Followers

Sunday, June 19, 2016

Eat Travel Write 3.0 Part III

Etw 3.0 part iii 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


PEKAN KUALA KUBU BARU, WINGS OF KKB

Bestkan aktiviti hari kedua Eat Travel Write 3.0 penuh dan padat dan sedap. Eh hehe. Okay baiklah di hari ketiga ini aktiviti yang dinantikan ialah Program Wings of Kuala Kubu Baru yang diadakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Selangor International Birds Race yang berlansung pada 22-24 April 2016. Penganjuran adalah untuk tahun ke 5 sejak penganjuran pertama pada 2012.

Program Wings of KKB ini berobjektifkan memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Pusat Peranginan Genting Highlands khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi keindahan flora dan fauna dan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pilihan bagi peminat aktiviti memerhati burung dari dalam dan luar negara.


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii


Penganjuran kali kelima ini masih mengekalkan kategori sekolah, kategori terbuka dan fotografi. Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori terbuka, peserta perlu bergerak 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint 

Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk menjumpai pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.

Sangat bagus ya aktiviti ini dilakukan setiap bagi memupuk kesedaran dan rasa cinta kepada alam sekitar terutamanya pelajar sekolah dan orang ramai. Kami juga turut mengembara bersama mereka ke sekitar checkpoint melihat pelajar sekolah rendah yang comel ini memerhati burung di sekitar kawan Kuala Kubu Baru ini.


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii


Berkesempatan untuk berjalan-jalan disekitar Pekan Kuala Kubu Baru ini, Pekan Kuala Kubu Baru yang dibina selepas banjir besar pada Tahun 1883 yang dahulunya dipanggil Ampang Pecah. Terdapat pelbagai binaan bangunan bersejarah. Di sini bermula Classic Photography contest of KKB mencari bangunan lama dan unik hehe. Ku ? sempat bergambar diatas tengah jala aje hehe. Banyak lagi bangunan lama seperti Balai Polis, Pejabat Pos lama, Bangunan Perang dahulu dan banyak lagi.


DATARAN KUALA KUBU BARU

Selepas aje program di Pekan Kuala Kubu baru. perut pun sudah lapar dan kami ke Dataran Kuala Kubu Baru untuk makan tengah hari. Di Dataran Kuala Kubu Baru ini terdapat kedai makanan yang digemari ramai iaitu Asam Pedas Udang Galah. Alhamdulillah berpeluang merasa Asam Pedas Udang Galah yang terdapat di stall Dataran ini.


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii


Boleh dikatakan Asam Pedas Udang Galah ini cukup terkenal di Pekan Kuala Kubu Baru malah orang luar yang teringin sanggup datang ke sini semata-mata untuk merasa dan menikmati Asam Pedas Udang Galah ini. Okay baiklah, Asam Pedas Udang Galah ini dijual dalam menu ala carte dengan harga dari RM18 semangkuk dan itu bergantung dengan saiz dan berat udang galah tersebebut.

Takkan udang galah aje kot hehe. Set Menu makan tengah hari juga disediakan untuk Set Nasi, Sayur-sayuran, Telur masin, minuman dan semestinya semangkuk Asam Pedas Udang Galah ini dengan hanya RM 25 sahaja. Berbaloi dan murah bukan ? Kenapalah masa kerja di Fraser Hill tak tahu pun hehe. Kala tahu on the way dari KL ke Fraser Hill boleh singgah hehe.


REST HOUSE KUALA KUBU BHARU

Ketibaan kami di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu untuk menyaksikan dua demonstrasi iaitu membuat makanan western dan bahulu. Didahului dengan Chef Farhan Wong menunjukkan demostrasi membuat makanan western bermula dari seekor ayam terus jadi Cordon Bleu Cheese ! Selalu kalau kita nak buat membuat makanan western mesti yang siap bukan ? hehe.


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii 


Etw 3.0 part iii


Chef Farhan menggunakan sos seasoning yang dicipta oleh beliau sendiri berdasarkan pengalaman kerja beliau sebagai chef di beberapa hotel yang beliau pernah berkhidmat. Ku merasa sendiri memang sedap dan ku siap beli satu sos seasoning untuk isteri  memasak di rumah. Kot la boleh rasa seperti yang Chef Farhan masak tu kan hehe.


Etw 3.0 part iii


Etw 3.0 part iii


Okay baiklah demostrasi yang kedua ialah demostrasi membuat kuih bahulu oleh Pakcik Ismail. Bahulu dari buatan Pakcik Ismail sangat istimewa karena terdapat tiga rasa yang anda mungkin akan inginkan hehe iaitu rasa biasa yang selalu kita makan tu dan perasa oren dan coklat. Sedap dan kami tambah banyak kali. Nasib baik Pakcik Ismail bagi kami extra bahulu hehe.


GALA DINNER WINGS OF KKB

Kini tiba masanya untuk majlis penutup Wings of Kuala Kubu Bharu dimana diawal waktunya telah berlangsung pertandingan tersebut dan Majlis Gala Dinner Wings of KKB di Awana Genting. Bagi pertandingan memerhati burung (birds race) sambutan yang diterima amat menggalakkan bagi ketiga – tiga kategori iaitu Terbuka, IPT, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.


DSC_0163


DSC_0166


Etw 3.0 part iii

Bagi kategori terbuka, 21 kumpulan dan 11 kumpulan bagi kategori IPT telah menyertai dan pada tahun ini penyertaan dari luar negara turut diterima iaitu dari Indonesia, Kemboja, India dan Belanda. Bagi ketegori Sekolah Menengah 31 kumpulan telah menyertai serta 28 kumpulan pula bagi kategori sekolah rendah. Pertandingan fotografi burung pula telah menerima penyertaan seramai 17 orang dengan penyertaan luar negara diterima dari Singapura.

Tahniah buat pemenang yang memenangi mengikut kategori yang dianjurkan. Bagi yang terlepas itu boleh cuba lagi mendaftar untuk tahun hadapan. Pasti lagi meriah dan jangan ketinggalan okay.

Comments (1)

On June 22, 2016 at 10:28 PM , Hasif Hamsyari said... [Reply to comment]

Wah... semua aktiviti nampak best! Lagi-lagi udang2 gebu2 tu. Pergh!