Followers

Sunday, April 3, 2016

Awesome KubUltra Trail Run 2016

kub8 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tahukah kalian pada 5 Mac 2016 yang lalu berlangsungnya KubUltra Trail Run 2016 di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu ? Kuala Kubu Bharu yang hanya terletak di dalam Selangor dan tidak jauh daripada ibukota Kuala Lumpur dan merupakan sebuah bandar dimana ia kelihatan seolah-olah suatu tempat yang sempurna. 

Kuala Kubu Bharu pernah berkhidmat menjadi sebagai kubu semasa perang saudara Selangor 1867-1874, tetapi ianya lebih dikenali dengan tragedi di mana empangan Kuala Kubu telah pecah terbuka dan membanjiri bandar tersebut dan menjejaskan aktiviti perlombongan bijih timah serta membunuh 33 orang penduduk. Ianya adalah bandar terakhir sebelum Empangan Sungai Selangor dan resort bukit yang terkenal iaitu Fraser Hill. 


12805804_10206903481358922_2635216594589359657_n


12800218_10206899607342074_4244983522039834109_n


12512269_10206899743225471_718596437304825407_n


10337727_10206897585331525_218995030037784062_n


12799023_10207210088022753_4067371527043781184_n


Almaklumlah dahulu pernah bekerja di Frasel Hill salah sebuah hotel disana dan hendak pergi kerja mesti akan lalu Kuala Kubu Bharu hehe. Info sekali lagi untuk kalian, tahukan di Kuala Kubu Bharu terdapat Trail run yang cantik dan menakjubkan. Di sana dimana berlangsungnya KubUltra Trail Run 2016. Habis aje Trail run boleh berehat menikmati pemandangan ataupun naik ke Bukit Fraser hehe. 

Terdapat 5 Kategori untuk KubUltra Trail run 2016:-

i) KubUltral 5 : acara dimana untuk kanak-kanak, keluarga, dan pendatang baru (5KM)

ii) KubUltral 10 : acara untuk kanak-kanak, keluarga, dan pendatang baru yang tidak beberapa fit hikers dan runners (10KM)

iii) KubUltra 20 : acara bagi mereka tidak bersedia lagi untuk berlari atau berjalan di jarak jauh dan panjang. (20KM)

iv) KubUltra 40: acara untuk mereka yang bersedia push themselves untuk trail run hehe (40KM)

v) KubUltra 60 : acara untuk mereka ingin mencari cabaran dan keluar dari zon selesa mereka (60KM)


kub7


kub17


Di KubUltra Trail Run yang agak mencabar ini tetapi apa yang akan kalian dapat ialah suatu pengalaman yang menakjubkan. Dengan pemandangan Kuala Kubu Baru yang Indah dan segala galanya adalah sangat awesome ! Tak lupa juga berterima kasih kepada pihak penganjur Asia Trail Explorer, rakan-rakan yang menyokong serta penaja Malaysia Major Events, Tourism Selangor, Gatorade, Volume One, Running Malaysia Magazine dan lain lain.

Ku ucapkan tahniah kepada semua peserta yang menyertak KubUltra Trail Run ini dan berharap ada lagi KubUltra Trail Run tahun hadapan. Boleh join lepas ni hehe. 

LAYANS
(>_<)