Street Churros Kini di One Utama !

Street Churros


Street Churros 


 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Mesti exsited mendengar Street Churros kini di Malaysia dan telah membuka cawangan keduanya di One Utama Shopping Center. Cawangan Street Churros yang pertama di IOI City Mall Putrajaya. Ada dua dah. Dua - dua rasanya senang pergi hehe. Okay baiklah secara jujurnya ini kali pertama ku merasa Churros ini yang katanya berasal dari Korea kini ia tiba di Malaysia tahu ? Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Street Churros ini mari kita teruskan membaca hehe. 

Street Churros ini memberikan suatu pengalaman jika kita mahukan makanan yang terus siap di order dan terus makan tanpa perlu duduk rileks di dalam kedai. Kiranya secara ekspress la ni kan hehe. Patutlah namanya 'Street' atau ' Street food'. You grab and eat it hehe. Kali ini tak sabar untuk merasa Churros yang enak dan rangup ini. Tengok menu pun apabila kita merasa kita akan tahu mana satu menjadi kegemaran sepanjang masa. 


Street Churros


Street Churros


Menu pertama yang dirasa ialah Churros yang sangat Crispy dan disaluti dengan house made sugar yang sangat sedap hehe. Bergantung kepada pelanggan ingin memilih Churros yang crispy ini. Terdapa tiga jenis perisa Churros iaitu Cinnamon, Chocolate, dan Cheese dengan RM4.90 satu hehe. Kalian boleh memilih dippimg sauce mempunyai perisa Chocolate, Cream Cheese, Blueberry dan Strawberry dengan RM1.50 satu. Sedap dan Rangup kot. Lagi-lagi makan ketika masih panas hehe. 




Street Churros


Street Churros


Rasanya menu ini adalah menu kegemaran dikalangan kita dan anda sendiri patut sendiri mencubanya. Menu ini dipanggil 'Ah-Chu ! Dengan mini churros bersama dengan new guines vanilla dihidangkan dengan Ice Cream ! Sedap tu dan Ah-Chu ini juga kalian boleh pilih 3 perisa iaitu Chocoberry, Choco Choco dan Strawberry dengan hanya RM8.90 satu dan kalau kalian mahu yanb plain tanpa perisa hanya RM7.90 sahaja hehe. Sedap ! 



Street Churros


Street Churros


Selain daripada dua menu yang diatas kalau kalian tengok gambar pun dah terliur hehe. Kita cuba menu ketiga pula yang menjadi kegemaran ramai. Filling - Chu ! Suatu kombinasi yang sangat sempurna apabila di dalam Churros diisi dengan 3 jenis sweet sauces. Kalian boleh pilih nak perisa Blueberry, Cream Cheese dan Chocolate dengan hanya RM7.90 satu. Tapi berhati-hati kalau makan Filling-Chu ni. Jauh sikit dari baju takut tumpah terkena baju hehe. 



Street Churros

Oh My Mango !

Street Churros


Street Churros


Street Churros


Bukan Churros rangup yang ada tau, terdapat juga menu menu lain seperti minuman Latte seperti Choco Latte, Green Tea Latte dan Milk Tea Latte. Menu Ade pun ada perahan lemonade fresh dan tropical passion fruit. Terdapat juga pelbagai pilhan coffee dan beverage yang dan kalian patut cuba Oh My Mango dan I Love Strawberry. Rasanya tidak dapat digambarkan. Kena cuba sendiri hehe. 


Street Churros

The Owner Street Churros. Datuk Joe


Street Churros


Masih lagi dibulan Oktober bulan harijadiku Hehe Street Churros sedang giat mengadakan Churros Fest ! Setiap Ahad di dua Outlet Street Churros ini anda boleh dapatkan Churros Rangup ini dengan RM2 sahaja ! Apabila terjah terus Street Churros di IOI City Mall dan One Utama Shopping Mall untuk menjadikan hari minggu anda lebih lengkap hehe. Thanks Bro Framestone dan Street Churros karena bagi peluang ku merasa Churros sedap rangup ini hehe. 

2 comments:

luqman zakaria said...

Dua dua tempat jauh! huwaaa~

Afif Rayyan said...

Sedapnya.. nyum2