Myvi Kuning ! Eh Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apabila tengok title mesti teruja nak lihat Myvi Kuning beraksi dipawagam bukan ? Hehe. Dalam kepala otak terbayang-bayang si Myvi Kuning masuk panggung wayang hehe. Tapi kisah sekarang bukan karena Myvi Kuning tapi ada kena mengena dengan Volkswagen Kuning. Wuuuu bila dah dengar pasal Volkswagen Kuning mesti teringat kisah Volkswagen Kuning di Lebuhraya Karak yang menganggu pemandu disana terutamanya di waktu malam hehe. Berani tak ? Ku kadang ada rasa seram juga hehe.

Okay baiklah, MIG telah menerbitkan Filem ke 115 Volkswagen Kuning yang diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku. Sejak dari dahulu, kisah Volkswagen Kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini. Melalui filem ini, pengarah iaitu Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benad serta elemen olahan yang ditambah untuk mencantikkan lagi jalan cerita. 


Volkswagen Kuning


Volkswagen Kuning


Hah tidak dinafikan ada juga kisah benar diadun ke dalam filem ini bagi memberi impak sebenar kepada penonton. Walaupun ianya sebuah filem seram namun turut diselitkan elemen pengakaran, kekeluargaan serta percintaan. Volkswagen Kuning menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28 iaitu Pekin Ibrahim serta Atikah Suhaimie sebagai peneraju utama. Mereka memegang watak sebagai kekasi h dan buat pertama kali tau digandinglan bersama dilayar Perak hehe. 

Disamping itu, pelakon hebat lain yang turut sama membintangi filem ini seperti Amai Kamarudin, Fatin Afeefa, serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan, dan Dayang Areeda. Turut menjayakan filem yang telah pun ditayangkan baru-baru ini pada 22 September 2016 adalah pelakon berpengalaman seperti Shahronizam, Azman Hassan dan juga Mak Jah. Dikala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara hehe. 


Volkswagen Kuning



Okay baiklah, sinopsis ringkas tentang filem Volkswagen Kuning ini mengisahkankan sepasang kekasih  telah bertunang Fuad dan Sarah dalam perjalanan pulang ke Kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Gara-gara ? Kena kacau dengan Volkswagen Kuning ! 

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan dan kakak kepada Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga dan tak diduga haha, Sarah ni semacam dan membawa pulang 'sesuatu' bersamanya ! Nak tahu lebih lanjut mari ramai ramai menonton Filem Volkswagen Kuning yang telah pun berada di pawagam 22 September 2016 lalu hehe. 


Volkswagen Kuning


Volkswagen Kuning

Tahniah juga buat Blogger Iena Eliena memenangi hadiah utama sebuah telefon smart phone OPPO F1s dengan memasuki contest article seram hehe.

LAYANS
(>_<)

2 comments:

Mila Ahmad said...

sipnosis macam best kena tonton ni.

YieN said...

Tak sabar nak tengok walaupon taktau cukup keberanian ke tak, hikhik~