Followers

Monday, November 28, 2016

#ICYDKMelaka Homestay Alai

Homestay Malaysia 

 Assamualaikum WT & Salam Sejahtera. 

ICYDK Melaka? Apa itu ICYDK dan ramai yang tertanya-tanya apa maksud tersebut hehe. ICYDK ialah ayat singkatan bagi In Case You Didn't Know Melaka ! So kalian sendiri dah faham bukan? Bermaksud kalau kalian tidak tahu apa yang ada di Melaka ini. Selalu datang aje ke Bandar Hilir Melaka. Tetapi banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi di Melaka ini. Program berlangsung selama 3 hari di Melaka bersama dengan media-media di Malaysia, Indonesia, Holland, Germany dan France !

Oklah tu berkenalan dan dapat kawan baru dari dalam dan luar negara hehe. Okay baiklah, banyak program berlangsung selama 3 hari ini dan setiap hari penuh dengan aktiviti. Baru tak bosan bukan ? hehe.


HOMESTAY ALAI


Homestay Malaysia


First stop kami ke Homestay Alai yang terletak di Kampung Alai Melaka. Kami disambut meriah oleh penduduk Kampung Alai di sini dengan persembahan nyanyian Dondang Sayang yang sangat merdu dan menghiburkan. Pertama kali ku jejak kaki di sini walaupun banyak kali ke Melaka hehe. Di sini kami dapat melihat demostrasi membuat kuih tradisional seperti Ondeh-Ondeh, dan Inang-Inang.


Homestay Malaysia


Kuih Ondeh-Ondeh merupakan kuih kegemaran dan tradisi oleh penduduk di Melaka ini. Bukan sahaja di Melaka tetapi seluruh Malaysia meminatinya. Ianya Kuih yang dalamnya ada gula Melaka dan sangat enak di makan hehe. Cara-cara buat Kuih Ondeh-Ondeh ini tidak begitu sukar dan mudah sahaja.Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

 Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan daun pandan supaya wangi.


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


 Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Wallah dah siap untuk dimakan hehe. Sedap !

Seterusnya kami melihat demonstrasi kuih Inang-Inang. Tahukah kalian apa itu inang-inang? Mungkin ramai yang kurang mengenalinya. Tapi kalau orang Melaka mestilah tahu sejenis keropok yang sering di jual di gerai-gerai tepi jalan. Ianya merupakan antar produk pelancongan negeri Melaka yang patut dibeli oleh pelancong.


Homestay Malaysia


Homestay Malaysia


Inang-inang diperbuat daripada beras pulut, garam dan sedikit pewarna. Beras pulut akan direndam dan kemudian dikukus selama setengah jam. Sedikit pewarna diletakkan agar kelihatan menarik dan cantik. Inang-inang boleh didapati dalam empat warna iaitu merah, hijau, kuning dan oren. Inang-inang sering dihidangkan pada waktu minum petang atau sebagai kudapan. Ianya lebih kurang macam keropok dimana anda perlu menggorengnya dulu sebelum dihidangkan.

Nantikan bahagian seterusnya ICYDK Melaka ! Banyak lagi yang kalian tidak tahu tentang Melaka hehe. LAYANS.


Comments (4)

On November 30, 2016 at 8:29 AM , luqman zakaria said... [Reply to comment]

First time dengar pasal inang inang.huhu

 
On November 30, 2016 at 9:22 AM , Sally Samsaiman said... [Reply to comment]

Syok gila Melaka!

 
On December 2, 2016 at 2:33 AM , yudi randa said... [Reply to comment]

Horeee ada saye di gambar hehe

 
On December 2, 2016 at 8:44 AM , AbgferOz said... [Reply to comment]

bestnya jlan2 cuci mata makan sokmo.. kirim salam kat awek omputih tu hahaha :P