Bubur Lambuk Tradisi Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

AnCasa Hotel, Bufet Ramadhan Selera Ibunda

AnCasa Hotel buka puasa

Assalamulaikum wbt & Salam Sejahtera

Pada 7 Jun yang lalu di ambal awal Ramadhan yang mulia, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur meneruskan tradisinya setiap tahun dengan menyediakan aktiviti komuniti setempat dan Program bersama Anak-Anak Yatim. Seperti mana tahun tahun lepas ku join memang menarik dan tersentuh hati bila menyertai buka puasa ini. Alhamdulillah. 

Seperti mana setiap tahun AnCasa Hotel dalam meraikan Ramadhan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai secara terbuka dan percuma ! Seawal jam 3 petang bertempat di anjung hotel serta gotong royong turut berlangsung bagi penyediaan bubur lambuk ini lebih kurang 500 bungkus. Ku tak berkesempatan melihat kemeriahan suasana karena balik kerja pun dah pukul 5 pm terus aje berbuka hehe. 

AnCasa Hotel, Bufet Ramadhan Selera Ibunda

AnCasa Hotel, Bufet Ramadhan Selera Ibunda

AnCasa Hotel, Bufet Ramadhan Selera Ibunda

Okay baiklah, program berbuka puasa pula bersama untuk meraikan anak-anak dari Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak yang terdiri daripada 40 anak-anak yatim dan 4 orang penjaga. Alhamdulillah murah rezki meraikan anak-anak yatim ini. Tidak lupa juga duit raya disampaikan kepada Anak-Anak Yatim dari Rumah Penyayang yang hadir hasil sumbangan dari pihak Pengurusan UDA Holdings bersama pihak Pengurusan AnCasa Hotels & Resort.

Selesai aje kisah berbuka bersama-sama dengan anak yatim ini mahu bercerita pula tentang makanan-makanan yang dihidangkan dan disediakan oleh pihak hotel hehe. Tema untuk tahun ini menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sempena memperingati pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973.

AnCasa Hotel, Bufet Ramadhan Selera Ibunda

Ku dulu membesar juga dalam filem-filem yang pernah hasilkan dan tidak pernah bosan apabila menonton. Kegemilangan beliau sebagai seorang seniman yang tiada gantinya sehingga kini. Walaupun telah lama meninggalkan kita, namun namanya masih menjadi sebutan dan hasil karya seninya tetap menjadi pujaan hatiku hehe. 

Berbalik kepada sajian, ku sangat memuji dengan kesedapan dan presentation makanan yang cukup membuatkan anda rasa ingin tambah lagi walaupun dah kenyang. Haip sabar-sabar hehe. Sajian dan juadah yang menarik ini diilhamkan daripada gabungan mantap antara Chef Yohanis, Chef Mariam & Chef Syukri mempamerkan hidangan enak menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat. 

Paling suka di Ramadhan Buffet AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ini menawarkan lebih dari 120 hidangan termasuk gerai secara 'live' yang pasti membangkitkan selera pengunjung seperti apam balik (wajib cuba), Sate, Asam Laksa, Kambing Golek, Aneka pilihan Sup Setapak, puluhan manisan pencuci mulut dan banyak lagi lah hehe. Macam biasa boleh lihat betapa banyaknya gambar yang dimuat naik ini hehe. 

Sambil berbuka turut dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal secara langsung dan pilihan lagu-lagu klasik menjadi halwa telinga anda sepanjang bulan Ramadhan ini. Ku sangat recommended untuk anda mencuba Bufet Ramadhan Selera Desa "Nostalgia 60an" yang dibuka setiap hari bermula dari 7 Jun sehingga 3 Julai 2016 dari pukul 7.00pm hingga 10.00pm pada kadar RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Jangan risau, surau turut disediakan hehe. 

Tempahan berkumpulan juga boleh diatur untuk 100 orang dan boleh menghubungi Saffron Brasseries ditalian 03-20266060  samb. 7703 atau 1-300-88-0032. Selamat berpuasa ! Hehe. 

No comments: