Eat Travel Write & Doodle 2016 !

Citrawarna 2016 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum ini ku asyik menyertai Program yang dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine yang sangat popular itu Eat Travel Write bukan ? hehe dah sampai beberapa series dan pun program Eat Travel Write hehe. Kali ini berpeluangan sertai program Eat Travel Write & Doodle dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine bersama Citrawarna Kuala Lumpur 2016 hehe. Kelainannya di sini adalah bukan sahaja dari blogger & media luar yang sertai. Kali ini kepada penggemar melukis doodle atau artis doodle juga turut serta. Sambil melawat sambil melukis doodle. 

Okay baiklah, program kali ini Eat Travel Write & Doodle kali ini berlangsungnya sepenuhnya di Ibu Kota sibuk Kuala Lumpur Malaysia. Banyak juga program yang dijalankan dan yang lebih penting kita sambil berjalan sambil mempelajari sejarah-sejarah pembukaan Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Ku tidak berkesempatan sertai pembukaan dari pagi hingga tengah hari karena perlu berkhidmat untuk Negara di hari Sabtu haha (kerjalah tu). 


MUDKL


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Habis sahaja kerja ku terus ke next event yang terdapat dalam itenary yang diberikan iaitu ke MUDKL. Ku pun sebenarnya tak tahu apa itu MUDKL. Rupanya ianya merupakan tempat dimana terdapat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Kita menonton Teater lah kiranya hehe. Bangunan bersejerah Panggung Bandaraya yang betul betul terletak di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Bangunan ini telah direka bentuk oleh A.B Hubback pada tahun 1901.

Panggung Bandaraya ini telah menjadi titik tengah permulaan dalam bidang persembahan seni ini di Kuala Lumpur. Ianya telah menjadi telah berlangsungnya pelbagai persembahan dari tradisional dan persembahan kontemporari. Panggung Bandaraya menjadi antara heritage building under the Malaysian Antiquities Act in 2007.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Okay baiklah, berbalik kepada MUDKL ini dengan persembahan yang bakal kami saksikan ini yang bertajuk Our Story Of Kuala Lumpur The Musical. Kisah bermula pada tahun 1857 dan tertumpu pada zaman kegemilangan bijih timah sekitar tahun 1880 dimana penemuan timah telah membuka lembaran baru dan ramai pelombong dan pedagang dari serata Asia berhijrah ke pertemuan dua sungai. Sungai Lumpur dan Sungai Kelang.

Di sini bermulanya kisah Mamat, Meng dan Muthiah, tiga sahabat yang berhijrah mencari peluang hidup baru, setiap penghuni kota ini mempunyai kisah tersendiri yang unik, majmuk dan berwarna-warni. Mereka bersama-sama melalui pahit getir dalam membina sebuah kota baharu. Kuala Lumpur. Sejarah pembukaan yang perlu liku-liku hidup yang sukar pada ketika itu.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Tiket dijual pada harga RM84.80 yang tiada mykad. Ada Mykad boleh dapat dengan harga RM53 aje. Pastikan tunjuk Mykad kalian okay hehe. Nak beli di mana ? By online di www.mudkl.com . Atau telefon di 03-26023335. Tayangan  Our Story Of Kuala Lumpur The Musical ini ditayangkan dua kali sehari. Iaitu bermula pada 3.00 petang dan 8.30 malam. 


KUALA LUMPUR NIGHT WALK


Citrawarna 2016


Kuala Lumpur night walk ini akan memberikan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur suatu pengalaman Nostalgia bagaimana terbentuknya Kuala Lumpur. Tour ini akan menyediakan pelancong pengalaman night time heritage inspired untuk memahami tambahan merasakan sendiri malam Sabtu yang sungguh meriah dan street walk di Kuala Lumpur. Tour ini akan berlangsung seminggu sekali sahaja pada hari Sabtu 6:30pm meeting point di Arch Cafe di Old Market Square.

Main highlights Kuala Lumpur Night Walks ini akan kami dibawa dibeberapa tempat heritage yang mempunyai sejarah-sejarah terdahulu. Pertama kami ke Medan Pasar Square. Suatu masa dahulu Medan Pasar Square ini merupakan tempat open market di Kuala Lumpur pada tahun 1860s dan perlombongan bijih timah menjadi perniagaan utama dibawah pemerintahan British dan Sultan Selangor. Harini Medan Pasar Square dikelilingi kedai lama zaman perang dahulu dan Kings Tower.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Seterusnya kami ke Masjid Jamek yang terletak di tempat pertemuan antara dua Sungai terpenting di Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid yang tertua dan aktif hingga kini di Kuala Lumpur sejak pembinaannya pada tahun 1909. Apabila ke Masjid Jamek dengan keadaan sekeliling yang sangat sibuk di Bangunan tinggi dan jalan raya. Ianya masih tersimpan sejarah yang sangat mengagumkan terbentuknya Kuala Lumpur.

Kita street bazar yang terletak betul-betul di Jalan TAR ataupun Jalan Tuanku Abdul Rahman hehe. Tempat di biasanya meriah di waktu malam. Lagi-lagi malam minggu apabila keesokkanya hari bercuti tidak bekerja hehe. Pelbagai barangan dan makanan yang boleh dibeli secara borong secara murah disini. Yang paling meriah di malam hari ialah Pasar malam. Memang tempat kegemaran nak cari makan hehe.


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Coliseum Cafe dan Cinema established pada tahun 1922 telah mengekalkan suasana bangunan dan pawagam cafe sehingga hari ini. Dekorasi yang tidak pernah ditukar sehingga sekarang dan furnishingnya menarik ramai pengunjung untuk makan hehe. Ini adalah tempat terakhir kami di mana dihidangkan makanan yang sangat sedap sambil menikmati makanan dan merasakan suasana sekeliling binaan bangunan lama zaman british dahulu kala.

Coliseum Cafe dan Grilll Room yag masih berdiri megah di Jalan TAR, Kuala Lumpur ibarat sebuah muzium sejarah yang menjadi saksi suka-duka pembinaan negara Malaysia. Didirikan pada penghujung tahunn 1921, ia menjadi tempat pilihan penjajah British untuk bersantai sambil minum kopi, menonton wayang malah bermalam di hotel yang terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Citrawarna 2016


Kini, Coliseum merupakan lokasi tumpuan bagi menikmati makanan ala barat serta makanan tempatan. Melihat di sekeliling restoran berusia hampir 100 tahun ini, ciri kolonial Inggeris begitu terserlah. Pintu masuk kayu untuh berdiri, sama seperti bar dalam filem koboi. Sementara nama restoran ditulis dalam tulisan jawi memandangkan tulisan itu sangat sinonim dengan awal penubuhan nya. Coliseum Cafe  menawarkan menu makanan barat serta tempatan. Antara makanan Signature ialah Hainansese Chicken Chop , Baked Crabmeat, Ox Trail Soup dan pelbagai variasi Sizzling Steak dan Chops.

Part 2

LAYANS
(>_<)

No comments: