Rentak Selangor | Tarian Tradisi Masyarakat Bugis Di Istana, Tarian Poja

rentak selangor 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ku berkesempatan menyertai program khas Rentak Selangor yang di anjurkan oleh Gaya Tavel Magazine dan Exco of Youth Generation Development, Sports, Culturaland Entrepreneurship Development. serta kerjasama dengan Pusaka. Program Rentak Selangor "Nafas nadi bumi kami' berlangsung selama 4 hari 3 malam ini diadakan disekitar Negeri Selangor. Apa yang di utamakan dalam Program Rentak Selangor ini untuk menemukan rentak dan tarian yang terbaik secara tradisi yang terdapat di Selangor. 

Terdapat pelbagai jenis tarian tradisi yang datang ke Negeri Selangor seperti Orang Asal, Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Chinese dan Indian saban tahun dan menjadikan Selangor satu negeri yang unik untuk kalian datang melancong dan meneroka hehe. Untuk entry kali ini ku ingin bercerita tentang keunikkan tarian Poja. Perkataan Poja berasal dari perkataa Bugis yang membawa maksud Puji-Pujian.


TAMAN BOTANI SHAH ALAM


Poja merupakan tarian tradisi masyarakat Bugis di Istana. Tarian Poja ini dipersembahkan di Istana untuk memuji Raja dan Sultan dengan menggunakan kemenyan dan bunga-bunga. Raja dan Sultan akan disambut oleh penari dengan bunga ditaburkan dan pergerakan tarian indah. Justeru itu, tarian Poja merupakan sebuah tarian Istana yang dijaga mutu dan nilai keseniannya oleh kerabat-kerabat diraja.

Pergerakkan tarian Poja ini agak kurang karena ianya lebih kepada posisi duduk. Apa yang lebih ditekankan di sini semasa penari melakukan tarian Poja ialah pergerakan dari pinggang postur yang betul dan kedudukan isyarat tangan, lutut dan leher.

Pada masa kini, tarian Poja masih lagi dipersembahkan dipermulaan sesuatu majlis sebelum bermula majlis tersebut dan menjadi simbolik bagi setiap majlis yang berlangsung kepada semua tetamu yang hadir ke majlis tersebut.


Poja


tarian poja


TARIAN POJA 1


Pada zaman dahulu, tarian poja merupakan satu tarian yang hanya dipersembahkan di dalam Istana untuk Kerabat-Kerabat Diraja dan Sultan bagi meraikan sesebuah keramaian. Ini kerana, tarian poja merupakan sebuah tarian Istana yang dijaga mutu dan nilai keseniannya oleh kerabat-kerabat diraja.

Pada masakini, Tarian poja bukan lagi merupakan sebuah tarian istana sebaliknya boleh dipersembahkan dimana-mana dan dipertontonkan oleh sesiapa sahaja. Tarian poja ini ditarikan oleh jumlah penari yang tidap genap, kerana sebab-sebab tertentu. Apabila tarian ini dipertengahkan dan berharap dapat dipelihara agar supaya tidak pupus untuk dipersembahkan  kepada generasi-generasi akan datang

p/s : Gambar Ihsan dari Projek Travel.

1 comment:

1001petua.com said...

p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..