Teater Bikers Kental

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Bikers Kental kini diadaptasi ke sebuah teater daripada filem Bikers Kental yang pernah ditayangkan kepada penonton pada Tahun 2013. Bagi sesiapa yang belum menonton Filem Bikers Kental ni senang aje boleh tengok trailer Bikers Kental 2013 bagi serba sedikit klu untuk memahamkan kalian menonton Teater Bikers Kental ini nanti hehe.

Okay baiklah. Kali ini ku berpeluang menonton Teater Bikers Kental pembukaan sehari sebelum tarikh ditayangkan bersama pihak media yang lain. Seperti biasa setiap Teater dipersembahkan di Panggung Sari Istana Budaya. Teater ini dijadikan kenyataan bagi meraikan bikers bikers Malaysia yang berada diluar sana. 


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental ini dihasilkan oleh MS Integrated Sdn Bhd dan Califwork Studio dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Red Garage Malaysia , dan juga konglomerat automotif tempatan Naza World melalui cabang pengedaran Aprilia, Naza Premira Sdn Bhd. 


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Pelakon Teater Bikers Kental ini macam biasa seperti Awie, Zizan Razak, Ameerul Affendi, Ayie Hushairi, Nadia Brian dan tetamu khas daripada Thailand  Pawika Taew Thammakamee yang juga merupakan seorang penyanyi serta pelakon pentas yang terkenal di Thailand. Apabila Awie dan lebih lagi Zizan Razak berlakon secara langsung diatas pentas teater memang tidak kering gusi ketawa dibuatnya hehe. 

Bagiku sendiri memang sangat suka menonton Teater almaklumlah kesemuanya berlakon secara 
langsung. Malam pembukaan biasalah setiap hari sepanjang teater yang bakal dijalankan boleh diperbaiki dari hari ke sehari. Yang penting jangan butakan mata kami dengan cahaya lampu disco tu eh eh hehehe. 

Lupa nak bagi tahu. Teater Bikers Kental ini merupakan Teater Musikal, disamping berlakon, ada juga scene menyanyi hehe dan yang paling penting dari Awie serta dari Pawika Teaw hehe. Props yang berada distage ini dianggarkan lebih daripada Rm500,000 merupakan motorsikal yang berkuasa tinggi dibekalkan oleh Red Garage dan Naza Premira. 


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


TeaterBikersKental di Istana Budaya bermula 22 Jan - 31 Jan 2016!
Tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185, RM305 boleh didapati di www.redtix.airasia.com atau Kaunter Box Office Istana Budaya!


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental


Teater Bikers Kental

p/s: gambar kredit kepada Projek Travel.
LAYANS
(>_<)
Untitled  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR: Butik vendor terbesar Pret A Porter bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan, di sini. Pengarah Pemasarannya, Siti Hawa, berkata, butik tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita.

 "Servis kami menyediakan ruang kepada usahawan baru yang ingin meluaskan perniagaan dengan kos rendah dimana kami menyediakan staf, menjalankan promosi, iklan dan sebagainya. "Pihak vendor tidak perlu memikirkan soal kos-kos promosi dan pasaran produk kerana ianya ditanggung oleh pihak kami," ujarnya dalam satu kenyataan.

 Sementara itu, Siti Hawa berkata, pihak Pret A Porter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara. Katanya, setakat ini beberapa vendor dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Netherland telah bersetuju untuk menjadi vendor butik Pret A Porter. Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan. 

"Kami ada menerima penyertaan beberapa vendor dari luar negara dan kami masih dalam proses rundingan. "Insya-Allah kehadiran mereka dan produk-produk dari luar ini dapat meningkatkan daya saing dan secara tidak langsung menarik pengunjung datang membeli-belah," ujarnya. 


Lufyapix


Bagaimanapun, katanya, pihak Pret A Porter memberi lebih keutamaan kepada peniaga-peniaga tempatan dengan pelbagai sokongan lain. Selain itu, kesedaran tentang kepentingan promosi, pihak Pret A Porter juga telah melantik seorang artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut. "Kami mempunyai strategi bagi menarik pelanggan untuk datang membeli-belah di butik ini iaitu dengan melantik Lufya Omar sebagai duta. "Populariti Lufya dan tiket sebagai artis dapat membantu Pret A Porter dikenali secara tidak langsung mengetengahkan produk-produk di bawah butik ini," ujarnya.

 Selain Lufya, beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik ini. Butik Pret A Porter dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan.


Untitled


 Butik berkeluasan 7000 kaki persegi itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Pret A Porter turut menyediakan pekej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.

 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian +60126474508 (Suci) +60173911491(Lyna).
H Galley Cafe


H Galley Cafe 


 Assalamualaikum wbt & sala sejahtera.

Setiap kali kalau keluar berjalan mana soalan yang paling susah ditanya ialah mahu makan mana ni? Kadang-kadang ada yang agak cerewet tak mahu kat situ kat sinilah hehe. Kali ini ku berpeluang untuk Food Review merasa makanan berkonsepkan Fushion Western Spice & Local Spice di Kota Damansara. Katanya Cafe ini baru lebih kurang 3 minggu dibuka. Still fresh.

H Gallery Cafe yang terletak di Sunway Nexis Kota Damansara. Kalau bagi yang pertama kali datang ke Kota Damasara. Cafe ini betul-betul terletak di dalam bangunan Sunway Nexis ini dan bukannya berada di deretan kedai yang banyak itu hehe. Ku pun sendiri sesat mencarinya. Alhamdulillah jumpa. Dah nama rezki untuk mencuba makanan di H Gallery Cafe ini. 


H Galley Cafe


H Galley Cafe


H Galley Cafe


H Galley Cafe


Sedikit latar belakang H Gallery Cafe ini. H itu datang dari perkataan Home, Harmony dan menariknya huruf H tersebut merupakan nama anak-anak pemilik H Gallery Cafe ini. Gallery ini pula, jelas sekali apabila kita masuk ke dalam Cafe ini. Tergantung pelbagai jenis gambar, peralatan dan lukisan kesemuanya milik pemilik cafe ketika ke luar negara. 

Selain Cafe. H Gallery Cafe ini boleh mengadakan event private yang boleh memuatkan 80 hingga 120 pax dalam satu-satu masa. Boleh lah kepada mereka yang mahu buat private event, birthday part dan lain-lain serta menerima lebih daripada 6 (enam) tempahan. Waktu Operasi pula tiap hari daripada 9:00am hingga 11:00pm. 

Okay serba sedikit pasal H Gallery Cafe. Kita ke menu makanan yang disediakan pula. H Gallery Cafe menyediakan dari Breakfast Menu, Small Bites, Soup & Salad, Kids Meal, Pasta, The Main menu untuk H Gallery Cafe, dan semestinya beverage. Dari beverage itu boleh mencuba Smoothies & Health Blend. Sesi temuramah dengan Chef Jazman merupakan Ketua Chef di sini, kebanyakkan menu adalah baik untuk menjaga kesihatan kita hehe. 


H Galley Cafe


Sejujurnya apabila makan di sini memang kena dengan citarasa ku dengan pelbagai kombinasi makanan & minuman yang sihat berbaloi dengan harga dan portion penuh pinggan. Nak tahu lebih korang boleh lihat bawah ku masukkan gambar makanan yang ku cuba hampir dekat 20 menu. Bayangkan betapa nikmatnya makan hehe.

Breakfast Set:-



H Galley Cafe

Big Breakfast Set (RM22)


H Galley Cafe

Nasi Lemak Pak Man (RM15)


H Galley Cafe

Egg Benedict With Smoke Salmon And Side Fruits Salad (RM26)

Set Breakfast ini bagi yang minat makan banyak sangat dialukan karena Breakfast like a King kan hehe. Bagiku setiap menu breakfast ini sudah mencukupi dan membuatkan anda kenyang hingga tengah hari. Nasi Lemak Pak Man sambalnya sedap dan Egg Benedict with smoke salmon ini juga sedap dan bagi sesiapa peminat Salmon. 


Soup & Salad :-


H Galley Cafe

Green Peas Soup Top With Ricotta (RM10)


H Galley Cafe

Wild Mushroom Soup (RM10)


H Galley Cafe

Caesar Salad Grill Beef (RM15)


H Galley Cafe

Grill Seafood Salad (RM25)

Okay baiklah bagi kombinasi Soup & Salad ini merupakan satu kelainan rasa apabila ku rasa sendiri Wild Mushroom Soupnya yang sangat sedap. Bagi yang meminati Green Peas soup ini boleh juga mencuba hehe. Caesar Salad Grill Beef ini sedap ! Dagingnya terasa kemanisannya gitu. hehe


Pasta :- 


H Galley Cafe

Grilled Seafood Aglio-Olio (RM23)


H Galley Cafe 

Meatball Stuff With Mozzarella (RM23)


H Galley Cafe

Pimiento Rojo Seafood Spaghetti (RM39)

Okay baiklah, bagi set pilihan pasta pula merupakan kegemaran ku. Ketiga-tiga menu pasta seperti gambar diatas masing-masing mempunyai kelainan rasa yang tersendiri. Senang cakap sedaplah hehe. Tetatpi rasa Pimiento Rojo Seafood Spaghetti memang terlekat dihati karena sos spaghettinya yang enak dan ketam lembut yang boleh dimakan terus hehe. 

Pembuka Selera:-


H Galley Cafe 

Fried Calamari With Garlic Aioli (RM15)


H Galley Cafe

Spicy Hillbilly (RM15)

Set pembuka selera yang enak sebelum memulakan hidangan utama. Calamari tu apa ? Sotong lah kan hehe. Sotong yang telah digoreng sedap. Hillbilly ayam lah hehe. 

The Main :-


H Galley Cafe

Pan Fried Salmon With Arugula Mix Salad (RM29)


H Galley Cafe

H Style Sirloin Steak 200-220 gram (RM42)


H Galley Cafe

H Style Beef Wellington (RM45)


H Galley Cafe

Braised Lamb Shank Pasamah (RM59)


H Galley Cafe

My Snapper Sandwhich (RM24)


H Galley Cafe

Grilled Chicken Chop (RM24)

Asian Style :-


H Galley Cafe

Mee Goreng Pak Man (RM15)


H Galley Cafe

Nasi Goreng Kampung (RM15)

Beverage :-


H Galley Cafe

Strawberry Banana Yogurt (RM15)


H Galley Cafe 

Morning Glory - Blueberry Mint Yogurt (RM15)


H Galley Cafe 

Green Apple 


H Galley Cafe 

Passifloraceae (RM10)


H Galley Cafe 

Black Forest -Sipping Strawberry Chocolate Smoothie (RM15)


H Galley Cafe

Lychee Pomegranate (RM10)

Demikianlah tadi senarai hmapir 20 menu yang ktaorang mencuba hehe. Apabila kalian ke sini lebih daripada 20 menu kalian boleh pilih dan ini adalah salah 20 yang kami telah rasa hehe. Betapa sedapnya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi hehe. Okay, kalau kalian mahu ke H Gallery Cafe ini alamatnya

H Gallery Cafe
D-GF-03A, Sunway Nexis,
No.1, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 
47810, Petaling Jaya


LAYANS
(>_<)
Ome

Assalamualaiku, WBT & Salam Sejahtera

6 Januari 2016 lalu ku berpeluang untuk menonton telefilem yang kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu ! Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebangai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah). Istimewanya kali ini, Astro membawakan pengalaman penonton yang nyata berbeza di mana dua versi pengakhiran cerita ini telah pun dirakamkan.

Buat kali pertama dalam Oh My English, penontom diberi kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka dengan mengundi Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton. Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Namun sesuatu tak dijangka berlaku. Almaklumlah darah manis kan hehe.

Ome


Cikgu Ayu terlibat dalam satu kemalangan dan hilang ingatan. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry atau sebaliknya menerimaZizang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English !

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata. " Oh My English! Class of 2015 telah menerima maklumbalas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 7.8 juts rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menonton musim terbaru rancangan ini untuk mempelajari percakapan seharian dalam Bahasa Inggeris selain melihat gelagat-gelagat pelajar SMK Ayer Dalam.

Kalian boleh memilih untuk menentukan pengakhiran telefilem versi Henry #TeamHenry ataupun pengakhiran telefilem versi Zizang #TeamZizang dengan menyertakan hashtag pilihan mereka diakaun twitter masing-masing ataupun dengan cara mengundi di laman sesawang rasmi Oh My English www.ohmyenglish.com.my .


Ome


Ome 


Ome

Mereka boleh mengundi berulang jaki bermula dari sekarang sehinggalah ke tayangan perdana pada 16 Januari 2016 jam 9 malam. Keputusan terkini boleh dilihat di laman sesawang Oh My English dan juga Astro  TVIQ, namun 2 jam sebelum tayangan, ianya akan dirahsiakan lagi bagi memberi debaran kepada semua penonton. Pengakhiran cerita dengan undian tertinggi akan dimainkan di akhir telefilem. 

Okay apa tunggu mulakan undian kalian sekarang hehe di laman sesawang Oh My English dan laman twitter hehe. Layans.