Teknologi Baru Wangian Dashing Adventure 2.0

Dashing 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah sekian la dalam penggunaan minyak wangi dan deodorant untuk diri sendiri kadang kala ku sendiri mencari-cari apa deodorant yang sesuai. Ada juga yang tak sesuai, bila berpeluh aje bercampur dengan deodorant agak berbau ye ketiak hehe. Bagi setiap lelaki, pemakaian deodorant amat penting ya lagi-lagi dalam pemilihan deosorant. Alhamdulillah rezeki sampai dapat review product terbaru dari pada Dashing ini hehe. Dashing Adventure 2.0 !

Sebelum ini selalu bertanyakan wangian apa yang rakan-rakan pakai. Dashing katanya, siap dapat panggilan 'abang Dashing' hehe. Almaklumlah Dashing merupakan sebuah jenama yang melambangkan gaya santai dan gaya hidup serta telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki. Okay baiklah. Dashing telah melancarkan koleksi Adventurer yang merangkumi Deodorant, EDT dan wangian roll-on. Nak tahu? Wangian ini dirumus khas untuk bertahan lebih lama dan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 

Yang aktif seperti ku hehe. Sepanjang hari bergerak dan berpeluh walaupun bekerja di dalam penghawa dingin. Hehe. Dari situ ku perlukan keyakinan, kesegaran dan keselesaan diri dalam melakukan sesuatu. Percubaan pertama menggunakan Deo semburan badan Bold 2.0. Selalunya kalau semburan badan ni mempunyai gas dan botol lebih ringan. Tetapi kali ini Dashing muncul dengan inovasi terbaru deo semburan badan tanpa gas pertama di Malaysia ! 


Dashing


Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan 'NO GAS'  ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan ! Lama tu. Dapat lah berjimat kadang kala setiap bulan asyik kena beli deodoran baru hehe. Deodoran No Gas ini botolnya terasa berat sedikit da puas hati pakai. 


Dashing


Okay baiklah, selain daripada memberi manfaat 6 dalam 1, kalian juga dapat serta boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos dan paling penting ianya menggunakan teknolgi pengeringan segera dan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan kalian dan dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari. 


Dashing


Selepas memakai Semburan Deodoran No Gas 150ml ini setelah siap berpakaian pergi kerja mahupun keluar berjalan hehe. Ku mengenakan EDT semburan minyak wangi BOLD 2.0 haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik menjadikan ku lebih kuranb maskulinlah kan hehe serta mengasikkan baunya. Almaklumlah perfume yang terdahulu pun dah lama habis dan agak sukar untuk mencari bauan minyak wangi yang berkenan. 

Sepanjang hari ku memakai produk wangian deodorant terbaru daripada Dashing Adventurer ini. Tidak pernah kurang pun wangiannya yang sentiasa menyerlah dan segar walaupun bekerja dalam keadaan yang sentiasa bergerak dan agak berpeluh hehe sampai tidak perlu rasa malu lagi apabila berhadapan dengan rakan sekerja khuatir bau badan akan menjelma hehe. 

"Dashing sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan kami berbangga untuk menjadi perintis semburan deordoran NO GAS di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi penemuan teknologi ini dengan pengguna kami, sekaligu menunjukkan bahawa DASHING benar benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak anda. Kami mahu anda mengalami perbezaan dan mendapat 2x manfaat daripada deodorant anda. "

"Melalui cara ini, anda boleh boleh menyimpan dan memanjakan diri anda pada masa yang sama hanya dengan DASHING ADVENTURER" Kata Encik Venkat Jangan, Pengurus Pemasaran DASHING" 

Dashing


Dashing

Itu dia kata-kata pemberi semangat kepada sesiapa yang ingin mencari deodoran yang sesuai dengan anda penuh dengan penjimatan lagi lagi apabila anda memakai Semburan Deodoran NO GAS ini. Ku sendiri rasa teruja dan menakjubkan. 

DASHING ADVENTURER kini dalam pembungkusan baru yang merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang sangat unik bagiku disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D dan memberikan rupa rasa yang eksklusif untuk pengguna. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegen dan eksklusif.

Terdapat pelbagai rangkaian Produk Terbaru Dashing Adventurer:-

- EDT 50 ml yang terdapat dalam 2 variasi EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90
- EDT 100 ml yang terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY pada RM34.50
- Semburan Deodoran 'NO GAS' 150 ml dalam 3 variasi juga RM18.90
-Deodoran Roll-Ons 40 ml dalam 3 variasi juga RM6.50

Hah semua details ku dah kasi siap test pakai lagi bagi pengalaman ku sendiri lah yang sangat kuat berpeluh dan kalau tak pakai deodoran tu agak berbau lah hehe. Alah macam kalian yang tak bau pula kan ? Hehehe. Dapatkan dipasaran kedai berhampiran dengan anda sekarang pada harg berpatutan ini hehe. 

LAYANS
(>_<)

No comments: