Teater Bikers Kental di Istana Budaya

Teater Bikers Kental

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Bikers Kental kini diadaptasi ke sebuah teater daripada filem Bikers Kental yang pernah ditayangkan kepada penonton pada Tahun 2013. Bagi sesiapa yang belum menonton Filem Bikers Kental ni senang aje boleh tengok trailer Bikers Kental 2013 bagi serba sedikit klu untuk memahamkan kalian menonton Teater Bikers Kental ini nanti hehe.

Okay baiklah. Kali ini ku berpeluang menonton Teater Bikers Kental pembukaan sehari sebelum tarikh ditayangkan bersama pihak media yang lain. Seperti biasa setiap Teater dipersembahkan di Panggung Sari Istana Budaya. Teater ini dijadikan kenyataan bagi meraikan bikers bikers Malaysia yang berada diluar sana. 


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental ini dihasilkan oleh MS Integrated Sdn Bhd dan Califwork Studio dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Red Garage Malaysia , dan juga konglomerat automotif tempatan Naza World melalui cabang pengedaran Aprilia, Naza Premira Sdn Bhd. 


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Pelakon Teater Bikers Kental ini macam biasa seperti Awie, Zizan Razak, Ameerul Affendi, Ayie Hushairi, Nadia Brian dan tetamu khas daripada Thailand  Pawika Taew Thammakamee yang juga merupakan seorang penyanyi serta pelakon pentas yang terkenal di Thailand. Apabila Awie dan lebih lagi Zizan Razak berlakon secara langsung diatas pentas teater memang tidak kering gusi ketawa dibuatnya hehe. 

Bagiku sendiri memang sangat suka menonton Teater almaklumlah kesemuanya berlakon secara 
langsung. Malam pembukaan biasalah setiap hari sepanjang teater yang bakal dijalankan boleh diperbaiki dari hari ke sehari. Yang penting jangan butakan mata kami dengan cahaya lampu disco tu eh eh hehehe. 

Lupa nak bagi tahu. Teater Bikers Kental ini merupakan Teater Musikal, disamping berlakon, ada juga scene menyanyi hehe dan yang paling penting dari Awie serta dari Pawika Teaw hehe. Props yang berada distage ini dianggarkan lebih daripada Rm500,000 merupakan motorsikal yang berkuasa tinggi dibekalkan oleh Red Garage dan Naza Premira. 


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


TeaterBikersKental di Istana Budaya bermula 22 Jan - 31 Jan 2016!
Tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185, RM305 boleh didapati di www.redtix.airasia.com atau Kaunter Box Office Istana Budaya!


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental

p/s: gambar kredit kepada Projek Travel.
LAYANS
(>_<)

1 comment: