Followers

Monday, November 28, 2016

#ICYDKMelaka Homestay Alai

Homestay Malaysia 

 Assamualaikum WT & Salam Sejahtera. 

ICYDK Melaka? Apa itu ICYDK dan ramai yang tertanya-tanya apa maksud tersebut hehe. ICYDK ialah ayat singkatan bagi In Case You Didn't Know Melaka ! So kalian sendiri dah faham bukan? Bermaksud kalau kalian tidak tahu apa yang ada di Melaka ini. Selalu datang aje ke Bandar Hilir Melaka. Tetapi banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi di Melaka ini. Program berlangsung selama 3 hari di Melaka bersama dengan media-media di Malaysia, Indonesia, Holland, Germany dan France !

Oklah tu berkenalan dan dapat kawan baru dari dalam dan luar negara hehe. Okay baiklah, banyak program berlangsung selama 3 hari ini dan setiap hari penuh dengan aktiviti. Baru tak bosan bukan ? hehe.


HOMESTAY ALAI


Homestay Malaysia


First stop kami ke Homestay Alai yang terletak di Kampung Alai Melaka. Kami disambut meriah oleh penduduk Kampung Alai di sini dengan persembahan nyanyian Dondang Sayang yang sangat merdu dan menghiburkan. Pertama kali ku jejak kaki di sini walaupun banyak kali ke Melaka hehe. Di sini kami dapat melihat demostrasi membuat kuih tradisional seperti Ondeh-Ondeh, dan Inang-Inang.


Homestay Malaysia


Kuih Ondeh-Ondeh merupakan kuih kegemaran dan tradisi oleh penduduk di Melaka ini. Bukan sahaja di Melaka tetapi seluruh Malaysia meminatinya. Ianya Kuih yang dalamnya ada gula Melaka dan sangat enak di makan hehe. Cara-cara buat Kuih Ondeh-Ondeh ini tidak begitu sukar dan mudah sahaja.Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

 Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan daun pandan supaya wangi.


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


 Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Wallah dah siap untuk dimakan hehe. Sedap !

Seterusnya kami melihat demonstrasi kuih Inang-Inang. Tahukah kalian apa itu inang-inang? Mungkin ramai yang kurang mengenalinya. Tapi kalau orang Melaka mestilah tahu sejenis keropok yang sering di jual di gerai-gerai tepi jalan. Ianya merupakan antar produk pelancongan negeri Melaka yang patut dibeli oleh pelancong.


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


Inang-inang diperbuat daripada beras pulut, garam dan sedikit pewarna. Beras pulut akan direndam dan kemudian dikukus selama setengah jam. Sedikit pewarna diletakkan agar kelihatan menarik dan cantik. Inang-inang boleh didapati dalam empat warna iaitu merah, hijau, kuning dan oren. Inang-inang sering dihidangkan pada waktu minum petang atau sebagai kudapan. Ianya lebih kurang macam keropok dimana anda perlu menggorengnya dulu sebelum dihidangkan.

Nantikan bahagian seterusnya ICYDK Melaka ! Banyak lagi yang kalian tidak tahu tentang Melaka hehe. LAYANS.


Tourist Guide.com.my

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Kuala Lumpur, 24 November 2016. Pelancaran laman web travel TouristGuide.com.my berlangsung secara gilang gemilang dan meriahnya di The Westin Hotel Kuala Lumpur dan dilancarkan oleh Pengarah Urusan TouristGuide.com.my Mr Devan Kumar, Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur Mr Mohd Akbal Setia, President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA Mr Azlan Hussain serta Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia Akim Ahmad. Ku sendiri teruja dengan Majlis Pelancaran besar besaran ini dan lagi-lagi ia berkaitan dengan Travel ! Siapa tak suka travel bukan? Hehe.

