TUBA 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Bagi mereka yang betul-betul meminati sukan ekstrem seperti merentas desa mahupun aktiviti berlari di kawasan bandar yang sedang hangat dianjurkan sekarang boleh lah mencuba menyertai TUBA Trail Run 2016 ini. Ramai tertanya-tanya kenapa dan apa itu TUBA? Seperti kalian, kami sendiri tertanya-tanya apa itu ‘Tuba’. Rupa-rupanya Tuba itu ialah satu nama bagi sebuah pulau yang terletak di Selatan Pulau Langkawi.

Pulau Tuba buat pertama kalinya ke sini dan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pulau Tuba ini. Pulau Tuba terletak betul-betul dibelakang Pulau Dayang Bunting dengan komuniti kebanyakkannya melakukan aktiviti menjala dan memancing ikan di laut. Lebih kurang hampir 2000 penduduk, Pulau Tuba adalah sebahagian besarnya mempunyai habitat semula jadi yang tidak disentuh lagi ya.


TUBA


Pulau Tuba ini kaya dengan hidupan liar dan flora dan faunanya sangat jarang dilihat ditempat-tempat lain dan menjadikan ia suatu tapak yang paling sesuai untuk mengadakan cabaran Trail Run ini sebagai tempat eko-pelancongan. Memang betul apabila ke sana sendiri suasana di Pulau Tuba penuh dengan kehijauan dan sangat menenangkan fikiran kerana tidak banyak lagi pembangunan di sana serta dipenuhi kehijauan.

Rupa bumi yang beralun dan sentiasa berubah menjadikan Pulau Tuba suatu persekitaran yang ideal untuk trekking, tanahnya yang lembap, pantai berpasir cantilk serta hutan hujan yang asli menjadikan Pulau Tuba sebagai latar belakang kehijauan yang begitu indah.


TUBA


Di Pulau Dayang Bunting mempunyai pembentukkan batu marmar yang memenuhi dalam hutan hujan purba dan sangat terkenal dengan Lagenda Tasik orang terdahulu iaitu Tasik Dayang Bunting yang terletak di bahagian Selatan pulau. Di bahagian Utara pulau pula terletak hutan hujan yang masih dara dan belum disentuh serta kehijauan menambah lagi satu keunikkan bagi mereka yang menyertai Tuba Trail Run ini menikmatan keindahan alam.

Okay baiklah, sudah tahu serba sedikit mengenali Pulau Tuba bukan ? Sekarang bercerita mengenai Tuba Trail Run Langkawi yang akan diadakan pada tahun hadapan 2nd April 2016. Trail sejauh 30 kilometer trail yang akan para peserta lalui. Trail Run ini bermula di Pulau Tuba dan garisan penamat juga berakhir di Pulau Tuba. Kami bergerak dari Jeti Pelancongan Langkawi untuk ke Pulau Tuba. Mengambil masa hanya dalam 20 minit sahaja.



TUBA


TUBA


TUBA


TUBA


Jejak baru telah dibuka dan ditetapkan oleh pihak penganjur dan akan melalui hutan semula jadi di Pulau Tuba serta di pulau jiran iaitu Pulau Dayang Bunting yang merupakan tempat pelancongan Geoforest Park. Best aje baring di tengah jalan karena tiada kereta langsung di sini dan terasa seperti berada di perkampungan yang baru dibuka. Tetapi masa ni kami menaiki motorsikal menjejaki trail yang sejauh 30km ini hehe.

Sambil berlari mengikut trail yang telah ditetapkan sambil menikmati pemandangan hijau Pulau Tuba serta dapat melihat cara hidup penduduk-penduduk kampong di Pulau Tuba ini. Bagi mereka yang berpengalaman menyertai eco-sport seperti ini, waktu terawal untuk berlumba sejauh 30 kilometer ini seawal satu jam setengah dan waktu terakhir untuk menghabiskan trail ini ialah selama 6 jam.


TUBA


TUBA


Bagi mereka yang suka-suka masuk untuk menikmati pemandangan indah serta tidak berkejaran untuk habis digarisan penamat boleh juga menyertai. Tetapi jangan risau, ‘water station’ atau ‘hydrogen pack’ akan dibekalkan untuk peserta setiap 7 hingga ke 8 kilometer sepanjang trail tersebut dinyatakan oleh organizer Mr Shahril Iskandar.

