Followers

Thursday, November 3, 2016

ETW Doddle Citrawarna 2016 Part 2

Citrawarna 2016 


 Assalamualaikm WBT & Salam Sejatera. 


RUMAH TERBALIK MENARA KL



Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Hari kedua Eat Travel Write Doodle Citrawarna 2016 ke Menara Kuala Lumpur. Rumah Terbalik ! Sebenarnya teringin dari dulu nak pergi melawat rumah terbalik. Terutamanya yang pertama kalau tidak silap di Sabah kot hehe. Baru ini ada di Port Dickson itupun tidak berkesempatan. Alhamdulillah kali ini berkesempatan ke Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur tertinggi di Malaysia setinggi dua tingkat hehe. Pertama kali di Kuala Lumpur. 

Rumah Terbalik Menara Kuala Lumpur merupakan pertama di Kuala Lumpur yang mempunyai reka bentuk rumah terbalik yang sebenar. Dibuka dari Isnin hingga Ahad dari pukul 9 pagi hingga 7 malam setiap hari Harga tiket bagi Dewasa : RM15.00 sahaja (MYKAD) Kanak-Kanak : RM10.00 sahaja (MYKAD). Bolehlah kalian bawa keluarga dan kawan-kawan isi masa lapang melawat rumah terbalik di Menara Kuala Lumpur ini hehe.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Disini kalian boleh bergambar puas-puas di dalam Rumah Terbalik ini. Jangan risau, ada gambar dan bantuan pekerja bagaimana anda mahu bergambar dan mahu kelihatan anda sendiri terbalik atau anda terbang melekat ke atas siling rumah hehe. Memang menarik dan menjadi apabila bergambar dan rotate gambar tersebut seolah olah anda sedang mendaki rumah tersebut. Jadi Spiderman pun boleh hehe. Sangat dicadangkan kepada kalian untuk pergi ke rumah terbalik ini hehe.


STARBUCKS AMPANG DRIVE THRU


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Selepas ke Rumah Terbalik  Menara Kuala Lumpur. Kami terus ke Starbucks Ampang Drive Thru yang terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Jangan keliru ea karena di Jalan Ampang terdapat hampir empat Starbucks tau hehe. Yang ini paling besar di dalam satu bangun dan semasa kami ke sini, ianya baru hanya seminggu dibuka tau. Masih baru dan still fresh untuk kalian ke Starbucks Drive Thru Ampang ini hehe.

Ada sikit refreshment dari Starbucks dan merasa beberapa combination menu dari Starbucks. Selalunya kita kalau ke Starbucks akan order usual menu seperti Chocolate Cream Chip. Tak gitu ? hehe. Dapat merasaCoffee Testing gabungan beberapa jenis Coffee dan pencuci mulut seperti Starbuck Signature Fruit Cake dan Honey Waffle. Baru tahu apabila kita menghirup Coffee ditambah dengan memakan kek dan manisan baru terasa kelainannya. Rasanya suka hirup coffee dengan cheese kek kot hehe.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Banyak juga menu lain seperti merasa Coffee Sumatera dan letakknya Honey Waffle di atas cup coffee yang panas tersebut. Motifnya ? cubalah rasa sendiri. Serius akan merasa kelainannya dan anda pasti teringin melakukannya sekali lagi. Ibarat seperti menghirup coffee terbayangkan zaman kanak-kanak anda yang begitu indah dan nostalgia. Terima kasih kepada En. Salleharon Ahmad, Starbucks Malaysia Sr Manager Pulic Affairs & Digital Strategy dan Starbucks Malaysia Coffee Ambassador Ayesha Dahalan hehe.


JALAN-JALAN AT KAMPONG BHARU


Citrawarna 2016


Selepas kita mengopi-ngopi tadi. Kita ke Kampong Bharu yang terletak betul-betul di tengah Bandar Kuala Lumpur hehe. Kampong Bharu yang diterokai sekitar tahun 1890s oleh petani Melayu dengan jumlah bilangan 7 Kampung Tradisional yang terletak di antara Sungai Klang dan Sungai Gombak dengan gabungan The Malay Agricultural Settlement yang sebelum ini dikendalikan oleh Pentadbiran British

Wilayah desa dari masyarakat dikait dengan orang Melayu yang tinggal di sini dari generasi ke generasi baru dan telah mengekalkan warisan dan tradisi di sana. Masih lagi terdapat Rumah Melayu Tradisional, Masjid, gerai jalanan dan kedai-kedai makan memberikan Kampong Bharu identiti Melayu tersendiri dan mempamerkan budaya yang tulen.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016 


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Kami berkumpul di Kelab Sultan Suleiman yang dibina pada tahun 1901. Kelab Sultan Suleiman ini dibina pada tahun 1901 sebagai tempat social meeting oleh residen associations. Dalam tour ini anda akan tour satu kampung baru seperti ke Rumah Master Mat, Kelab Sultan Suleiman Gallery, Malay Food Street dan paling menarik di Rumah Limas karena mempunya stail colonial Malay hybrid yang dibina pada 1913 dan dibina semula pada 1949 selepas perang dunia kedua. Sentuhan yang masih tidak terusik sehingga kini.

Kita ke bekas pasar malam sabtu , Masjid Jamek Kampong Bharu, ke Kedai Herbal, ke Gurdwara Tatt Khalsa dan evening Street bazaar.


CITRAWARNA @ KUALA LUMPUR 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung pada 25 September 2016 diacara kemuncak dengan Pelancaran Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohammed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertemakan pada tahun ini Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 - Myth and Folklore. 

Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 memberi satu pengalaman yang berbeza kepada ku dan para pelancong yang datang menyaksikannya karena para penonton akan dibawa mengembara dan mengenali serta menyaksikan setiap peristiwa mitos dan lagenda dengan lebih dekat lagi seperti Lagenda Tasik Chini, Lagenda Hang Tuah, Lagenda Puteri Gunung Ledang,Huminodun, Kisah Puteri Cik Siti Wan Kembang, Hikayat Merong Mahawangsa dan banyak lagi. 


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Ramai juga yang tidak menyedari bahawa cerita-cerita mitos, lagenda dan cerita-cerita rakyat sebenarnya telah banyak mempengaruhi kepercayaan, kehidupan serta cara hidup masyarakat dahulu yang mana ianya telah pun digarap dalam kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan.

Pada masa dahulu juga, kisah mitos, lagenda dan cerita rakyat sebenarnya satu bentuk "place marketing" di mana kisah-kisah ini memberikan satu keistimewaan yang menarik minat orang dari jauh dan dekat yang mendengar cerita tersebut untuk datang mengunjungi tempat-tempat yang disebutkan  dalam kisah-kisah lagenda tersebut. 


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Dari segi konteks pelancongan pula, penceritaan dalam pelancongan juga adalah penting di mana ia mampu memberikan penjiwaan serta pengalaman yang menarik kepada para pelancong, lebih-lebih lagi jika satu tarikan pelancongan ada dikaitkan dengan kisah mitos luar biasa, mistik mahupun tragis. 

Persembahan Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 yang sangat mengagumkan bagi aku dengan pelbagai tarian mengikut mitos setiap negeri. Acara penutup dengan Persembahan Bunga Api yang sangat menakjubkan. Terima Kasih kepada Gaya Travel dan Citrawarna @Kuala Lumpur 2016 karena sudi menjemput dan jumpa lagi di Tahun Hadapan hehe. 

LAYANS 
(>_<)