Angin Baru Bazar Warisan Putrajaya

Floria


Floria 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Minggu lalu ku berkesempatan ke Taman Warisan Pertanian  yang terletak di Presint 16 Putrajaya. Alhamdulillah nasib baik tahu ke sini karena sebelum ini selalu ke sini untuk menikmati makan tengah hari karena food court di sini sedap-sedap belaka hehe. Okay baiklah, ke sini untuk Majlis Perasmian, Coffe Table Book Floria antara produk terbaru Sempena Bazar Warisan di Taman Warisan Pertanian. 

Ini sebagai usaha untuk meningkatkan lagi nama Floria sebagai festival bunga dan taman warisan yag unggul di peringkat antarabangsa. Bazar Warisan dan Buku yang dilancarkan oleh Ybhg. Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya bertajuk Coffee Table Book 360 Degrees-The Best of Royal Floria Putrajaya 2015.


Floria


Floria


Buku yang cantik dan bermaklumat ini  diterbitkan dengan kerjasama Institut Artiket Landskap Malaysia (ILAM) dan akan dipasarkan dengan harga RM150.00 senaskah akan dijual pada harga promosi yang sedang hangat ini RM120.00 sahaja bagi tempoh terhad buat masa ini. Ketika merasmikan Bazar Warisan, Ybhg. Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, berkata,

"Ini bertujuan menjenamakan semula Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai destinasi pelancongan yang berteraskan kepelbagaian warisan pertanian, kebudayaan dan produk, program Bazar Warisan dijangka menjadikan taman ini sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti rekreasi dan riadah terutamanya di dusun-dusun yang terdapat di taman ini" beliau berkata. 


Floria


Beliau berkata lagi "Selain itu selaras dengan saranan kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak korporat menerusi kolaborasi pintar, PFSB menjalinkan kerjasama dengan piak Felda D'Saji untuk memasarkan Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai lokasi terpilih untuk majlis perkahwinan" Oh patutlah semasa perasmian tetiba ada pengantin bersanding hehe. 


Floria


Floria


Floria


Untuk maklumat kalian, bagi bakal pengantin yang tercari pakej perkahwinan mahu tempat perkahwinan yang lain daripada yang lain seperti melangsungkan perkahwinan di Taman Warisan Pertanian. Felda D'Saji akan menguruskan venue perkahwinan sahaja serta makanan. Disamping itu, Floria juga tawarkan pakej pelancongan untuk pengantin yang sudah melangsungkan perkahwinan mereka untuk pergi berbulan madu hehe.

Senang apabila semuanya telah diuruskan oleh pihak Felda D'Saji serta Floria Putrajaya. Kepada bakal-bakal pengantin hanya menikmati servis terbaik daripada mereka ini hehe. Apabila kalian mengadakan majlis perkahwinan di sini yang diuruskan pihak Felda D'Saji, sekali gus menjadikan Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini sebagai produk pelancongan yang mesti dikunjungi di Putrajaya.


Floria


Floria


Apabila ke Taman Warisan Putrajaya ini, beberapa pakej dirangka dan dipasarkan khususnya kepada pelancong seperti Pakej Sarapan Warisan, Pakej Kampung Warisan, Pakej Santai Warisan dan Pakej Pelajar. Sebelum datang ke Bazar Warisan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya, beberapa info yang perlu kalian tahu. Bazar Warisan merupakan program bulanan yang akan di adakan di Taman Warisan Putrajaya.

Program berlangsung setiap hujung bulan ini menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran pertaniana, persembahan muzikal dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak. Jualan pelbagai produk IKS, kraf serta anak pokok buah, herba tanah, kompos dan sebagainya, demostrasi mengacau dodol, mengacau bubur lambuk, mencanting batik dan banyak lagi yang diadakan untuk tatapan pengunjung seperti kalian hehe. 

No comments: