Filem Pak Pong | 5 Tahun Pembikinan Yang Sangat Berbaloi

Pak Pong 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


 Kini filem Pak Pong telah berada di pawagam sekitar anda pada 23 Februari 2017 yang lalu. Hasil persiapan yang ku rasa amat berbaloi karena mengambil masa hampir 5 tahun. Ku ada juga terbaca filem Pak Pong ini sekitar tahun 2012 dan akhirnya pada tahun 2017 keluar juga filem ini dengan jayanya. Tahniah juga buat untuk produksi Filem Pak Pong untuk Malam Gala yang dipertayangkan.

Terima kasih atas jemputan untuk menonton filem Pak Pong di Malam Gala meriah mereka yang membariskan pelakon yang sangat terkenal dan profesional. Kalau tak inform pun kalian pun boleh tahu pelakon siapa bukan ? Hehe. Okay kejap lagi ku bagi tahu hehe. Mereka memang amat dikenali oleh peminat melalui dari drama tempatan atau filem.


Pak Pong 

Poster dia juga ku agak menarik perhatian untuk kalian lebih tertarik untuk menonton hehe. Okay baiklah, Filem Pak Pong ini adalah filem arahan oleh Fauzi Nawawi dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Dato Eizlan Yusof, Kaza, Rahim Sepahtu dan termasuk 19 pelakon lain dan penampilan khas seperti Amber Chia, Saiful Apek, Marsha dan lain-lain.

Filem Pak Pong yang berdurasi lebih kurang 1 jam 50 minit ku rasa agak panjang dan mungkin pengisiannya cukup menyampaikan mesej mereka. Jalan penceritaan agak menarik dan tidak terlalu messy dan kelam kabut serta tidak terlalu fokus kepada sesuatu babak seperti babak percintaan yang mungkin akan membuat anda akan bosan kalau nonton hehe.


Pak Pong


Agak mengejutkan juga dalam filem Pak Pong walaupun mengambil masa 5 tahun untuk pembikinan. Idea dan jalan cerita Pak Pong ini masih fresh dan lawaknya akan membuatkan kalian ketawa. Sepanjang ku menonton filem Pak Pong ini dipawagam semua penonton tergelak dengan babak babak lawak yang dilakonkan oleh artis artis kita hehe. Serius.


Pak Pong


Pak Pong


Sedikit Sinopsis jalan cerita Filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi ini hehe. Filem Pak Pong ini mengisahkan tentang seorang pemuda kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan. Dia mahu menjadi lelaki normal yang lebih kacak. Macam watak Si Bongkok dalam cerita Sumpah Orang Minyak, arahan P.Ramlee itu. Selepas menuntut ilmu yang salah, lelaki ini lupa diri dan akhirnya perbuatannya itu memakan diri sendiri 


Video Pratonton Filem Pak Pong/ Interview

1 comment:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

yg selfie sbelah pelakon utama tu macam pelakon jugak kan2.. hehehe