Followers

Untitled 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu 5 Mac 2016 lalu ku berpeluang ke Majlis Pelancaran Skystage & SkyKids di Skyrides Festivals Park Putrajaya yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail.Orang ramai dan para pelancong berpeluang untuk bersantai sambil menikmati persembahan SkyStage secara percuma di Skyrides Festivals Park Putrajaya (Skyrides) setiap hari Sabtu bermula pada bulan Mac 2016 ini. Di samping itu, Skyrides turut memperkenalkan SkyKids Warrior yang merupakan versi SkyWarrior Rainforest untuk kanak-kanak berusia 4 – 10 tahun.


Skystage skykids


Photo 1


SkyStage merupakan acara persembahan pentas yang mengetengahkan persembahan muzik dan tarian yang boleh menampung sehingga 1,000 orang (berdiri) pada sesuatu masa. Skystage turut dilengkapi dengan skrin LED bersaiz 10’ x 5’ yang berfungsi untuk meningkatkan kualiti mutu persembahan dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk mempromosi acara dan tayangan video/filem. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan di SkyStage ini dan dengan demikian, ia dijangka akan menjadi tempat tumpuan bagi seisi keluarga untuk berlibur dihujung minggu.

Skykids Warrior pula merupakan kemudahan yang disediakan di kawasan zon kanak-kanak di Skyrides yang merangkumi 15 jenis cabaran halangan yang berbeza serta turut dilengkapi dengan Rumah Kelab bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 10 tahun. SkyKids Warrior ini diilhamkan daripada cabaran SkyWarrior Rainforest yang sebelum ini hanya sesuai untuk pengunjung remaja/dewasa sahaja. Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM38.00 bagi sekali masuk ke SkyKids Warrior.


Skystage skykids


Skystage skykids


Penambahan dua tarikan baharu di Skyrides ini menjadi simbolik kepada kemajuan taman tema ini yang telah sedia ada mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu SkyrideBalloon, SkyWarrior, SkyTaste, SkyGallery, SkyDemo, Skykids dan SkyCruise.Skyrides telah menjadi bualan ramai dan memberikan keseronokan kepada pengunjung dan pelancong asing yang datang ke Putrajaya. Sejak dibuka kepada umum pada tahun lepas, Skyrides telah dikunjungi oleh lebih daripada 300,000 orang pengunjung. Sudah pasti, taman ini merupakan tempat yang wajib kalian kunjungi jika berada di Putrajaya.


Skystage skykids


Skystage skykids


Skystage skykids


Berita baik untuk kalian hehe. Bersempena dengan acara Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya pada 11 hingga 13 March 2016 ini, Skyrides turut menawarkan harga promosi untuk orang ramai menikmati keindahan pemandangan Putrajaya dari ketinggian 120 meter melalui SkyBalloon dan menyelusuri Tasik Putrajaya melalui Cruise Tasik Putrajaya. Lokasi Skyrides yang strategik iaitu bersebelahan dengan Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke taman tema ini.

Sementara menunggu belon udara panas yang hanya terbang pada awal pagi dan lewat petang, orang ramai boleh menaiki belon helium ini yang beroperasi setiap hari bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 malam sepanjang berlangsungnya Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya.

Waktu Operasi biasa Skyrides adalah dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam pada hari Ahad sehingga Khamis manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum ia beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Comments (0)