Siapa Pilihan Cikgu Ayu? Oh My English !

Ome

Assalamualaiku, WBT & Salam Sejahtera

6 Januari 2016 lalu ku berpeluang untuk menonton telefilem yang kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu ! Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebangai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah). Istimewanya kali ini, Astro membawakan pengalaman penonton yang nyata berbeza di mana dua versi pengakhiran cerita ini telah pun dirakamkan.

Buat kali pertama dalam Oh My English, penontom diberi kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka dengan mengundi Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton. Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Namun sesuatu tak dijangka berlaku. Almaklumlah darah manis kan hehe.

Ome


Cikgu Ayu terlibat dalam satu kemalangan dan hilang ingatan. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry atau sebaliknya menerimaZizang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English !

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata. " Oh My English! Class of 2015 telah menerima maklumbalas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 7.8 juts rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menonton musim terbaru rancangan ini untuk mempelajari percakapan seharian dalam Bahasa Inggeris selain melihat gelagat-gelagat pelajar SMK Ayer Dalam.

Kalian boleh memilih untuk menentukan pengakhiran telefilem versi Henry #TeamHenry ataupun pengakhiran telefilem versi Zizang #TeamZizang dengan menyertakan hashtag pilihan mereka diakaun twitter masing-masing ataupun dengan cara mengundi di laman sesawang rasmi Oh My English www.ohmyenglish.com.my .


Ome


Ome 


Ome

Mereka boleh mengundi berulang jaki bermula dari sekarang sehinggalah ke tayangan perdana pada 16 Januari 2016 jam 9 malam. Keputusan terkini boleh dilihat di laman sesawang Oh My English dan juga Astro  TVIQ, namun 2 jam sebelum tayangan, ianya akan dirahsiakan lagi bagi memberi debaran kepada semua penonton. Pengakhiran cerita dengan undian tertinggi akan dimainkan di akhir telefilem. 

Okay apa tunggu mulakan undian kalian sekarang hehe di laman sesawang Oh My English dan laman twitter hehe. Layans. 

No comments: