Followers

Instagram Dato Alif 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, pada 24 Januari 2017 yang lalu ku berpeluang menghadirkan diri ke Sesi Intimate Nur Sajat bersama Bloggers yang lain di Hotel Royal Kuala Lumpur. Pertemuan yang sangat Eksklusif bersama Nur Sajat dan ku tak sangka dapat berjumpa dan bersembang lebih mendalam tentang kejayaan beliau dalam bidang perniagaan bermula hanya dari RM500 wang saku  hingga sekarang berjaya memiliki Empayar Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.

Kini pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, mengumumkan pembelian keseluruhan rumah banglo mewah milik Dato’ Aliff Syukri dalam satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur. Dato’ Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram milik beliau.


IMG_4058 (1)


IMG_4059


IMG_4086


Ku teruja mendengar kisah kehidupan gadis ini tidak bermula dengan emas permata. Membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Nur Sajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu. Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa, namun dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk gadis ini terus bertahan dan mencapai impiannya.

Ku selalu juga mengikuti laman Instagram miliknya @nursajat02 turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain. Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, gadis ini mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang. So ? Jangan Mengata hehe.

 Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan gadis ini antara JUTAWAN MUDA di Malaysia hari ini. Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.


IMG_4093


IMG_4102


IMG_4007


Alhamdulillah dengan penat lelah dan hasil beliau kini ingin mengajak dan membantu usahawan-usahawan yang mempunyai produk untuk dijual tetapi tiada ilmu dalam pemasaran mengajak kalian yang berminat untuk berniaga ini ke SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017. Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.


 JADUAL SEMINAR BICARA USAHAWAN 
BERSAMA NURSAJAT SELURUH NEGARA 

1) Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru (Sabtu) 04 Mac 2017 10 pagi – 2 petang 

2) Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) (Sabtu) 25 Mac 2017 10 pagi – 2 petang 

3) Kuantan / Terengganu (Sabtu) 08 April 2017 10 pagi – 2 petang 

4) Kelantan (Sabtu) 29 April 2017 10 pagi – 2 petang 

5) Perak (Sabtu) 06 Mei 2017 10 pagi – 2 petang 

6) Kedah / Pulau Pinang (Sabtu) 20 Mei 2017 10 pagi – 2 petang 

7) Kuala Lumpur / Selangor (Sabtu) 29 Jun 2017 10 pagi – 2 petang 

8) Sabah (Sabtu) 08 Julai 2017 10 pagi – 2 petang 

9) Sarawak (Ahad) 09 Julai 2017 10 pagi – 2 petang


Walaubagaimanapun, untuk di setiap lokasi seminar terhad hanya kepada 50 peserta terawal sahaja. So kena cepat kepada mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217. Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.


  Nursajat


Nursajat


Terima kasih tak terhingga kepada Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd , Fuad dan yang terlibat karena menjemput ke sesi ini bersama dengan Nursajat. Banyak cerita dan sedikit ilmu yang diambil dari sesi pertemuan yang amat singkat ini di Hotel Royal Kuala Lumpur. Tak sabar nak guna sabun Jangan Mengata Lets Cantik hehe. 

Comments (1)

On January 27, 2017 at 10:56 PM , Hanafi Abdullah said... [Reply to comment]

baru tau juga tentang kisah beliau..Nur Sajat