Easter Egg Hunt at Sunway Putra Hotel

Easter egg hunt eazizzuddn 

 Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera 

Oh yeah ku kembali dengan entry yang terbar almaklumlah sejak kebelakangan ini sibuk sedikit tetapi akan tetap luangankan masa untuk update blog ehehe. Okay baiklah pada beberapa minggu yang lalu pada hari Easter. Ku ke Sunway Putra Hotel untuk menyertai pencarian comel telur easter ni disamping dapat merasa Hi Tea dengan pelbagai menu makanan yang disediakan.

Ramai yang kata HiTea Buffet di Sunway Putra Hotel ini sedap dan kena pada harga yang telah ditetapkan. Hanya bayar RM 80 sahaja anda akan dapat menikmati makanan Buffet yang sungguh enak ini. Sunway Putra Hotel ini betul-betul terletak di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur bersebelahan dengan Putra World Trade Center (PWTC).


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn

Terdapat juga makanan tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti Satay Ayam dan lembu, Yong Tau Foo, Puding Butter, Grilled Chicken, Stir Fried Hokkien Mee dengan Seafood, Roti, susu coklat kek, Lamb Varuvel , buah-buahan dan banyak lagi yang akan menarik minat anda. Tengok aje gambar yang ku upload ini pasti kalian akan rasa excited hehe.

Event yang rileks dan santai ini selepas ku merasa semua makanan di sini, bermula aktiviti utama iaitu Easter Eggs Hunt. Ku tak sertai lah tapi dapat merasalah pengalaman dengan budak-budak gigih mencari telur yang tersembunyi hehe. Teringat lah juga masa kecil dahulu Ayah selalu bawa anak-anak dia sertai aktiviti pejabat beliau dan jangan cakap lah mesti ku menang punya hehe.


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt


Kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit juga turut dijemput untuk sama-sama merasai keseronokan dan  kegembiraan ini. Almaklumlah mereka juga perlu aktiviti sebagai kanak-kanak supaya tidak rasa bosan. Dengan adanya badut yang sporting, face painting dan bermacam lagi hehe. Berbalik semula pada Easter Egg Hunt ini, mereka harus mencari telur dan kalau bertuah dapat jumpa telur berwarna emas akan dapat hadiah pertama termasuk telur yang berwarna lain yang akan membawa hadiah tempat kedua hingga kelima hehe.

Lima pemenang Easter Egg Hunt akan membawa pulang hadiah hamper cookies dan coklat. Hadiah dismpaikan oleh Puan Sri Susan Cheah, Exco Member of Sunway Group. Tahniah buat kesemua pemenang anak-anak comel ni hehe. Kanak-Kanak dari Yayasan Chow Kit turut bergembira bersama. Alhamdulillah. Until we meet again.


Easter egg hunt eazizzuddn


Easter egg hunt eazizzuddn


LAYANS
(>_<)

No comments: