Followers

Wednesday, September 28, 2016

TSDayOut 2016 Jom Discover Selangor !

TSDayOut 2016 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini kali pertama ku menyertai program TSDayOut 2016 yang dibawakan oleh Tourism Selangor. Terima kasih kerana menjemput hehe. Ku sendiri sangat teruja untuk menyertai program TSDayOut 2016 ini lagi-lagi program kali ini aktivitinya ke tempat yang ku minat hehe. Almaklumlah sebelum ini hanya pergi sebagai penonton tapi kali ini kita dapat Tour satu tempat. Nak tahu? mestilah dah tahu kalau kalian scroll ke bawah entry hehe. 

TSDayOut 2016 ini merupakan salah satu program untuk mempromosikan Discover Selangor  'Heart of Malaysia' bermaksud banyak lagi tempat riadah dan pelancongan yang kita boleh lawati di dalam Selangor ini. Ia juga progra untuk merapatkan silaturahim antara media-media di Malaysia terutamanya Blogger seperti diriku ini dan rakan-rakan yang lain hehe. TSDayOut 2016 dengan pertambahan rakan-rakan social media dapat sokongan tak henti daripada sponsor dan host. 


PAYA INDAH WETLANDS


TSDayOut 2016


Okay baiklah, setelah ramai rakan media berkumpul di Pejabat Urusan Tourism Selangor di Shah Alam seawal pagi. Aktiviti pertama kami ialah ke Paya Indah Wetland yang terletak di Dengkil Selangor. Ku sendiri pertama kali jejak ke Paya Indah Wetlands ini dan agak teruja apa yang ada di sana hehe. Ia terletak lebih kurang 20 minit dari Putrajaya-Cyberjaya, tidaklah jauh mana dari kawasan bandar. 

Paya Indah ( yang bermaksud ' beautiful swamp ') adalah kawasan tanah lembap buatan manusia di terokai pada tahun 1998 di atas tanah yang telah banyak menyumbang oleh aktiviti perlombongan bijih timah dan mengorek pasir . Penggalian yang ditinggalkan oleh kerja-kerja perlombongan telah ditukar ke dalam tasik yang kini berubah menjadi rumah kepada ikan , tumbuh-tumbuhan teratai dan teratai air dan beberapa spesies yang lebih eksotik, iaitu buaya dan hippos.

Pokok-pokok baru telah ditanam dan  ia digabungkan dengan hutan sebelum ini yang masih hidup, kini menjadi tempat menarik untuk pelbagai spesies burung, serangga dan haiwan. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara telah menjalankan tugas yang baik dalam regenerasi kemudahan taman eko -pelancongan ini yang sebelum ini seolah-olah menjadi tidak digunakan. Suatu tarikan di Paya Indah Wetlands ini iaitu menara tinjau menyediakan pemandangan 360 darjah seluruh kawasan.

Ianya masih sangat hijau dan menjadi tarikan di sini. Tibanya kami di sini berkumpul dengan semua media dan bloggers. Ada juga mereka yang bergerak sendiri dan tak naik bas bersama hehe. Tak lupa artis jemputan yang menaiki bas bersama kami ialah Faizdickie ! hehe. Lama juga follow beliau di instagram sampai sekarang famous meletup dengan aksi video lawak beliau hehe.


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


Disini kami perlu menjalankan tugasan Photohunt Contest untuk diselesaikan, ala-ala tresure hunt mencari maksud tersirat di sebalik ayat yang diberikan. Dibahagikan kepada 3 kumpulan hehe. Apa lagi tugasan telah diberikan dan misi mencari tempat atau bahan yang dimaksudkan hehe. Almaklumlah pertama kali sampai disini sampai sesat-sesat kami mencari clue hehe. Dapat naik basikal, dapat tengok hippo, dapat tengok buaya, naik menara tinjau dan beberapa lagi kawasan sekeliling yang hijau hehe.

Serius ini kalian boleh buat aktiviti riadah dan team building hehe. Beberapa aktiviti yang kalian boleh jalankan di sini seperti Bird Watching, Jungle Trekking, Cycling, Hippo Feeding, Crocodile Feeding, Fishing dan berkayak. Kalau mahu bermalam disini terdapat juga Chalet disediakan untuk kemudahan kalian hehe. Berpeluh sihat juga di sini. Aktiviti seterusnya kita Sepang pula hehe.


SEPANG  1000KM ENDURANCE RACE 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


Nak beritahu sebelum ini ku pernah ke Sepang International Circuit untuk menyaksikan Perlumbaan Motor GP dan dapat pas Paddock hehe. Tapi kali ini lagi beruntung dapat masuk ke kawasan Permulaan Perlumbaan di tengah-tengah litar Sepang ! Wow suatu pengalaman yang menakjubkan tidak akan dilupakan. Bukan senang dan calang-calang orang dapat berdiri ditengah litar ketika suatu perlumbaan sedang diadakan.

Berehat dan aktiviti seterusnya berlangsung di Perdana Suite. Perdana Suite juga sangat eksklusif hanya orang ternama sahaja dapat masuk tau. Dapat tengok perlumbaan live dari situ sangat teruja hehe. Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang baru sahaja lepas. Merdeka Millenium Endurance Race mengadakan Sepang 1000km Endurance Race 2016 yang telah menarik minat pelumba dari Malaysia dan dari luar negara seperti Australia dan Japan ! Perlumbaan ini terbahagi dari dua bahagian, untuk kereta 1800 cc dan untuk kereta kurang dari 1600 cc.


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016



Mereka harus menghabiskan perlumbaan sejauh 1000km di litar Sepang yang mempunyai litar lebih kurang dalam 5.5km dan berapakah agak-agak pusingan atau lap yang perlu dibuat hehe. Ambil masa dekat setengah hari juga untuk menghabiskan 1000km di Litar Sepang ini. Diberi peluang turun ke bawah Litar di garisan permulaan perlumbaan. Teruja dapat melihat kereta lumba di atas Litar Sepang ini dekat keadaan cuaca yang sangat cantik harini.

Siap boleh berbaring lagi kalau boleh di atas litar Sepang hehe. Tetapi mereka yang bertugas di sini amat mementingkan dari segi keselamatan setiap insan yang berada di kawasan Litar Sepang ini. Kalau kena marah faham-faham sendiri maksudnya hehe. Ramai juga peserta yang menyertai dan melihat kereta lumba yang telah diubah suai untuk kelajuan dan kestabilan apabila berlumba nanti. Bunyi yang sangat bising di litar Sepang ini adalah perkara biasa bagi mereka yang meminati sukan perlumbaan bermotor ini hehe.


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


Jom kita lihat mereka memulakan perlumbaan Sepang 1000km Endurance Race 2016 di Perdana Suite sambil menikmati makan tengah hari yang disediakan hehe. Tahniah juga buat team yang menang ditempat pertama Team Mayhem Motor Sports yang dikendalikan oleh Keifli, Djan Ley, Faye Khusairi dan Zizan Razak ! hehe.


SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT TOUR


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


Setelah melihat suatu perlumbaan yang menakjubkan Sepang 1000km Endurance Race 2016 kami terus buat tour disekeliling Sepang International Circuit ini yang sangat eksklusif ini. Dapat ke ruangan Paddock yang lebih mendekati secara langsung perlumbaan bermula.

Kawasan Podium di mana pelumba pelumba terkenal di seluruh dunia pernah menjejaki podium tersebut meraikan kemenangan mereka dalam perlumbaan yang berprestig tinggi ini hehe dan ku salah sorang yang sangat bertuah menjejakinya tahu hehe.


TSDayOut 2016 


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016 


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016 


TSDayOut 2016


Ke Race Control Room dan Time Keeping room di mana tempat mereka mengawal dan mengetahui setiap pergerakan pelumba di litar dan di umumkan pada screen di luar supaya penonton dapat mengetahui lebih lanjut tentang kedudukan pelumba pelumba tersebut serta berapa pusingan atau lap mereka telah buat sehingga ke penamat garisan hehe.


TSDayOut 2016


Yang ku kagum apabila dapat masuk ke media center di mana SIC telah menyediakan kemudahan seperti meja, plug serta internet untuk memudahkan media seluruh dunia buat live update gitu hehe. Macam kita hehe. Bilik press conference dimana pemenang utama akan ditemubual oleh wartawan seluruh dunia dan yang terpilih sahaja. Semua dikawal ketat dan rapi ya hehe.


SEPANG INTERNATIONAL KART CIRCUIT


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


Sepang International Kart Circuit terletak di antara Sepang Internnational Circuit. Sepa International Kart Circuit ini telah di design oleh Herman Tilke yang juga telah mereka bentuk Litar Sepang tersebut hehe. Litar Kart Sepang ini apabila dilihat lebih kurang sama dengan bentuk Litar Sepang ini. Cuma lebih kecil sahaja hehe.

Pertama kali juga ku sampai disini dan tak pernah menyangka akan menunggang go kart di sini. Di atas litar mini ini yang sepanjang 1.247km dan 10m lebar. Dengan pelbagai cabaran dihadapi. Sepang International Kart Circuit ini menjadi tempat bagi professional kart. Dari kecil hingga dewasa boleh ride go cart ini, manalah tahu kot kot bila da besar nanti jadi pelumba profesional hehe. 


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016


TSDayOut 2016

Okay baiklah, agak nervous juga mencuba go-kart litar ini. Almaklumlah kali pertama bukan hehe. Apabila membawa gokart untuk kali pertama masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kart dan litar. Rupanya apabila kita membuat pusingan disitu gokart tersebut takkan terbalik sebab dah stabil hehe. 

Sukalah tu dapat main lap atas litar, Alhamdulillah tiada apa2 berlaku ketika menaiki go-kart hehe. Terasa seperti naik lagi berlumba di atas litar hehe. Bukan selalu dapat pengalaman berharga sebegini hehe. Terima Kasih kepada TSDayOut 2016 membawa kami seharian merasa pengalaman sebegini. Jom kita pergi? Dekat je hehe.

JOM MENONTON VIDEO PENUH SEMASA AKTIVITI TSDAYOUT 016 DISCOVER SELANGOR.


Comments (0)