Followers

Sunday, July 24, 2016

Zack Kapcai Buat Penonton Geli Hati

zack-kapcai-13785-poster-1468265141


Zack Kapcai 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada minggu lalu ku berpeluang ke rumah terbuka yang dianjurkan oleh MIG Pictures khas untuk para bloggers sahaja tau hehe. Rumah terbuka AidilFitri untuk bloggers diadakan di Pak John Steamboat & BBQ The Curve Damansara sambil dapat menonton Preview filem keluaran terbaru yang ke 113 MIG Pictures Zack Kapcai yang telah menemui peminat pada 14 July 2016 yang lalu hehe.

Filem Zack Kapcai yang mengandungi elemen-elemen komedi aksi yang seimbang dan humor bersahaja watak yang dibawakan oleh Fad Bocey, Shuk SYJ dan Rahim R2 yang lain dan tak bukan sememangnya terkenal dalam dunia lawak merek yang tersendiri dan pastinya akan mencuit hati penonton. Ku pun kadang dari tak ketawa terus nak ketawa melihat gelagat mereka hehe.


Zack Kapcai


_DSC7219


_DSC1433


Okay baiklah, pelakon terdahulu dan sekarang membuat comeback ke dunia seni siapa lagi kalau bukan Serina Redzuan serta pelakon heroin terbaru yang meningkat naik iaitu Julia Marin sebagai salah seorang peneraju utama filem ini. Sedikit jalan cerita ini mengisahkan Zack yang terpisah dengan Ayahnya yang dahulu merupakan seorang Raja Kapcai sehinggakan Zack dewasa ikut perangai ayahnya sendiri hehe. 

Dalam misi pencarian Ayah kandungnya sendiri pelbagai halangan dan cabaran yang diharungi Zack serta kawan baiknya sendiri Roy ke Kuala Lumpur hehe. Apa kesudahannya ? Korang pergi sendiri ke pawagam yang terdekat untuk menonton Filem Zack Kapcai ini hehe. Ku rasa siapa yang sangat minat dalam bidang permotoran ini mesti akan pergi nonton. Kerana?

Kerana ada ada motor Raja Kapcai yang sangat cantik dan dirahsiakan. hehe. Cantik tu modified motor Raja Kapcai. Sesiapa pun nak memiliki motor tersebut hehe. Disamping itu, suntikan sub plot yang begitu dekat dengan masyarakat seperti elemen kasih sayang, persahabatan dan most likely iainya berkaita apa yang berlaku disekeliling kehidupan kita yang kita dapat lihatnya sendiri. 


Zack Kapcai


Zack Kapcai


Akhir kata, terima kasih MIG atas jemputan Open House dan pratonton Filem Zack Kapcai dan tidak lupa kepada Mejar (K) David Teo atas duit raya yang diberi hehe. Korang jangan lupa Tonton Filem Zack Kapcai yang sedang hangat ditayangkan hehe. 

LAYANS