Pengenalan serba sedikit mengenai TouristGuide.com.my ini Satu laman web servis yang memberikan anda peluang untuk melancong dengan harga yang berpatutan, murah dan mungkin percuma di tempat-tempat pelancongan yang kalian idamkan. TouristGuide.com.my ini sebenarnya berada di laman web sejak dari pada tahun 2011 lagi dan telah memberikan servis travel ini kepada lebih beribu pelancong dari Asia dan seluruh dunia ! Sesuai dengan misi mereka untuk membina Rangkaian Pelancongan yang TERBESAR di dunia. 


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my

Dilancarkan oleh Pengarah Urusan TouristGuide.com.my Mr Devan Kumar, Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur Mr Mohd Akbal Setia, President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA Mr Azlan Hussain serta Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia Akim Ahmad


Apabila kalian membuka dan explore laman web TouristGuide.com.my ini menawarkan pelbagai pakej-pakej travel dan servis pada harga yang sangat berpatutan berbanding dengan pesaing yang sedia ada dan dapat membantu kalian yang suka melancong ini. Seperti anda bercuti dan mendapat pakej hotel dan travel yang mewah pada harga yang sangat murah. Tak ke begitu mengujakan kalau kita dapat murah dan sangat berbaloi hehe. Bukan itu sahaja, kalau rezeki kalian dapat juga travel secara percuma hehe. 

Sekarang TouristGuide.com.my ini kalian boleh mendaftar secara percuma tanpa yuran ahli dan Kini TouristGuide.com.my akan meluaskan database travellers untuk mencapai misi ahli sehingga 100,000 travellers dari Malaysia sebelum diperkembangkan lagi sebelum kepada travellers di luar negara. Kini sudah 3000++ ahli di TouristGuide.com.my dan mereka akan mencipta satu network untuk travellers ini supaya kalian dapat mengumpul mata atau points sehingga boleh digunakan dan redeem untuk melancong secara percuma ! Hehe. 


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Okay baiklah, dari segi TEMPAHAN HOTEL pula kini kalian boleh menempah hotel yang lebih murah di TouristGuide.com.my dan ada hampir 75,000 hotel seluruh dunia dalam laman web tersebut telah tandatangani perjanjian bersama dan kalian boleh bandingkan hehe. Kebanyakkan harga adalah lebih murah dari pakej-pakej yang tersedia di laman web di luar sana hehe. So jadilah pelancong yang bijak dan menjimatkan duit poket anda serta dapat melancong dengan puas hati hehe. 

FLIGHT BOOKING pula merupakan salah satu perkara penting bagi seorang travellers untuk pergi ke suatu tempat pelancongan jika jauh dari tempat anda tinggal hehe dan juga boleh ditempah di TouristGuide.com.my dapat la juga kalian kumpul point kan hehe dan boleh redeem tiket penerbangan secara percuma kot ! Ku suka sangat naik flight dapat terbang jauh hehe. 

DISCOUNT TRAVEL DEALS sehingga 75% ! Apabila kalian ke TouristGuide.com.my ini memang akan rambang mata dan tidak tahu memilih mana satu pakej percutian anda sebab terlalu banyak pakej-pakejnyang sangat menarik dan murah. Diskaun bagi sehingga 75% tu hehe siapa taknak bukan? Hehe. Berbaloi dan murah. Antara pakej yang sedang ditawarkan dan tengah hangat sekarang di TouristGuide.com.my ku senarai gambar dibawah hehe. Boleh tahan hehe. Promosinini berlangsung dari sekarang sehingga 30 November 2016. Travel bermula dari 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2017 (except for public holiday).


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Tourist Guide.com.my


Selain dapat travel percuma dan murah, TouristGuide.com.my ini dapat menghubungkan semua travellers di bawah satu network dan akan mencipta satu rangkaian untuk travellers bersama dengan 3000+ travellers yang lain. So, ahli boleh menjana mata daripada seseorang itu pergi travel atau anda sendiri dan point ini boleh redeem untuk percutian percuma. Dengar macam MLM bukan? Tapi sebenarnya bukan okay hehe. Kalian boleh mendaftar menjadi ahli TouristGuide.com.my dan tiada bayaran dikenakan. 

Mesti teruja selepas membaca dan apa lagi mari beramai-ramai menyertai dan melancong pada harga yang berpatutan, berbaloi dan mungkin percuma ! Hehe. Untuk mengetahui dan maklumat lanjut boleh ke laman web www.TouristGuide.com.my. Toll Free : 1800-38-3338 &  +603-87342802 serta email : contact@touristguide.com.my 


Tourist Guide.com.my

Bersama maskot TouristGuide.com.my

Saturday, November 12, 2016

Latest Recipe's Taste of India

Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste 


 Assalamulaikum wbt & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 7hb November 2016 mari kita bersama-sama menyelami dan merasai pengembaraan resipi makanan India terkini dengan Chef jemputan Chef Harpal Singh dari The Westin Pune Koregaon Park showcase authentic North Indian specialties. Almaklumlah perayaan Deepavali baru sahaja berlalu tetapi kemeriahannya masih terasa sehingga kini.

Apa Latest Recipe Le Meridien telah beroperasi selama lebih kurang 6 tahun lalu, kini tiba masanya idea baru telah sampai untuk membuka Indian Open Kitchen. Pertama kalinya untuk restoran yang menghidangkan makanan secara buffet ini. Untuk mengekalkan rasa dan konsep makanan Indian yang juga merupakan makanan kegemaran di Malaysia ini asalnya dari Utara & Selatan India dengan adanya Chef jemputan Chef Harpal Singh yang sangat pakar dalam bidang ini moga dapat memberi suatu pengalaman yang baik disini. 


Latest recipe India Taste


Jika kalian tidak boleh tahan dengan ikan segar yang dicampur dengan kuah pedas kaya dengan rempah ratus seperti Patiala Fish Curry sehingga boleh menjilat jari tahu? Hehehe. Terdapat pelbagai menu makanan India yang ku sendiri tidak tahu hehe. Antara menu-menu taste of India ialah seperti butter chicken, Methi Macchi Tamatar, Saag Gosht, Homestyle Mutton Curry dan banyak lagi okay. Kalian boleh lihat gambar-gambar yang ku upload ni hehe. 

Indian rotinjuga turut ada di Latest Recipe seperti Amritsari Kulcha, Tandoori Roti dan Masala Naan. Untuk mengakhiri rasa manis dan melengkapkan lagi hidangan, jangan dilupa Nasi Khree, Zaffrani Aur Gulkand Ki Phimi dan Shahi Tukra akan menarik lagi perhatian anda untuk menikmatinya. Selainnya makanan India yang baru sahaja dilancarkan tapi tak lama ok dari 7 November 2016 sehingga 13 November 2016 di Latest Recipe , Le Meridien Kuala Lumpur Sentral. 


Latest recipe India Taste

Rice with flavoured Indian Spice Stock & Green Peas


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste

Corn & Fenugreek Galettes


Latest recipe India Taste

Whole Chicken Cooked in Charcoal


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste

Tomato & Coriander Broth Tempered with Ginger, Garlic & Indian Spice


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste 


Latest recipe India Taste

A delicacy from amritsar of cottage cheese & mint sauce chili


Latest recipe India Taste

Potato & Chickpea Marinated with Tamaeind & Coriander sauce


Latest recipe India Taste 

Dumpling cooked in cashew nut & curd gravy


Latest recipe India Taste

Chicken Leg boneless marinated with yogurt & cooked in charcoal


Latest recipe India Taste

Marinated vegetables with hung curd & five Indian spices


Latest recipe India Taste

dessert


Latest recipe India Taste


Latest recipe India Taste


Dengan suasana restoran tones berwarna putih dengan campuran contemporary elements, restoran Latest Recipe ini di reka dengan ceiling tinggi untuk menampakkan suara lebih dramatic colour-stain glass. Tidak lupa di Latest Recipe Le Meridien KL Sentral terdapat makanan Malay, Chinese, Japanese dan Western counters yang sangat berbaloi untuk anda jelajahi dan rasai menikmatinya sendiri hehe.

