501st Legion LEGO Star Wars Day yang Sangat Teruja !

Lego Star Wars Day


501 st 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Okay baiklah bersambung dengan di entry yang lepas hehe. Hari yang dinantikan telah tiba. Di maklumkan nanti di LEGOLAND Malaysia Resort antara aktiviti Utama yang berlangsung ialah perarakan lebih dari 90 karekter Star Wars di LEGOLAND Malaysia Resort. Wow ! ini merangkumi hampir kesemua karekter dari series episode I hingga episode VII Star Wars. 

Suatu pengalaman yang sangat mengujakan apabila ke LEGOLAND Malaysia Resort. Perarakan yang dimulakan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 11 pagi dari LEGOLAND Hotel dan seterusnya karektor ini akan berjalan-jalan sekitar LEGOLAND Theme Park dan mereka yang bertuah berada di sana pada waktu tersebut akan dapat bergambar dengan karekter yang mereka minati. 

Ku ? Mestilah Darth Vader hehe dapat selfie bersama okay. LEGO Star Wars Day ini merupakan yang terbesar diadakan rasanya di rantau ini hehe apabila kesemua peminat Star Wars berkumpul di LEGOLAND Malaysia Resort dan memakai costumer pilihan dan kesukaan mereka. Jarang sekali kita dapat lihat ea kesemuanya berkumpul sekali. Terasa beruntung betul dapat ke LEGOLAND ini hehe. Ku rasa Star Wars Special Parade ini sangat mengujakan dan terbaik.


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


501 st


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


501 st


Kalian boleh lihat sendiri gambar-gambar Star Wars Special Parade ini sendiri betapa meriah dan bukan sahaja kanak-kanak yang teruja malah yang dewasa pun terlebih teruja melihat perarakan Star Wars ini siap dengan Selfie hehe. Almaklumlah Series Star Wars ini membesar dengan mereka mengikut peredaran zaman sejak dari Tahun 1977 hingga Tahun 2016 hehe.


Lego Star Wars Day


"Perarakan gilang gemilang seperti ini akan diadakan pada setiap tahun dan akan mengumpulkan semua peminat fanatik series Star Wars ini untuk turut serta menyertai dalam perarakan tahunan ini"kata Evan Loh, Pegawai Perhubungan Awam 501st Legion. Beliau juga berharap pada tahun yang akan datang lebih ramai lagi peminat Star Wars menyertai perarakan ini. Berminat sertai ? boleh terus menghubungi beliau di email tk24127@outlook.com/+6017-4202412

LEGO Star Wars Day ini telah pun berlangsung pada 30 April 2016 yang lalu sehingga 31 May 2016 ini. Ini bermakna berita baik untuk kalian semua masih lagi berkesempatan datang ke LEGOLAND Malaysia Resort ini untuk merasa sendiri kelainan LEGO Star Wars Day ini hehe. Apa yang menarik pada 8th May 2016 lalu ku berpeluang melihat peminat-peminat LEGO Star Wars ini memasuki pertandingan (MOC) My Own Creation antaranya datang dari Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Singapore dan Malaysia yang terlibat dalam membina 'Star Wars' dari LEGO Bricks.


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Antara MOC My Own Creation yang telah dibina dibuat oleh peserta menggunakan LEGO Bricks. Sangat kreatif bukan ? Ianya juga memerlukan tenaga dan pemikiran yang kreatif untuk membina. Ku sendiri kalau sertai ini juga memerlukan sedikit latihan. Almaklumlah dah lama tinggal bina LEGO. Sekali bila dah buat macam-macam idea mencurah-curah keluar hehe.

Yang terujanya apabila juri yang menjadi panel untuk melihat dan menilai MOC Star Wars daripada peserta adalah dari Production Team yang pernah bekerja di Star Wars Series ! jadi kena buat betul-betulah kan untuk memenangi hadiah tempat pertama hehe. Tahniah buat pemenang. Pemenang dikategorikan dari peserta International, Malaysia & Singapore. Kanak-kanak juga tidak lepaskan peluang untuk menyertainya.


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Selain daripada kalian dapat ke pameran MOC, ini juga yang terbesar di LEGOLAND Malaysia Resort ialah kolaborasi antara LEGOLAND dan Dan & Chris Steininger dalam membina set Millennium Falcon yang terbesar di dunia dengan menggunakan lebih daripada 200,000 LEGO Bricks spaceship replica dengan dimension 16ft (4.8m) long 12ft (3.6m). Agak-agak besar ke tak tu ? hehe, Baik kalian datang sendiri lihat hihi.

Kalau boleh terbang dah lama naik hehe. Dan & Chris Steininger merupakan Ayah dan Anak Master Builder duo yang membina replica Millennium Falcon ini. Ia mengambil masa untuk membina dari 30 April 2016 hingga 3 May 2016. Dekat 3 hari juga tu untuk membina, memang betul-betul kagum apabila melihat hasilnya hehe. Final brick Millennium Falcon telah pun di letakkan ditempat pameran. Serius sangat besar hehe.


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


Lego Star Wars Day


501 st


LEGO Millennium Falcon bersama dengan dua TIE Fighters akan berada di LEGOLAND Malaysia Resort sehingga penghujung May 2016. So cepat-cepat datang ke sini hehe. Berita baik karena ini merupakan event tahunan bagi LEGOLAND Malaysia Resort kalau tak sempat tahun depan ada lagi tapi takkan nak tunggu sampai tahun hadapan bukan? haruslah pergi sekarang hehe. May the Force be with you? May the forth ? sama tak hehe. 4 Mei itulah merupakan event tahunan hehe.

So mari beramai-beramai ke LEGOLAND Malaysia Resort karena Star Wars Day ini akan berada di LEGOLAND sehingga pengakhiran bulan Mei atau Bulan 5 ini hehe. LAYANS


Legoland Eazy Izzuddin

No comments: