Rentak Selangor | Tarian & Budaya Masyarakat Mah Meri Di Pulau Carey

Mah Meri Pulau Carey


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini Rentak Selangor berada di Pulau Carey untuk melihat tarian tradisional Mah Meri dan budaya orang asli di Pulau Carey ini. Ada yang mengatakan masyarakat Mah Meri bukan penduduk asal di negara ini. Mereka tergolong dalam suku kaum Senoi yang dipercayai berasal daripada Kemboja dan Vietnam.

Mengikut kajian yang telah dilakukan didapati masyarakat Mah Meri digolongkan ke dalam keturunan orang-orang Mongoloid. Perkataan Mah Meri memberi maksud 'orang hutan' atau orang yang tinggal di dalam hutan. 'Mah' ialah orang dan 'Meri' bermakna hutan. Seperti kebanyakkan masyarakat Orang Asli yang lain, mereka pada asasnya tinggal di dalam hutan. 


Mah Meri Pulau Carey


Dari segi istilah pula, Mah Meri bermakna 'orang laut karena mereka tinggal berhampiran dengan laut serta bekerja sebagai nelayan. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti sejarah yang tepat tentang asal usul kedatangan mereka di negara ini. Budaya dan struktur sosial mereka mirip seperti Melayu-Proto dan mereka bertutur di dalam bahasa Mon Khmer.

Dari segi aspek kepercayaan pula, masyarakat Mah Meri mengamalkan kepercayaan animise. Mereka menjadikan hutan dan lautan sebagai sumber sara hidup dan spiritual mereka. Lazimnya mereka akan melahirkan dalam bentuk arca yang ada hubungan dengan nenek moyang dan alam persekitaran mereka. Arca-arca ini mendapat pengiktirafan dari UNESCO.


Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey

Ia sering digambarkan ke dalam dua bentuk sama ada baik atau pun jahat. Oleh itu, mereka akan melakukan beberapa upacara yang bertujuan untuk menghormati dan menenteramkan semangat mahupun mahkluk-makhluk halus yang dipercayai mengatur serta menjatuhkan hukuman dalam kehidupan mereka. Payang dan bomoh adalah orang yang dianggap penting dalam struktur organisasi sosial mereka selain daripada Batin, jenang, jukerah, penggawa dan laksamana karena beliau merupakan perantara kepada makhluk-makhluk halus.


Tarian Jo'oh


Mah Meri Pulau Carey


Tarian Jo'oh oleh masyarakat Mah Meri dipersembahkan dihadapan kami dan ku turut serta menyertai Tarian Jo'oh ini setelah ditarik oleh lelaki bertopeng hehe. Langkah-langkah untuk menari ini sangat mudah diikuti dengan mengikut rentak muzik yang dimainkan sendiri oleh masyarakat Mah Meri. 

Tarian Jo'oh mempunyai dwifungsi. Pertamanya tarian ritual yang ditarikan ketika Hari Moyang suku kaum Mah Meri di Pulau Carey, Klang untuk pemujaan moyang atau semangat dan roh bagi menjamin kesejahteraan hidup dan dimurahkan rezeki. Di dalam tarian Jo'oh ini, penari yang terdiri daripada anak-anak gadis Mah Meri akan menari mengelilingi pokok resam atau busut sebanyak tiga kali dengan gerak tangan yang berbeza sehinggalah sembilan pusingan. 


Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey


Tok Pawang yang dipercayai telah dirasuki semangat Moyang Bojos akan turut serta menari bersama-sama anak-anak gadis tadi dengan memakai Topeng Moyang Bojos hehe. Irama muzik yang dimainkan semasa acara ini ialah irama 'cekak musang' dengan menggunakan alatan muzik yang diantaranya diperbuat daripada hasil seni tangan sendiri. 

Selain fungsi ritual, tarian ini dipersembahkan juga sebagai satu bentuk hiburan biasa dalam acara keramaian seperti pada hari perkahwinan dan menyambut kedatangan tetamu luar. Dalam fungsi kedua inilah kebiasaannya pantun bertemakan cinta dan kasih sayang disampaika secara berlagu dalam suasana riang ria penuh dengan nada senda gurau dan ejek mengejek.

Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey


Tarian Jo'oh ini telah meluas bukan sahaja di dalam Negeri Selangor, Malaysia. Tetapi telah sampai hingga ke peringkat antarabangsa. Jangan main-main hehe, ini karena tentang keunikkan dan tarian serta muzikknya. Belum lihat pada pakaian atau costume yang dipakai mesti ramai yang mahu mencuba dan bergambar sekali hehe. 


Mah Meri Pulau Carey


rentak selangor

No comments: