Coco Body Dream 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Sejak kahwin ini almaklumlah makan minum di jaga oleh isteri tercinta berat makin lama semakin naik daripada berat asal. Baju kerja yang setiap hari dipakai semakin lama semakin ketat haha. Ku sangat risau dengan keadaan sekarang. Berat makin bertambah dan maju semakin ketat. Alhamdulillah ada juga rakan blogger mencadangkan Blog Eazy Izzuddin untuk mencuba satu produk kurus ini hehe. 

Ku terasa semakin teruja dan terpilih dalam untuk menyertai Cabaran Kurus 15 Hari dengan Bodydream Coco Slimming Drink ini bertempat di Tous Les Jous Wolo Bukit Bintang pada 25 Januari yang lalu. Macam tahu-tahu aje ku tercari-cari suatu produk yang boleh membantu ku untuk menurunkan berat badan kepada lebih ideal dan sihat hehe. Memang ku takkan lepaskan peluang untuk menyertainya juga.

Dalam majlis ini kami diperkenalkan dengan produk Body Dream Coco Slimming Drink oleh pengasas itu sendiri Puan Sarra Shahrin dan Encik Hafiz. Dalam sesi perkenalan dengan produk Body Dream Coco Slimming Drink kami siap diberi satu sesi testing merasa Coco Slimming Drink oleh Body Dream, almaklumlah ku sendiri baru pertama kali mengetahui dan mengenali Produk Body Dream ini hehe.


Coco Body Dream


Coco Body Dream


Memang kadang-kadang aktiviti seharian kita yang sangat sibuk sehingga makan dan minum tidak terjaga apatah lagi jika tidak membuat senaman untuk stamina lebih baik menjalani kehidupan seharian. Harapan dengan mencuba minuman ini dapat menjaga serta dapat badan yang diidamkan selama ini.

Nak tahu apa kandungan yang terdapat Body Dream Coco-S Drink ini boleh rujuk gambar di bawah :-


coco1


Cara pengambilan: 1 sachet sahaja setiap hari. Selepas sarapan atau sebelum makan tengahari. Pengguna: Lelaki dan perempuan. Seawal 13 tahun (perlu bimbingan daripada ibu bapa) sehingga dewasa. Harga: 1 kotak = 15 sachet = RM95. Apabila ku mengambil Body Dream Coco-S Drink badan akan terasa seperti sedang berjogging sejauh 5km. Permulaan mereka yang mengambil satu sachet dan jantung seperti rasa berdegup dengan laju boleh ambil separuh sachet sahaja dahulu.

Ini karena Body Dream Coco-S Drink ini baru hendak menyesuaikan di dalam badan kalian. Apabila telah ambil beberapa sachet barulah ia akan sebati dan selesa dengan badan anda. Cuma perkara penting di sini. Setiap kali mengambil Body Dream Coco-S Drink ini kena terus makan ye dan tiada pantang larang langsung tapi dapat menurunkan berat badan, hebat tak hehe. Yang paling penting ialah kena cukup minum air masak.


Coco Body Dream


Coco Body Dream


Coco Body Dream


Coco Body Dream


Body Dream Coco-S Drink ini berperisa coklat, Swiss Coco dan kurang manis serta sedap dirasa. Ini dapat mengurangkan rasa  untuk minum air manis. Body Dream Coco-S Drink juga selamat untuk di ambil dan terbukti dapat menurunkan berat badan berdasarkan testimoni-testimoni yang kita boleh lihat di official body dream social media kerana merupakan rumusan ingredients dari bahan-bahan semulajadi.

Ku sendiri telah menyahut Cabaran Kurus selama 15 hari dengan satu kotak Body Dream Coco-S Drink terdapat 15 sachet yang bermula dari 26 Januari sehingga 9 Februari. Tak percaya bukan ? nantikan entry seterusnya untuk melihat hasil dan siapakah pemenangnya hehe. 


Coco Body Dream
Kaio Studio

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Shah Alam 28hb Januari yang lalu Bloggers Malaysia yang terkenal berpeluang untuk menjadi model tersendiri dan di Shoot sendiri oleh Videographer & Photographer terkenal Anwar Abdullah atau nama glamour beliau Kaio di Studio Photoshoot beliau Kaio Studio yang merupakan Studio Photoshoot Terbaik Shah Alam. Beruntung siapa tinggal berdekatan di Shah Alam boleh terus terjah Photography Studio beliau hehe. 