The Taste of India promotion ini akan berlangsung dari 7 hingga 13 November 2016 untuk buffet dinner di Latest Recipe, level 5 of Le Meridien Kuala Lumpur. Harga dari RM138 per person dari Isnin hingga Khamis. Dan RM150 seoranv untuk hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Untuk kanak-kanak dari 4 hingga 12 tahun dapat menikmati 50% diskaun. Jom mari beramai-ramai rasa hehe. Awesome.


Latest recipe India Taste

Thursday, November 3, 2016

ETW Doddle Citrawarna 2016 Part 2

Citrawarna 2016 


 Assalamualaikm WBT & Salam Sejatera. 


RUMAH TERBALIK MENARA KL



Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Hari kedua Eat Travel Write Doodle Citrawarna 2016 ke Menara Kuala Lumpur. Rumah Terbalik ! Sebenarnya teringin dari dulu nak pergi melawat rumah terbalik. Terutamanya yang pertama kalau tidak silap di Sabah kot hehe. Baru ini ada di Port Dickson itupun tidak berkesempatan. Alhamdulillah kali ini berkesempatan ke Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur tertinggi di Malaysia setinggi dua tingkat hehe. Pertama kali di Kuala Lumpur. 

Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur merupakan pertama di Kuala Lumpur yang mempunyai reka bentuk rumah terbalik yang sebenar. Dibuka dari Isnin hingga Ahad dari pukul 9 pagi hingga 7 malam setiap hari Harga tiket bagi Dewasa : RM15.00 sahaja (MYKAD) Kanak-Kanak : RM10.00 sahaja (MYKAD). Bolehlah kalian bawa keluarga dan kawan-kawan isi masa lapang melawat rumah terbalik di Menara Kuala Lumpur ini hehe.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Disini kalian boleh bergambar puas-puas di dalam Rumah Terbalik ini. Jangan risau, ada gambar dan bantuan pekerja bagaimana anda mahu bergambar dan mahu kelihatan anda sendiri terbalik atau anda terbang melekat ke atas siling rumah hehe. Memang menarik dan menjadi apabila bergambar dan rotate gambar tersebut seolah olah anda sedang mendaki rumah tersebut. Jadi Spiderman pun boleh hehe. Sangat dicadangkan kepada kalian untuk pergi ke rumah terbalik ini hehe.


STARBUCKS AMPANG DRIVE THRU


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Selepas ke Rumah Terbalik  Menara Kuala Lumpur. Kami terus ke Starbucks Ampang Drive Thru yang terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Jangan keliru ea karena di Jalan Ampang terdapat hampir empat Starbucks tau hehe. Yang ini paling besar di dalam satu bangun dan semasa kami ke sini, ianya baru hanya seminggu dibuka tau. Masih baru dan still fresh untuk kalian ke Starbucks Drive Thru Ampang ini hehe.

Ada sikit refreshment dari Starbucks dan merasa beberapa combination menu dari Starbucks. Selalunya kita kalau ke Starbucks akan order usual menu seperti Chocolate Cream Chip. Tak gitu ? hehe. Dapat merasaCoffee Testing gabungan beberapa jenis Coffee dan pencuci mulut seperti Starbuck Signature Fruit Cake dan Honey Waffle. Baru tahu apabila kita menghirup Coffee ditambah dengan memakan kek dan manisan baru terasa kelainannya. Rasanya suka hirup coffee dengan cheese kek kot hehe.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Banyak juga menu lain seperti merasa Coffee Sumatera dan letakknya Honey Waffle di atas cup coffee yang panas tersebut. Motifnya ? cubalah rasa sendiri. Serius akan merasa kelainannya dan anda pasti teringin melakukannya sekali lagi. Ibarat seperti menghirup coffee terbayangkan zaman kanak-kanak anda yang begitu indah dan nostalgia. Terima kasih kepada En. Salleharon Ahmad, Starbucks Malaysia Sr Manager Pulic Affairs & Digital Strategy dan Starbucks Malaysia Coffee Ambassador Ayesha Dahalan hehe.


JALAN-JALAN AT KAMPONG BHARU


Citrawarna 2016


Selepas kita mengopi-ngopi tadi. Kita ke Kampong Bharu yang terletak betul-betul di tengah Bandar Kuala Lumpur hehe. Kampong Bharu yang diterokai sekitar tahun 1890s oleh petani Melayu dengan jumlah bilangan 7 Kampung Tradisional yang terletak di antara Sungai Klang dan Sungai Gombak dengan gabungan The Malay Agricultural Settlement yang sebelum ini dikendalikan oleh Pentadbiran British

Wilayah desa dari masyarakat dikait dengan orang Melayu yang tinggal di sini dari generasi ke generasi baru dan telah mengekalkan warisan dan tradisi di sana. Masih lagi terdapat Rumah Melayu Tradisional, Masjid, gerai jalanan dan kedai-kedai makan memberikan Kampong Bharu identiti Melayu tersendiri dan mempamerkan budaya yang tulen.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016 


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Kami berkumpul di Kelab Sultan Suleiman yang dibina pada tahun 1901. Kelab Sultan Suleiman ini dibina pada tahun 1901 sebagai tempat social meeting oleh residen associations. Dalam tour ini anda akan tour satu kampung baru seperti ke Rumah Master Mat, Kelab Sultan Suleiman Gallery, Malay Food Street dan paling menarik di Rumah Limas karena mempunya stail colonial Malay hybrid yang dibina pada 1913 dan dibina semula pada 1949 selepas perang dunia kedua. Sentuhan yang masih tidak terusik sehingga kini.

Kita ke bekas pasar malam sabtu , Masjid Jamek Kampong Bharu, ke Kedai Herbal, ke Gurdwara Tatt Khalsa dan evening Street bazaar.


CITRAWARNA @ KUALA LUMPUR 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung pada 25 September 2016 diacara kemuncak dengan Pelancaran Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohammed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertemakan pada tahun ini Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 - Myth and Folklore. 

Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 memberi satu pengalaman yang berbeza kepada ku dan para pelancong yang datang menyaksikannya karena para penonton akan dibawa mengembara dan mengenali serta menyaksikan setiap peristiwa mitos dan lagenda dengan lebih dekat lagi seperti Lagenda Tasik Chini, Lagenda Hang Tuah, Lagenda Puteri Gunung Ledang,Huminodun, Kisah Puteri Cik Siti Wan Kembang, Hikayat Merong Mahawangsa dan banyak lagi. 


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Ramai juga yang tidak menyedari bahawa cerita-cerita mitos, lagenda dan cerita-cerita rakyat sebenarnya telah banyak mempengaruhi kepercayaan, kehidupan serta cara hidup masyarakat dahulu yang mana ianya telah pun digarap dalam kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan.

Pada masa dahulu juga, kisah mitos, lagenda dan cerita rakyat sebenarnya satu bentuk "place marketing" di mana kisah-kisah ini memberikan satu keistimewaan yang menarik minat orang dari jauh dan dekat yang mendengar cerita tersebut untuk datang mengunjungi tempat-tempat yang disebutkan  dalam kisah-kisah lagenda tersebut. 


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Dari segi konteks pelancongan pula, penceritaan dalam pelancongan juga adalah penting di mana ia mampu memberikan penjiwaan serta pengalaman yang menarik kepada para pelancong, lebih-lebih lagi jika satu tarikan pelancongan ada dikaitkan dengan kisah mitos luar biasa, mistik mahupun tragis. 

Persembahan Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 yang sangat mengagumkan bagi aku dengan pelbagai tarian mengikut mitos setiap negeri. Acara penutup dengan Persembahan Bunga Api yang sangat menakjubkan. Terima Kasih kepada Gaya Travel dan Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 karena sudi menjemput dan jumpa lagi di Tahun Hadapan hehe. 

LAYANS 
(>_<)