Followers

Untitled  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR: Butik vendor terbesar Pret A Porter bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan, di sini. Pengarah Pemasarannya, Siti Hawa, berkata, butik tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita.

 "Servis kami menyediakan ruang kepada usahawan baru yang ingin meluaskan perniagaan dengan kos rendah dimana kami menyediakan staf, menjalankan promosi, iklan dan sebagainya. "Pihak vendor tidak perlu memikirkan soal kos-kos promosi dan pasaran produk kerana ianya ditanggung oleh pihak kami," ujarnya dalam satu kenyataan.

 Sementara itu, Siti Hawa berkata, pihak Pret A Porter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara. Katanya, setakat ini beberapa vendor dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Netherland telah bersetuju untuk menjadi vendor butik Pret A Porter. Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan. 

"Kami ada menerima penyertaan beberapa vendor dari luar negara dan kami masih dalam proses rundingan. "Insya-Allah kehadiran mereka dan produk-produk dari luar ini dapat meningkatkan daya saing dan secara tidak langsung menarik pengunjung datang membeli-belah," ujarnya. 


Lufyapix


Bagaimanapun, katanya, pihak Pret A Porter memberi lebih keutamaan kepada peniaga-peniaga tempatan dengan pelbagai sokongan lain. Selain itu, kesedaran tentang kepentingan promosi, pihak Pret A Porter juga telah melantik seorang artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut. "Kami mempunyai strategi bagi menarik pelanggan untuk datang membeli-belah di butik ini iaitu dengan melantik Lufya Omar sebagai duta. "Populariti Lufya dan tiket sebagai artis dapat membantu Pret A Porter dikenali secara tidak langsung mengetengahkan produk-produk di bawah butik ini," ujarnya.

 Selain Lufya, beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik ini. Butik Pret A Porter dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan.


Untitled


 Butik berkeluasan 7000 kaki persegi itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Pret A Porter turut menyediakan pekej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.

 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian +60126474508 (Suci) +60173911491(Lyna).

Comments (0)