SEJARAH


Kaio Studio


Kaio Studio


Okay baiklah, ku bercerita serba sedikit sejarah bermulanya Kaio Studio ini. Ku sendiri mengenali pengasasnya Anwar Abdullah atau Kaio secara peribadi memang seorang Videographer dan Photographer yang sangat komited dan terperinci dengan hasil kerja beliau. Kaio Studio ini bermula menapak dari tahun 2012 lagi dimana beliau memulakan career sebagai wedding videographer. Kalau kalian lihat video beliau sangat awesome dan ada moment tersendiri. 

Alhamdulillah dengan hasil berkat usaha beliau Kaio Studio kini meluaskan lagi sayap ke pelbagai genre dan servis untuk kepuasan pelanggan seperti untuk majlis perkahwinan, event, advertising, campaign video, program tv dan lain-lain. Yang penting semua hasil dipenghujungnya akan membuatkan anda rasa sangat puas hati dengan servis Kaio Studio ini hehe. Ku suka shoot di Studio Photoshoot beliau, ada White  Studio & Black Studio hehe. 


PENCAPAIAN


Kaio Studio


Pada tahun 2017 siapa lagi yang tidak mengenali Kaio Studio ini dan rasa kalian pun dah kenal bukan ? hehe. Bukan calang-calang Kaio Studio ini, Kaio Studio pernah mendapat anugerah Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 yang dianjurkan oleh Majalah Glam tau hehe. Tak percaya ? boleh click link ini untuk melihat sendiri apa yang menyebabkan beliau menang hehe.Click --> Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi pengambaran muka depan majalah Fashion & Travel okay. Semata-mata hanya ke Paris untuk shoot Cover Majalah bersama Anuar Zain pula tu kan hehe. Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang ini. Lagi-lagi jika anda seorang yang amat meminat gambar dan edit video hehe. 

Selain ke Paris, Kaio Studio juga pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail. Antara pereka-pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara. Mereka-mereka ini juga bukan calang-calang pereka fesyen yang mempercayai hasil kerja Kaio Studio yang semestinya bagus.

Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaian ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.Untuk tahu lebih lanjut dan melihat karya-karya fesyen dari Kaio Studio, boleh terus ke pautan http://www.kaiostudio.com/category/fashion/



PENGALAMAN PHOTOSHOOT DI
 KAIO STUDIO


Kaio Studio


Alhamdulillah terima kasih karena menjemput ku bersama dengan isteri tercinta untuk photoshoot bersama dengan Kaio Studio ini. Almaklumlah bukan senang nak dapat join Studio Photoshoot Terbaik Shah Alam hehe. Hanya berbekalkan hanya 3 set persalinan pakaian yang kebanyakkan hasil wardrobe sendiri dan satu baju sponsor ku ke Kaio Studio yang terletak di Shah Alam dan agak mudah untuk anda sampai ke sini.

Dah lama tak merasa pengalaman photoshoot studio ini almaklumlah last photoshoot pun setahun yang lalu untuk pre wedding photoshoot hehe. Ku agak kekok untuk cara posing apabila gambar di ambil. Tapi jangan risau Saudara Kaio cukup membantu untuk anda posing cara bagaimana apabila bergambar. Ala-ala model superstar gitu hehe. Jangan malu dan jangan segan yang penting gambar Kaio Studio meletop hehe. 


Kaio Studio


Yang paling penting Kaio Studio sangat luas dan selesa untuk anda yang mahu bersolek dan menyalin baju untuk photoshoot yang seterusnya. Mereka juga mempunyai Set studio photoshoot yang sangat awesome seperti White Studio dan Black Studio. Di keliling Kaio Studio anda dapat melihat hasil photoshoot beliau yang sangat cantik dengan client beliau. Yang paling meletop ialah gambar perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melzin. hehe.

Ku sertakan hasil gambar studio photoshoot ku bersama dengan isteri dan melihat hasilnya tidak perlu edit sehinggakan ku speechless melihat gambar-gambar yang di tangkap oleh beliau. Sangat Cantik dan rasa seperti Superstar Model haha. Tahniah Saudara Kaio dan Kaio Studio. Apabila kalian melihat gambar-gambar ini akan berasa teruja dan teringin mengabdikan diri gambar di Kaio Studio hehe.


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio


Kaio Studio



SERVIS YANG DITAWARKAN

1. Wedding photography and videography
2. Corporate photography and videography
3. Commercial video
4. Campaign video and photography
5. Music video

Link jenis-jenis servis yang ditawarkan ada di sini http://www.kaiostudio.com/our-services/


LOKASI

Alamat Studio
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

 Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’


Kaio Studio
Gt mobile 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada bulan Januari yang lalu GT Group the mengadakan event besar-besaran majlis pelancaran GT Dollar di Malaysia. Termasuk pelancaran GT Mobile model GT-888 dan terima kasih karena memberi kepercayaan kepada ku untuk guna dan review GT Mobile ini hehe. Ku sangat teruja karena ini kali pertama dapat smartphone yang best ini. 

 GT-888 ini merupakan model yang ketiga dikeluarkan oleh GT Mobile dan model generasi yang sebelumnya ialah GT-886 dan GT-883 dan keluaran terbaru ini designnya sangat menawan dan genggaman apabila dipakai sangat selesa dan best apabila di pegang hehe.


Gt mobile


Gt mobile


Okay baiklah, kita unboxing GT-888 ini dengan penuh keterujaan di dalam hati hehe.Apa yang terdapat di dalam kotak ini barang-barang basic seperti charger plug, fast charging usb, earphone, dan yang paling menarik di sini ialah disertakan sekali dengan screen protector dan casing phone. Almaklumlah phone model baru ini mungkin tiada lagi di pasaran dan mesti kalian mahu melindungi daripada calar bukan ?


Spesifikasi GT-888

 GT-888 direka bentuk mempunyai skrin keluasan 5.5 inchi dengan resolusi setinggi 1280*720 pixel dan mempunyai memori di dalamnya sebanyak 16gb. Tetapi tiada memori luaran yang kalian boleh tambah apabila kehabisan memori internal. Lepas ni rajin-rajin transfer dan backup gambar dalam laptop ye ? hehe. Tahulah suka selfie kan hehe.


Gt mobile 


Gt mobile



Gt mobile


GT-888 ini dikuasakan dengan memproses 64 bit Quad core 1.0 GHz 2gb RAM di mana kelajuan apabila kalian menggunakan GT-888 ini adalah sangat laju dan smooth dan ia sangat sesuai bagi mereka suka main game di phone ataupun melakukan kerja multitasking dalam satu-satu masa tanpa perlu rasa marah dan geram apabila telefon bimbit ini tidak sangkut atau hang hehe. 

Keistimewaan GT-888 ini bagi mereka yang ada nombor sim card lebih karena GT-888 mempunyai dua slot sim card bagi mereka mempunya dua nombor dan kalian tidak perlu lagi membeli telefon bimbit kedua yang akan memberatkan poket anda hehe. 

Setiap mereka yang beli smart phone mesti mementingkan camera bukan ? Kamera belakang GT-888 terbina dengan kamera 8mp manakala kamera hadapan pula 5mp. GT-888 kamera mampu mengambil gambar dengan cantik di dalam ruangan bilik atau kawasan separa gelap dan lagi cantik apabila ruangan tersebut mempunyai cukup cahaya. 


Gt mobile

Kamera GT-888 ini mempunya mode mengambil gambar dalam bentuk format HDR, panorama, night mode, fish eye dan voice command. Kalau selfie ? siap ada beauty face lagi hehe. GT-888 ini boleh di dapati dua warna Silk White dan Metal Grey.

Untuk maklumat lanjut tentang GT Mobile GT-888 dan di mana mahu mendapatkannya boleh ke --> http://gtmobile.sg/stores/malaysia 
Mah Meri Pulau Carey


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini Rentak Selangor berada di Pulau Carey untuk melihat tarian tradisional Mah Meri dan budaya orang asli di Pulau Carey ini. Ada yang mengatakan masyarakat Mah Meri bukan penduduk asal di negara ini. Mereka tergolong dalam suku kaum Senoi yang dipercayai berasal daripada Kemboja dan Vietnam.

Mengikut kajian yang telah dilakukan didapati masyarakat Mah Meri digolongkan ke dalam keturunan orang-orang Mongoloid. Perkataan Mah Meri memberi maksud 'orang hutan' atau orang yang tinggal di dalam hutan. 'Mah' ialah orang dan 'Meri' bermakna hutan. Seperti kebanyakkan masyarakat Orang Asli yang lain, mereka pada asasnya tinggal di dalam hutan. 


Mah Meri Pulau Carey


Dari segi istilah pula, Mah Meri bermakna 'orang laut karena mereka tinggal berhampiran dengan laut serta bekerja sebagai nelayan. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti sejarah yang tepat tentang asal usul kedatangan mereka di negara ini. Budaya dan struktur sosial mereka mirip seperti Melayu-Proto dan mereka bertutur di dalam bahasa Mon Khmer.

Dari segi aspek kepercayaan pula, masyarakat Mah Meri mengamalkan kepercayaan animise. Mereka menjadikan hutan dan lautan sebagai sumber sara hidup dan spiritual mereka. Lazimnya mereka akan melahirkan dalam bentuk arca yang ada hubungan dengan nenek moyang dan alam persekitaran mereka. Arca-arca ini mendapat pengiktirafan dari UNESCO.


Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey

Ia sering digambarkan ke dalam dua bentuk sama ada baik atau pun jahat. Oleh itu, mereka akan melakukan beberapa upacara yang bertujuan untuk menghormati dan menenteramkan semangat mahupun mahkluk-makhluk halus yang dipercayai mengatur serta menjatuhkan hukuman dalam kehidupan mereka. Payang dan bomoh adalah orang yang dianggap penting dalam struktur organisasi sosial mereka selain daripada Batin, jenang, jukerah, penggawa dan laksamana karena beliau merupakan perantara kepada makhluk-makhluk halus.


Tarian Jo'oh


Mah Meri Pulau Carey


Tarian Jo'oh oleh masyarakat Mah Meri dipersembahkan dihadapan kami dan ku turut serta menyertai Tarian Jo'oh ini setelah ditarik oleh lelaki bertopeng hehe. Langkah-langkah untuk menari ini sangat mudah diikuti dengan mengikut rentak muzik yang dimainkan sendiri oleh masyarakat Mah Meri. 

Tarian Jo'oh mempunyai dwifungsi. Pertamanya tarian ritual yang ditarikan ketika Hari Moyang suku kaum Mah Meri di Pulau Carey, Klang untuk pemujaan moyang atau semangat dan roh bagi menjamin kesejahteraan hidup dan dimurahkan rezeki. Di dalam tarian Jo'oh ini, penari yang terdiri daripada anak-anak gadis Mah Meri akan menari mengelilingi pokok resam atau busut sebanyak tiga kali dengan gerak tangan yang berbeza sehinggalah sembilan pusingan. 


Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey


Tok Pawang yang dipercayai telah dirasuki semangat Moyang Bojos akan turut serta menari bersama-sama anak-anak gadis tadi dengan memakai Topeng Moyang Bojos hehe. Irama muzik yang dimainkan semasa acara ini ialah irama 'cekak musang' dengan menggunakan alatan muzik yang diantaranya diperbuat daripada hasil seni tangan sendiri. 

Selain fungsi ritual, tarian ini dipersembahkan juga sebagai satu bentuk hiburan biasa dalam acara keramaian seperti pada hari perkahwinan dan menyambut kedatangan tetamu luar. Dalam fungsi kedua inilah kebiasaannya pantun bertemakan cinta dan kasih sayang disampaika secara berlagu dalam suasana riang ria penuh dengan nada senda gurau dan ejek mengejek.

Mah Meri Pulau Carey


Mah Meri Pulau Carey


Tarian Jo'oh ini telah meluas bukan sahaja di dalam Negeri Selangor, Malaysia. Tetapi telah sampai hingga ke peringkat antarabangsa. Jangan main-main hehe, ini karena tentang keunikkan dan tarian serta muzikknya. Belum lihat pada pakaian atau costume yang dipakai mesti ramai yang mahu mencuba dan bergambar sekali hehe. 


Mah Meri Pulau Carey


rentak selangor