Eat Travel Write 3.0 Part II

Etw 3.0 part 2 

 Assalamualaikum WB T & Salam Sejahtera. 

RUMAH SRI BERKAT, FRASER HILL

Setelah mengemaskini Eat Travel Write 3.0 Hari Pertama yang sangat penuh aktiviti. Kali ini untuk bahagian yang kedua pula dimana kami berpeluang bermalam di salah satu pusat peranginan yang sejuk iaitu di Fraser Hill hehe. Fraser Hill seperti yang sedia maklum betul betul terletak sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Pahang. 

Bagi diri ku sendiri amat mengenali 'Fraser Hill' ini karena pernah bekerja di salah sebuah hotel di Fraser Hill ini. Oh rindunya tempat ini dan kita kembali bertemu akhirnya hehe. Okay baiklah. Kami berpeluang bermalam di Rumah Rehat Sri Berkat yang kini sepenuhnya dibawah pentadbiran Jabatan Pembangunan Produk, Tourism Selangor Sdn Bhd. 


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Rumah agam bercirikan English ini telah dibina sekitar tahun 1926 oleh Pertubuhan Red Cross sebagaimana yang diperintahkan oleh St John dari England yang ditujukan kepada bekas anggota tentera pada tahun 1914. Ianya juga sebagai tanda terima kasih kepada Tanah Melayu atas kemurahan hati dan kerjasama yang diberikan ketika zaman pemerintahan mereka di luar negara ketika zaman peperangan. Menarik bukan ? Ku sendiri baru pertama kali tahu kewujudan Rumah ini hehe. 

Sama seperti kebanyakkan bungalow yang terdapat di Fraser Hill kebanyakkan adalah tinggalan sejarah oleh pihak British yang turut memperingati seni bina bangunan di England. Keadaan ini menyebabkan Fraser Hill dikenali sebagai Little Soctland'. Rumah Sri Berkat ini mempunyai 9 buah bilik namun mampu menampung sehingga 40 orang penginap dalam satu masa. Nak tahu ? Rumah ini sering menjadi destinasi percutian bagi pelancong tempatan mahupun dari luar negara karena sejuk dan nyaman tidak diganggu dengan pembangunan keterlaluan


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Antara keunikkan yang terdapat di rumah ini ialah bilik dan ruang tamunya dilengkapi dengan alat pendiang api serta mempunyai cerobong asap sama seperti yang terdapat pada rumah dan bangunan di negara barat yang mengalami musim sejuk dan salji. Fuh kalian boleh merasa pengalaman bercuti disini berbeza dan seperti bercuti di luar negara hehe. Selain sejuk dan berkabus, kalian dapat menghirup udara bersih serta bunyi pelbagai jenis burung, serangga dan lain-lain. Serius di FraserHill ni best dan tenang aje. hehe. 

Pengalaman unik yang lain seperti dapat melihat pelbagai jenis kumbang dan rama-rama pelbagai jenis dan saiz dapat dialami pada waktu malam apabila 'lampu limpah' yang dipasang pada bungalow ini akan menarik perhatian serangga dan burung-burung lain seperti burung hantu. Selain tujuan percutian, Rumah Sri Berkat ini sering menjadi lokasi penggambaran filem dijadikan tempat majlis resepsi perkahwinan. Unik tu. Sejuk pula hehe. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-5513200 untuk tempahan.


SG. CHILLING KELAH SANCTUARY


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Selepas check out dari Rumah Sri Berkat Fraser Hill. Dalam perjalanan turun ke Kuala Kubu Baru kami singgah ke Sungai Chilling di mana disini tempatnya tempat penternakan dan pembiakan Ikan Kelah. Apabila kesini kalian dilarang sama sekali untuk menangkap dan membawa Ikan Kelah ini pulang ya hehe. Ku sebelum ini pernah juga ke Sungai Chilling ini untuk trekking dalam hutan terus ke air Terjun Sg Chilling. Sangat awesome okay hehe.

Tapi apa yang menarik disini selain pusat penternakan Ikan Kelah. Tempat perkhemahan juga disediakam dan aktiviti yang wajib kalian cuba apabila sampai di Sungai Chilling ini ialah ke Air Terjunnya. Ia akan mengambil masa dalam 45 minit untuk jungle trecking ke dalam untuk sampai ke air terjun. Apabila da sampai pasti rasa penat semua hilang apabila melihat pemandangan hehe. 


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


IMG_5680


IMG_5675


IMG_5644


Di Sg Chilling mereka menunjukkan demonstrasi Kuih Apam Gula hangus dan Ikan Bakar ! Yum yum Alhamdulilah dapat merasa fresh dari Sungai dengan Kuih Apam Gula hangus yang ku buat pertama kali merasa hehe. 


PARAGLIDING DEMONSTRATION


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Apa itu Paragliding? Buat yang kali pertama mendengar meh sini ku mahu bercerita serba sedikit hehe . Almaklumlah ku sendiri baru pertama kali tahu apabila melihat mereka membuat demonstrasi Paragliding di Taman Millinium Kuala Kubu Baru. Paragliding adalah aktiviti sukan agak lasak dan memerlukan skill dan keberanian yang agak tinggi ya. Bagi yang gayat tu? Hehe

So dah tahu apa Paragliding? Ala orang terjun buka payung terjun hehe tapi ini dibuat secara manual dan memerlukan angin yang kuat serta tempat yang agak tinggi untuk berlepas. Itu bagi yang profesionallah hehe. Bagi yang begginner kena mula dari bawah dan perlu berpuluh jam untuk berlatih supaya dapat terbang dengan sendiri dan selamat. 


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


IMG_5852


IMG_5883


IMG_5898


Siapa taknak kalau dah dapat nak naik aktiviti Paragliding ini agar mencabar dan akan dapat buang rasa takut itu hehe. Tetapi akibat kekurangan pilot untuk menerbangkan dan cuaca pada masa itu tak baik macam nak hujan. Tapi diberi peluang naik ke atas Bukit untuk menyaksikan mereka sendiri berlepas di atas bukit. Gayat okkey ! Hehe. 

Nak naik ke bukit pun sangat mencabar. Katanya jalan ke atas bukit tu aje buka, dengan lalu masih tak rata. Naik lagi kenderaan 4 wheel pajero membuatku rasa sangat teruja. Begini rupanya lasak aktiviti baru best dan mencabar hehe. Bagi kalian yang baru ingin mencuba aktiviti Paragliding ini boleh datang ke Kuala Kubu Baru. Rasanya aktiviti ni baru lagi dan masih boleh dipelajari. 


THE STICK 


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Lepas satu hari dengan pelbagai aktiviti akhirnya ke penutup hari kedua dan tempat bermalam kami di The Stick Kuala Kubu Baru. Selama dulu kerja di Fraser Hill takpernah tahu ada tempat penginapan yang begitu tenang dan ala ala resort dalam hutan. Mungkin baru lagi dibuka. Tapi memang betul baru aje dibuka hehe. Terletak di jalan yang menuju ke Fraser Hill atau Sungai Chilling dari Bandar Kuala Kubu Baru. 

Check in dulu review bilik kemudian hehe. Apa lagi dengan penat dan peluh seharian kami terus terjah Sungai yang betul betul disebelah The Stick ni hehe. Air terjun tak jadi nak air tejun sangat sebab cetak hehe. Boleh duduk berendam sambil sembang sembang bersama dengan rakan media yang lain. 


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


Etw 3.0 part 2


The Stick terdapat pelbagai jenis bilik mengikut pengunjung mahu pilih mana satu jenis penginapan yang diinginkan. Ada tu dari rumah kayu sehinggalah hanya khemah hehe. Mandi diluar tau hehe. Jangan malu-malu Jangan segan-segan hehe. Tempat makan malam kami sangat Open dan menarik. Hidangan dimasak sendiri oleh pemilik dan di hidang sendiri setiap seorang. Hidangan buffet sedikit aje tapi tampak menarik dan sedap.

Almaklumlah tempat penginapan tengah-tengah hutan dan terletak betul-betul dibawah kaki bukit menuju Fraser Hill. Petangnya merasa panas lama kelamaan mengigil kesejukkan apabila tidur. Dengan tilam yang empuk dan selesa. Pengalaman paling best dapat tidur beramai-ramai sehinggakan dengkur masing-masing dengar hehe. -END part 2-

Bersambung part 3

1 comment:

Hasif Hamsyari said...

Huwargh!! Bestnya. Rugi tak join... T.T