. Jujur memang banyak hotel dan homestay di Melaka ini. Pening pula nak cari yang mana satu hehe. 

Akhirnya kami telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan Idaman Villa Homestay yang berkonsepkan mewah dan harga untuk satu malam yang sangat berbaloi. Homestay Idaman Villa ini yang terletak di Taman Kota Syahbandar Melaka merupakan satu kawasan yang sangat strategik di tengah Bandar Melaka. 

Nak ke Menara Taming Sari hanya 8 minit, ke Jonker Walk hanya 5 minit, ke Dataran Pahlawan hanya 9 minit, ke A'Famosa hanya 12 minit dan ke Stadthurs hanya 11 minit. Dekat kot dengan tempat-tempat menarik pelancongan. Tapi almaklumlah kalau hari minggu tu jalan ke sana aga jammed sedikit lah tapi masih lagi dekat ku rasa hehe. 

Setibanya kami di sini dari Kuala Lumpur mengambil masa dalam 2 jam 1/2 minit sahaja dan rasanya tak jauh dan senang di cari pakai waze hehe. Terpampang rumah banglo 3 tingkat yang tersergam indah dihadapan mata. Pertama kali ku melihat Homestay yang sebegini mewah dan menarik dan membuat ku tak sabar untuk masuk dan melihat keadaan di dalam. Sangat cantik ok. 


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Masuk sahaja ke dalam Idaman Villa ini memang idaman betul karena mempunyai kelengkapan perabot yang sangat lengkap dari tingkat 1 hingga 3. Dah terasa seperti masuk ke rumah keluarga sendiri semua kemudahan ada. Dari ruang tamu terus ke dapur siap ada pembahagi bahagian antara ruang tamu dan dapur. Ruangan dapur yang cukup luas serta kelengkapan seperti tong gas, pinggan mangkuk, peti ais dan lain-lain.


Homestay Idaman Villa Melaka


Ruangan tingkat 2 dan tingkat 3 pula bilik tidur dan ku pasti kalian teruja apatah lagi ku sendiri teruja melihat bilik-bilik tidur di Idaman Villa ini yang sangat selesa, luas dan menarik. Berebut kami memilih bilik masing-masing hehe. Almaklumlah pada masa itu bawa Isteri sekali dapatlah satu bilik Kelamin yang sangat cantik dan view dia menghadap ke Pantai Klebang. 

Ku sendiri tak sangka ada homestay yang sangat menarik dan selesa serta mempunyai kelengkapan lengkap bagi sebuah rumah dan menyerupai bilik hotel. Kalian boleh lihat gambar-gambar yang ku muat naik ini pasti kalian teruja dan apabila mahu ke Melaka mesti Homestay Idaman Villa menjadi perhatian pertama untuk kalian tempah hehe.


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Oh ya untuk pengetahuan kalian kelengkapan yang terdapat di Homestay Idaman Villa ini seperti :-
  • 7 Bilik tidur (boleh memuatkan 18 orang)
  • 6 bilik air dengan pemanas air
  • Dapur memasak lengkap
  • TV dengan 28 siaran di setiap bilik
  • Internet wifi berkelajuan 30 Mbps
  • Laman yang luas
  • Tempat BBQ disediakan

Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka


Homestay Idaman Villa Melaka 

Homestay Idaman Villa ini kalian boleh menyewa satu rumah atau sewa mengikut bilik dan satu bilik sesuasai untuk 2-4 orang. Info lebih lanjut kalian terjah ke WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

1 comment: