Followers

Power Rangers 


 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Berkesempatan dan berterima kasih yang amat kepada pihak Resort World Genting karena menjemput ku ke atas sana menonton Power Rangers sekali gus berbuka puasa disana hehe. Siapa tidak kenal Power Rangers cerita hero zaman kanak-kanak dahulu dan ku sendiri membesar dengan cerita hero Power Rangers ini dahulu espicially Power Rangers yang pertama ! 

Bagi yang ketinggalan dan tidak berkesempatan rasanya Power Rangers ini sudah berlangsung hampir sebulan dan akan berakhir pada 26 Jun 2016 ini. Setiap kali persembahan dilangsungkan di Genting International Showroom ini ku rasa sangat teruja terutama apabila robot-robot keluar bergabung untuk melawan penjahat-penjahat diluar. Oh memories sangat sampai teruja dan mengalir air mata hehe. 

Zaman kanak-kanak telah pun ditinggalkan, kini perlu menghadapi likur getir kehidupan apabila dewasa ini hehe. Okay baiklah, mungkin ini pertama kali dalam seumur hidup dapat berpeluang melihat persembahan production jutaan ringgit mereka tau hehe dan merupakan persembahan Dino Charge live di dunia ! 


Power Rangers


Power Rangers


Power Rangers


Power Rangers


Persembahan satu jam ini memaparkan dari krew dan international cast specifically 25 dari Jepun bersama-sama lagi 15 dari Malaysia untuk menjadikan Power Rangers ini realiti, berlawan dengan askar jahat serta kuasa kuasa yang sangat berkuasa hehe. Persembahan secara live ini based on dari siri television yang popular Power Rangers Mighty Morphin dan Dino Charge. 

Lima pahlawan yang terpilih oleh Energems untuk melindungi bumi daripada jatuh ke tangan-tangan yang jahat ini oleh Fury, Poisandra dan askar-askar jahat mereka hehe. Tapi takdir yang tidak baik telah terjadi. Nak tahu lebih siapa akan menang? Semestinya la hehe pergilah tengok sendiri. Sesuai bawa anak-anak menonton mereka akan betul-betul teruja apabila menonton. 

Okay tiketny pula ialah dari VIP RM108, PS1 RM88 dan PS2 RM68. Selepas persembahan, mereka boleh bergambar bersama dan berjumpa secara langsung di Times Square Stage, Power Activation Booth di Universal Walk, Genting Grand Lobby dan Genting International Showroom area. 


SPACETASTIC ADVENTURE ICE AGE


Power Rangers


Selepas aje menonton Power Rangers live in Genting. Kami terus ke Times Square Genting walk untuk berjumpa dengan character dari Ice Age ini. Almaklumlah pada 5 Julai ini filem Ice Age Collision Course akan keluar premiere screening. Oh patutlah hehe. Sebelum filem terbaru dilancarkan, Resort World Genting mengadakan fun activities pada 4 Jun hingga 24 Julai 2016 ini. 

Selain daripada special screening yang akan datang pada 5 Julai nanti, mari ajak sekeluarga sertai event event yang berlangsung di Resort World Genting ini. Dari permainan interaktif dan sosial media contest serta meet and great session bersama character yang popular di dalam Ice Age ini. 


Power Rangers


Power Rangers


Power Rangers


Power Rangers


Power Rangers


Bagi Spacetastic Adventure Challenge game yang mengambil dalam masa 10 minit untuk anda membangu Character Scrat mencari jalan pulang ke bumi dengan selamat. Kalian pasti akan enjoy dan otak tu kena berfikir sedikit hehe. Fakta tentang Solar System & Constellations di mana kalian akan mengambil bahagian dan menamatkannya dengan sertai Facebook contest dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM3000 !

Antara aktiviti yang menarik yang kalian boleh lakukan di sana ialah Manny's Match Up. Peminat juga akan dapat bersua sendiri bersama karektor kegemaran mereka seperti Sid, Scrat dan Diego di sesi meet and great yang berlangsung pada 4 hingga 12 Jun, pada 18, 19, 25, 26 June 2016 dan 5 hingga 10 Julai 2016. Waktunya pula pada 11:30am, 1:30pm, 3:30pm dan 5:30pm. Contest di Facebook pun ada jangan lupa hehe. 

LAYANS
(>_<)

Comments (2)

On June 28, 2016 at 6:07 PM , Afif Rayyan said... [Reply to comment]

Untunglah dapat tengok power rangers dengan ice age serentak..

 
On June 29, 2016 at 1:40 PM , akmalhilmi said... [Reply to comment]

hai eazy, saya newbie. kahkah