Keistimewaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ramai semestinya pernah mendengar dan sudah ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam Selangor terutamanya warga Shah Alam yang tidak asing lagi bagi peminat makanan ala Steamboat dan Grill. Ku sendiri berkesempatan ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan mengalami dan merasai kelainan terbaru yang disediakan oleh pihak Restoran D'Kayangan. Apakah kelainan terbarunya ? hehe.

Sinonim dengan nama restoran ini menyediakan makanan berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ secara Buffet. Selalunya apabila kita ke Restoran Seafood kebanyakkannya hanya menyediakan Steamboat dan Grill sahaja. Kali ini di Restoran D'Kayangan tambah satu lagi iaitu Pembakar Arang BBQ. Lagi sedap dimasak atas pembakar arang ini tau. Ala-ala masak satay gitu hehe. 


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Kelainan dan keistimewaan yang dibawa oleh restoran ini adalah kambing panggangnya yang turut di senaraikan didalam menu buffet dan dihidangkan pada setiap hari tanpa sebarang caj tambahan. Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan sekali lagi melalui transformasi dengan tambahan menu skewer yang dimasak menggunakan dapur arang barbeku yang disediakan di setiap meja. Dengan ini kalian boleh merasi sendiri pengalaman berbarbeku dengan keluarga dan sahabat. 

Pilihan menu di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan seperti grill perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Bagi Steamboat pula, kalian akan diberi pilihan sama ada sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka menikmati bersama-sama aneka makanan laut segar. 

Pilihan yang tersedia semestinya udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala, dan banyak lagi. Pelbagai bebola sayur-sayuran, aneka mee dan sebagainya. Wajib ada pilihan sos yang katanya dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam yang berpengalaman seperti Sos cili pedas, sos thai, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo dan lain-lain lagi. 


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Steambot BBQ D'Kayangan


Chef Shahnizam yang juga berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan ini telah mencipta beberapa menu skewer terbaru bersesuaian dengan dimasak menggunakan arang barbeku. Menu skewer yang disediakan antaranya ayam skewer berempah, daging skewer berempah, daging skewer kicap, sotong skewer pedas cilantro, ikan dory skewer berempah, udang skewer cilantro dan ku pun tak terkata banyak menu lain lagi hehe.

Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Korang boleh merasa sendiri kelainan tersebut serta amat bersesuaian dimasak dengan menggunakan dapur arang barbeku karena arena rempah ratus menjadi lebih harum dan dapat menjaga tekstur dan rasa makanan tersebut. 

Satu keistimewaan dapur arang ini tidak memerlukan minyak atau marjerin. Ia menjadikan makan tersebut sihat dan tidak berminyak tetapi penuh dengan rasa barbeku dan bau harum barbeku yang memikat selera hehe. Kalian kena merasa sendiri pergi ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan dengan pelbagai menu baru yang menarik.

Dari segi harga pula amat menarik RM 40.20 untuk dewasa. RM 20.05 untuk kanak-kanak berusia 5-11 tahun. Hanya tambah RM 4.90 daripada harga sebelumnya, kalian akan dapat menikmati pelbagai menu baru tambahan. Kot-kot ada rezeki kalian, pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kepada pengunjung yang bertuah akan memenangi hadiah istimewa Tudung Fareeda. hehe.


Steambot BBQ D'Kayangan


Alamat :

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
No.1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/3,
Seksyen 13, Shah Alam.

Telefon:

012-2971091
017-3277904
03-55234979

LAYANS
(>_<)

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

kisah earty said...

Nampak menarik..