#ICYDKMelaka Melaka River Cruise

Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka 


 Assamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berbalik kepada entry yang lepas #ICYDKMelaka selepas aje kami check in di Settlement Hotel Melaka. Kami terus ke Melaka River Cruise yang terletak di Bandar Melaka. Penubuhan Melaka River Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke-sembilan, Tan Sri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.

Sewaktu awal penubuhan Melaka River Cruise, terdapat 2 buah bot yang beroperasi iaitu Tun Teja dengan kapasiti 20 orang penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 orang penumpang. Kini Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot. Iaitu sebanyak 6 buah bot dengan kapasiti 20 penumpang dan 34 buah bot dengan kapasiti 40 penumpang.


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan Negeri Melaka. Perjalanan bagi perkhidmatan bot ini adalah sejauh 9 KM. Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau sebaliknya. Tempoh perjalanan mengambil masa selama 45 minit.

Harga untuk menaiki Melaka River Cruise ini bagi mempunya Kad Pengenalan Malaysia RM 10 untuk dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak. Untuk pelancong asing pula RM 15 untuk dewasa dan RM7 untk kanak-kanak. Kalau inginkan yang lebih istimewa untuk tempat satu bot bagi Malaysian price hanya RM400 dan Pelancong Asing hanya RM600.


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Melaka River Cruise #ICYDKMelaka


Entry Berkaitan #ICYDK 

1 comment:

adianiez AIDA said...

Welcome to melaka 😃👍👍