Kebanyakan Trail di Pulau Tuba akan melalui jalan hutan hingga ke jalan besar adalah bukan untuk menakutkan para peserta tapi pengalaman mencabar akan terpahat dihati mereka apabila melalui sepanjang trail tersebut. Target adalah untuk menerokai Pulau Tuba dan Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Eco-sport dan menjadikan sebagai lokasi kegemaran aktiviti sukan.


TUBA


TUBA


TUBA


TUBA


TUBA


Pengalaman salah seorang Team Projek Travel selepas sidang media pelancaran Tuba Trail Run Langkawi 2016 ini yang dilancarkan oleh CEO LADA (Langkawi Development Authority) Tan Sri Khalid Ramli ke Pulau Tuba Langkawi ini adalah sangat menakjubkan pemandangannya dan mencabar untuk trail run ini. Dibantu juga oleh Course Director Miss Liew Wei Yong dari Singapura menjejaki trail run di Pulau Tuba bersama media dari Singapura dan Thailand.

Kategori perlumbaan Tuba Trail Langkawi 2016 adalah seperti berikut:-

-Men’s International Open

- Women’s International Open

- Men’s Local Open 18-39

-Women’s Local Open 18-39

-Men’s Local Veteran 40+

- Women’s Local Veteran 40+

(pendaftaran dari bukan Warganegara Malaysia akan dimasukkan secara automatic dalam Kategori Terbuka)

Penyertaan adalah terhad kepada 450 peserta sahaja untuk mengekalkan integriti alam semula jadi. Mendaftar sekarang untuk menjadi peserta-peserta pertama yang menjalankan Trail Tuba. Bagi mereka yang mendaftar antara 10 Disember hingga 15 Januari 2016 akan mendapat harga Super Early Bird RM 160. Mendaftar dari 16 Januari hingga 28 Januari 2016 akan mendapat harga Early Bird RM200 dan mendaftar pada 29 Januari hingga 2 April 2016 mendapat harga standard RM240.

Bagi yang berminat dan ingin tahu maklumat secara terperinci boleh daftar sekarang di laman web facebook.com/tubatrailrun atau https://www.spacebib.com/members/events/view/57 dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM21,000 !

Dekat gambar diatas trail baru sedikit ada lagi mencabar dan pemandangan lagi cantik pun ada. Saja taknak dedahkan hehe. Nak tahu dan rasa sendiri pengalaman seperti ku. Cepat2 lah daftar. hehe. Oh ya. terdapat 4 hotel official untuk TUBA Trail Run ini termasuk hotel baru Adya Hotel Langkawi. Layans.


TUBA


TUBA


TUBA

Day 3

Etw 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Hari ketiga dan merupakan hari terakhir program Eat Travel Write Putrajaya. Putrajaya Food Trail. Ala nak habis dah ke hehe. Bangun pagi macam biasa breakfast di The Everly Hotel Putrajaya dan terus checkout untuk aktiviti seterusnya. Tetapi keadaan tidak dapat dielakkan ku sendiri ada hal yang tidak dapat dielakkan. Harus pergi. Kalau tidak, tak tercapai masa hadapan hehe. Paham2 sendiri lahkan. Tapi selepas aje selesai hal tersebut. Terus ku majlis penutup yang diadakan petang nanti.


Task 9

Untitled


Okay baiklah. Aktiviti pertama yang sepatutnya ku sertai sekali ialah ke Only Mee Putrajaya. Di sana akan ditunjukkan demonstrasi membuat Mee dan Cooking Session hehe.Only Mee. Malaysia's first casual lifestyle noodle chain is fame for its freshly made noodles, serve in a wide variety of the world's popular flavours. Gitu hehe. Di sini Task seterusnya berlangsung. Aduh tak dapat nak sertai hehe.


Untitled


Untitled


Untitled


Bila lihat gambar yang diambil oleh official photographer program kali ini AkuGraphy sangat menarik. Ni nak kena pergi sendiri mencuba. Almaklumlah tak dapat haritu hehe.Only Mee Putrajaya ini terletak di Marina Putrajaya Presint 5. Senang mungkin nak cari tempat ni. Dekat Tasik Putrajaya hehe.


Task 10 & Task 11

Untitled


Untitled


Tempat terakhir sebelum majlis penutupan. Tapak Pasar Tani Presint 2 Putrajaya. Task ke sembilan. Cekodok. Hmmm. selalu makan satu aje cekodok pisang. Bila ke Tapak Pasar Tani ni terdapat lebih kurang 10 jenis cekodok ! Cekodok pisang, jagung, durian, bilis, labu, udang dan lain-lain. Fuh macam nak rasa semua cekodok tu hehe. Gambar Ihsan dari Kak Nannie www.kitepunye.com


Untitled



Untitled


Task 12

Untitled


Akhirnya kita sampai di penghujung penutupan majlis Eat Travel Write Putrajaya di Spring Garden Restaurant. Restoran yang terletak di Taman Botani ini kini ia dikenali sebagai Spring Garden Restaurant menawarkan pelbagai jenis menu dan menu makanan laut terutamanya dengan suasana tenang menghadap tasik.


Etw 3


Untitled


Untitled


Alhamdulillah berkesempatan sampai ke majlis penutup di Spring Garden Restaurant. Rasa pernah sekali aje ke sini itupun ada buat photoshoot sedikit dekat Taman Botani ini. Sempat juga jalan keliling Restoran yang memang berdekatan betul di tepi tasik.

Okay baiklah malam penentu sudah tiba. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah bagi pemenang setiap task yang mereka telah dijalankan. Alhamdulillah pada petang tersebut rezki menang beberapa hadiah berdasarkan task yang diberikan hehe. Terutamanya Task 2 & Task 3 hehe.Disamping menikmati makanan Seafood yang di sediakan oleh pihak Spring Garden Putrajaya. Yang Istimewanya ialah dapat mencampurkan Double Happines Yee Sang.


Untitled


Untitled


Untitled


Etw 3

Okay lah tu rezeki. Amin. Terima Kasih Gaya Travel dan Perbadanan Putrajaya untuk event kali ini. Harap berjumpa lagi di lain masa. -End of Program- Yeay
Day 2

Untitled

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Cahaya mentari di pagi hari sinarnya kaburi pandangan ku ini. Hembusan angin pagi ini membuatkan ku tidak sabar untuk menjalani pengembaraan hari kedua Eat Travel Write Putrajaya Food Trail. Pagi selepas aje breakfast terus bergerak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang terletak di Presint 16 Putrajaya dan hanya 10 minit dari The Everly Putrajaya.


Etw 3 day 2 


Etw 3 day 2


Permulaan di Visitor Complex merupakan satu bangunan yang sangat unik dengan pembinaan tradisional Melayu. Naik sahaja ke pintu Taman Warisan disambut oleh Betel Leaf, Pinwheel Flower dan Lime Trees yang ditanam sepanjang tangga pintu masuk ke Taman Warisan Pertanian. Perjalanan hampir satu jam karena kami berjalan dalam Taman Warisan sambil diberi penerangan tentang tumbuhan-tumbuhan pokok pokok hijau di sini. Banyak ilmu boleh dipelajari karena setiap perjalanan itu akan dilabel dengan nama dan info pokok tersebut.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Barulah kenal mana satu pokok ciku, kopi, mangga, durian dan getah hehe. Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi. Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon, tanaman bermusim dan tidak bermusim, buah-buahan nadir dan dek untuk melihat-lihat.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Sampai dipuncak atas banyak pokok getah dan rumah orang kampong. Sangat cantik pemandangan dan betul-betul kelihatan seperti sebuah dusun pertanian. Wahh terasa seperti di Kampung hehe. Kelegaan dapat dirasa apabila kami dihidangkan dengan air kelapa fresh baru dipetik hehe. Kemudian baru lah demonstrasi proses getah dimulakan. Dari menoreh getah, dikumpulkan dalam bekas bersama asid kemudian dilenyek dengan mesin dan akhir sekali dibakar. Wallah boleh terus hantar ke kedai hehe.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Waktu Operasi setiap hari dari 8:30 am – 5:30pm untuk Dusun dan Complex dari 7:00am – 11:00pm


Task 6

Task


Habis sahaja turun dari Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Di situ juga terdapat Medan Selera atau penanggah yang juga terkenal. Almaklumlah apabila waktu makan tengah hari, ramai orang pejabat ke sana untuk makan tengah hari. Lebih kurang sama dengan Presint 9 punya Medan Selera. Banyak pilihan yang makanan untuk dipilih hehe.


Etw 3 day 2


Okay baiklah Task 6 ialah The best post update on How to get here and what are th specialities will win. Hmmm mini task agak sukar sebenarnya dan sebenarnya bila fahami betul-betul anda boleh jawab dengan senang. Hehe. Contoh. Korang nak datang sini guna helicopter ? parking disediakan dan yang akan menyambut anda adalah pokok-pokok tumbuhan herba. Gituh hehe.


Task 7

Untitled


Selepas aje selepas di Taman Warisan Pertanian. Kami terus ke Cruise Tasik Putrajaya. Ha ini yang nak cerita sebab sebelum ini ku pernah ke sini naik Cruise Tasik Putrajaya makan malam. Fuh terbaik oh makan malam kat situ hehe. Tapi kali ini merasa menaiki Picnic Boat! Kita sendiri akan mengemudi boat piknik tersebut. Bayangak berkelah atas piknik boat sambil menikmati pemandangan sekeliling Tasik Putrajaya.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Suatu pengalaman yang awesome dan tidak dapat dibeli mana-mana. Tambahan mendapat team mate yang sangat sporting dalam menjalankan task ini. Masing-masing ada gaya tersendiri dan ku bersyukur dapat mengenali mereka semua. Macam cari angle dan posing masing untuk mencari gambar yang terbaik hehe. Nasib ada gopro. So eazy. Tak lupa juga magkuk tingkat Tiffinayan yang mudah bawa makanan ke mana sahaja.


Astaka Morocco

Etw 3 day 2


Astaka Morocco terletak di Taman Botani di bahagian utara Presint 1. Ini adalah salah satu tarikan yang anda mesti dilawati di Putrajaya. Peremba Construction Sdn Bhd diberi kepercayaan untuk menjadi kontraktor untuk menyelia projek siap dan siap dalam tempoh setahun pada bulan September 2003.

 Dalam mencipta Maghribi suasana untuk babak kontemporari, Astaka Morocco, bakal menjadi satu mercu tanda yang terkenal di Putrajaya, mempamerkan Maghribi dan Moor seni bina yang unik, yang kebetulan dipercayai pertama seumpamanya di rantau ASEAN.Tukang mahir Maghribi juga telah dibawa masuk untuk sentuhan akhir untuk mewujudkan corak geometri terperinci dan rumit, yang sebahagian daripada bangunan itu, ciri-ciri gaya Islam dan warna.


Etw 3 day 2 


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2

Tukang mahir tersebut mempunyai kepakaran dalam seni bina zellij, gypsum plaster dan kerja kayu. Komponen-komponen ini menentukan Astaka Morocco dan seni bina yang unik. Tetamu yang berjalan ke dalam Astaka Morocco pasti akan terpesona dengan tiang melengkung, alang siling dan pintu kayu halus diukir dan berasa seolah-olah mereka telah diangkut ke tetapan biasa daripada bandar-bandar yang penuh hiasan yang terkenal di Maghribi.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2



Task 8

Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Selesai aje menaiki Piknik Boat di Cruise Tasik Putrajaya dan melawat Astaka Morroco, balik ke Hotel sebentar berehat almaklumlah hampir seharian berada di luar. Ku sampai tertido juga sempatlah dalam 2 jam tidur hehe. Malam kedua kali ini makan malam di Umai Café Putrajaya yang terkenal dengan Nasi Goreng Umai yang sangat sedap itu. Umai Café ini terletak betul-betul di tepi tasik Putrajaya berdekatan dengan Monumen.

Ada juga task kami di sini yang perlu diselesaikan hehe. Selepas aje menikmati makan malam buffet yang disediakan oleh Umai Café ini. Sedap okay hehe. Tasknya ialah perlu menyediakan cekodok goreng. Dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menyediakan dan memasak cekodok ini. Tapi sebelum itu, demo cara membuat cekodok dan cara masakan dibuat oleh Tuan Punya Umai Café ini. Terbaiklah sangat sedap hehe.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2

Alhamdulillah team kami dikelilingi oleh orang yang pakar dalam bidang masakan. Almaklumlah semua wanita dan mak-mak gitu hehe. Percubaan membuat itu memang senang hanya masuk pisang dan tepung serta sedikit gula. Tapi apabila menggoreng harus berhati-hati jangan sampai hangit. Setelah selesai semuanya dan merasakan masakan kami sendiri. Not bad hehe. Tapi bukan rezeki memihak kepada kami pada malam itu. Team lain yang menang. Lagi sedap kot. Hehe.

-End of Day Two-