Pengembaraan ke LEGOLAND Malaysia Resort - Somerset Medini Nusajaya

Somerset Medini 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Dahulu masa kecil-kecil Ayah belikan satu kotak permainan LEGO untuk mengisi masa sebagai kanak-kanak hehe. Imaginasi ku sangat tinggi pada masa itu. Almaklumlah macam-macam boleh bina melalu LEGO Bricks tersebut. Ku sering membina kereta idaman imaginasi serta rumah. Kemudian pecahkan balik dan bina semula. Oh rindu betul zaman kanak-kanak dan kotak permainan LEGO tersebut masih ada lagi di rumah hehe. 

Apabila satu impian menjadi realiti ku memang kadang berangan bilalah dapat sampai ke LEGOLAND Malaysia Resort ini yang terletak di Johor Bahru. Langkah kanan orang kata dimakbulkan apabila dijemput oleh pihak Gaya Travel ke LEGOLAND Malaysia Resort untuk menyelongkar event terbaru dan sedang hangat diberlangsung di sana. 


Somerset Medini


Somerset Medini


Nak tahu event apa ? Nantikan next entry yang lebih mendalam hehe. Okay lah ku kasi hint sedikit berkaitan dengan Star Wars ! Mesti ramai peminat ni hehe. Kami bergerak ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur pada hari Jumaat karena event bermula pada hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah diberi peluang isteri pun ikut bersama. Rezeki dia kot dapat pergi bersama hehe. 



Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Setibanya di LEGOLAND Malaysia Resort check in dahulu di Somerset Medini betul-betul bersebelahan dengan LEGOLAND almaklumlah LEGOLAND Hotel full house ! wow ! takpe dapat juga merasa Hotel yang baru dibuka kira-kira pada bulan Februari 2016 yang lalu. Masih bau baru lagi ea hehe. Somerset Medini yang beralamat di Lot 5 Jalan Medini Utara 4, Medini Iskandar, Medini, 79200 Nusajaya, Johor, Malaysia.

Somerset Medini menawarkan ekspatriat dan pelancong pilihan bilik studio , satu, dua dan tiga bilik tidur , setiap berperabot bergaya dengan dapur yang serba lengkap, ruang tamu yang berasingan, bilik mandi en- suite dan kemudahan moden yang lain. Serius ku tak pernah jumpa Apartment Hotel sebegini lengkap segala kemudahan. Somerset kot hehe.


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Apabila check in masuk bila memang sangat mengagumkan. Dalam satu bilik terdapat dapur penuh dengan kelengkapan dari tempat memasak, periuk, singkat sudu, termasuk peti ais dan microwave. Terdapat juga mini Almari dan meja mekap serta Home Entertainment system yang lengkap hehe best la tengok tv macam dalam wayang dan yang paling penting setiap bilik ada WiFi setiap bilik. Very Impresive ! i like !

Semestinya di setiap Hotel ada Kolam Renang dengan Gym. Selalunya kalau pergi ke Hotel jarang menggunakan kemudahan ini. Tapi di Somerset entah kenapa setiap hari memang akan turun ke Gym dan Kolam Renang hehe. Tiga hari stay memang betul-betul 3 hari maksimum kan penggunaan. Kalian boleh tengok gambar hotel okay hehe.

Cuma apabila waktu breakfast. Tempat untuk breakfast masih lagi belum siap Almaklumlah Hotel baru kan hehe. Tetapi hidangan sarapan pagi tetap lagi power dan sedap dan hanya terletak di bangunan sebelah. 


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini


Somerset Medini yang beralamat di
Lot 5 Jalan Medini Utara 4,
Medini Iskandar, Medini,
79200 Nusajaya, Johor, Malaysia.
Contact +60 7-560 5555


LAYANS
(>_<)

2 comments:

Mawardi Yunus said...

wah bestnya lego yg eazy dapat. huhu

Eazy Izzuddin said...

best hehehe. Madi dapat ape?