Followers

Selamat bercuti 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2015. ku berpeluang ke rumah terbuka SelamatBercuti.com di Stesen Bersepadu Selatan Kuala Lumpur. selamatbercuti.com baru baru ini telah melancarkan laman web terbaru mereka di alamat yang juga digunakan untuk jenama pakej percutian mereka iaitu selamatbercuti.com. Laman web terbaru ini kini lebih mesra pengguna dan komprehensif dengan pelbagai pakej menarik.

Menawarkan pelbagai pakej pelepasan harian, mingguan, dan bulanan pada harga yang sangat berpatutan ke destinasi destinasi yang menarik. Antara destinasi pilihan ialah seperti pakej ke Eropah (4 Negara dan 6 Negara), Turki, Korea Selatan (27 Tarikh untuk Musim Sejuk 2015), Indonesia, Vietnam, China, Australia dan banyak lagi.

Selain daripada itu, pakej tour sahaja (tanpa tiket penerbangan) juga merupakan kekuatan selamatbercuti.com. Menampilkan lebih daripada 250 pakej untuk kumpulan kecil dan besar, ianya sesuai untuk pelbagai jenis percutian bersama kawan dan keluarga, mengikut bilangan hari & destinasi percutian.

Semua pakej yang ditawarkan oleh selamatbercuti.com adalah pakej Muslim, dengan makanan halal disediakan sepanjang tempoh melancong. Mereka turut menawarkan peluang untuk sesiapa yang passionate tentang travel untuk menjadi sebahagian dari mereka dengan menyertai


Selamat bercuti


Selamat bercuti


Selamat bercuti 


Program Freelance Agent yang ditawarkan. Anda akan diberikan komisyen yang lumayan untuk setiap tetamu yang memilih selamatbercuti.com untuk mengatur perjalanan mereka. Sebagai contoh, freelance agent secara purata dapat mencari 15-20 peserta sebulan dan memberi pendapatan sampingan di antara RM750-RM1000 sebulan.

Untuk tempoh terhad sahaja, selamatbercuti.com juga mengadakan peraduan cabutan bertuah dia website. Anda hanya perlu tinggalkan nama, email dan nombor telefon di laman web dan anda berpeluang memenangi tiket penerbangan ke destinasi terpilih. Jom ramai-ramai terjah laman web selamatbercuti.com 

Friday, August 21, 2015

Keenakan Susu Kambing Segara Baraka

Baraka 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2015, Sabtu yang lalu ku berpeluang ke sesi perkongsian produk Susu Kambing Segera Baraka terletak di tempat santai Plaza Damas, Sri Hartamasa. Alhamdulillah dengan cuaca berangin dan mendung lagi membangkit suasana sejuk karena tidak terlalu panas boleh meneruskan program dengan jayanya hehe. Sebelum ke sana ku sendiri telah membuat ulang kaji sedikit tentang produk yang bakal diperkenalkan kepada kami dan merasainya sendiri rasa Susu Kambing Baraka ini. 

Okay baiklah, ku sendiri sebenarnya dibesarkan dari lahir dengan minum susu kambing, almaklumlah anak sulung dan pada masa itu Bonda muda dan tiada susu badan lagi. Semua sedia maklum bahawa susu kambing amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sememangnya susu kambing menawarkan jumlah kalsium yang tinggi dari susu biasa. Dengan pengambilan susu kambing yang teratur, akan dapat membantu mencegah kereputan tulang (osteoporosis), dapat membekalkan tahap tinggi protein dan asid amino dalam badan.


IMG_7357


Susu kambing adalah susu kurang lemak dan secara tidak lansung ianya akan dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan rasa lapar. Susu kambing mempunyai komponen molekul paling dekat dengan susu ibu dan ianya akan lebih mudah dicerna dan diserap di dalam badan manusia berbanding susu lembu. Okay patutlah Ayahanda belikan susu kambing untuk ku masa baby-baby dulu hehe.

Tapi persepsi orang diluar sana tentang susu kambing ialah ada sedikit bauan hamis. Ku sendiri tidak tahan dengan bauan kambing sehinggakan daging kambing yang special dipanggang pun ku tidak lalu nak makan hingga habis disebabkan bau kambing tak mandi ni haha. Hasil dari pemerhatian dan pengalaman dalam pembekalan barangan kesihatan, kelengkapan perubatan dan penyelidikan kepada hospital di seluruh negara telah mendorong Mozac Medicare Sdn. Bhd. untuk mengeluarkan produk berasaskan susu kambing dibawah penjenamaan BARAKA.


IMG_7371 (1)


IMG_7376


Kalau untuk pengetahuan kalian, Susu Kambing Baraka telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu. Terdapat dalam bungkusan pek percubaan dan pek 650g. Ku sendiri mencuba beberapa pek Susu Kambing Segera ini, antaranya menjadi kegemaran ialah Susu Kambing Segera dengan Kolagen dan perisa coklat. Sedap, enak dan tiada bau hamis. Lagi-lagi apabila diberi sekali shaker dan kemudiannya letak dalam peti sejuk beberapa minit. Mesti sedap dapat minum susu kambing yang telah di shake dan dminum sejuk. Okay nak cuba buat kejap lagi hehe.

Bagi memberi rasa yang lebih enak dan mudah diminum oleh semua, Susu Kambing Baraka menyediakan perisa asli, Strawberi dan juga coklat. Susu kambing ini sesuai diminum oleh semua lapisan, dari peringkat kanak-kanak 2 tahun keatas, dewasa dan juga oleh orang-orang tua. Terdapat juga Susu kambing Baraka dengan campuran kolagen dapat membantu mengekalkan kecantikan semulajadi bagi keanjalan dan pertumbuhan kulit baru kulit secara semulajadi.


Baraka 


Baraka


Baraka


Ku rasa mesti ramai yang tertarik dengan produk Kolagen. Almaklumlah semua nak nampak muda dan cantik kan ? Kolagen secara amnya dapat memperlahankan proses penuaan dan menambah ketegangan pada kulit. Minuman strawberi dengan kolagen (Baraka Beauty Drink) pula di formulasikan bagi mereka yang sentiasa ingin kelihatan anggun, menawan luaran dan dalaman. Produk ini adalah pilihan yang terbaik bagi yang mahu mengurangkan berat badan kerana dengan pengambilan secara tidak lansung produk ini akan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.

So jangan pandang rendah tentang kebaikkan susu kambing ini okay. Susu kambing secara tradisinya telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyuburkan dan menjana sistem saraf. Susu Kambing juga sangat padat dengan khasiat semulajadi kerana mempunyai mineral penting, vitamin B12, protein dan kalium dalam mengekalkan sistem pertahanan badan yang kuat dan berfungsi dengan betul.

Semua produk keluaran MOZAC Medicare Sdn. Bhd. adalah HALAL dan diperakui oleh Jakim. Semua produk keluaran syarikat juga telah disahkan oleh MeSTi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan harga dari RM24.00 hingga RM30.00 bagi setiap pek percubaan yang mana pembelian hanya di atas talian sahaja manakala pek 650g dari harga RM55.00 hingga RM76.00 boleh dibeli di seluruh rangkaian pasaraya Giant, Cold Storage dan juga Mercanto diseluruh Semenanjung Malaysia, pasti Susu Kambing Baraka akan menjadi kegemaran bagi seisi keluarga anda

Facebook : http://www.facebook.com/barakashoppe
Instagram : @barakashoppe

  IMG_7415

Thursday, August 20, 2015

Beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow

GOPR1582 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun Syawal telah pun meninggalkan kita beberapa hari yang lalu, ku disini tetap juga mahu update story semasa beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow yang dianjurkan oleh Hai Blogger. Terima kasih karena memberi peluang dapat bersama Tudia! Char Kuey Teow dan Hai Blogger ini hehe. Rasanya Char Kuey Teow ini menjadi menu kegemaran ramai bukan? Ku sendiri pergi open house yang lain ramai aje yang berbaris demi mendapatkan Char Kuey Teow mereka. Almaklumlah masak depan mata kan. Mestilah sedap di makan panas-panas.

Okay baiklah, menu Char Kuey Teow kali ini lain macam sedikit, bukan sedikit tapi banyak karena belum pernah lagi ku rasa menu Char Kuey Teow yang betul-betul sangat special. Selalunya Char Kuey Teow special hanya tambah udang atau telur mata, tapi kali ada tambahan sedikit iaitu Ketam besar fresh punya ! pertama kali ku merasa Char Kuey Teow yang sangat special ni. Makan dengan Ketam ! hehe


Tudia! Char Kuey Teow


Tudia! Char Kuey Teow ini berlokasi di Putra Height Subang sambil kita beraya bersama hai blogger! dapat la juga beraya bersama dengan blogger-blogger lain kan setelah selalu beraya bersama keluarga dan sanak-saudara. Kalau kalian lihat sendiri gambar Tudia ! Char Kuey Teow bersama ketam mesti sangat terliur ye. Lagi-lagi apabila dimakan masa lepas baru masak panas-panas. Jangan risau Ketam yang dihidangkan ini dah disiap kopek supaya untuk memudahkan makan. Kalau nak sampai menjilat jari pun boleh hehe.

Dengan rasa Char Kuey Teoy yang begitu enak ditambah pula ketam besar lagi menambah selera ku untuk merasa. Dengar kata Owner atau Tuan Rumah rahsia kesedapan Char Kuey Teow ini adalah sos kuah itu sendiri. Makin pekat makin sedap. Almaklumlah orang sekarang nak fikir untung aje dan tidak fikir kesedapan dan kepuasan makanan dengan menjimatkan kos tambah air dalam sos yang makin mencair. Tak sedaplah gitu hehe.


Tudia! Char Kuey Teow


Tudia! Char Kuey Teow


Walaupun suasana hujan renyai-renyai beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow dan Hai Blogger. Tidak mematahkan semangat kami untuk sabar menunggu merasa Char Kuew Teow Ketam yang special ini. Selain dengan ketam, tudia! char kuey teoy menyediakan menu lain seperti Char Kuey Teow Sotong, udang dan Char Kuoy Teow goreng ye bagi mereka yang kurang menggemarkan masakan seafood ini.

Ditambah pula dengan kehadiran artis jemputan yang ku kenali ialah Sakura Band yang terkenal dengan lagu baru mereka Melepaskanmu. Memang ku, blogger dan peminat yang hadir menantikan kehadiran Sakura Band ini ke Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights Subang. Sakura Band yang ku kenali lebih rapat semasa program ke Taiping. Tidak sombong dan begitu humble melayan telatah kami .


Tudia! Char Kuey Teow


Sakura Band mempersembahkan dua lagu pada masa itu antaranya lagu raya dan lagu popular mereka Melepaskanmu. Walaupun dalam keadaan hujan, Sakura Band tetap perform lagu dengan sempurna. Kami juga turut serta bernyanyi untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut. Patutlah hujan lebat ada suara sumbang di situ haha.




Masa kami sedang bergembira beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow dan Hai Blogger. Rupanya aktiviti kami dirakam oleh krew Reezqi Cinematography. Jom lihat video hasil shooting kami hehe.
Kalau mahu ke sana, Boleh guna Waze : Petron Putra Height. Alamat : Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
GOPR1657 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berbalik kepada entry yang lepas, selepas aje kami menonton show Superstars of Magic 4 di Genting International Showroom. Masa yang dinantikan ialah makam malam. Kami di bawa ke sebuah Restoran Seafood yang terletak di Level 1 Resort Hotel yang beroperasi setiap hari dari pukul 12.00p, hingga 2.45pm untuk waktu makan tengah hari dan 6.00pm hingga 10.00pm untuk makan malam. Restoran Seafood ini boleh memuatkan seramai 256 orang.

Kalian boleh menikmati keseronokkan yang menyegarkan daripada membuat sendiri masakan yang anda inginkan di restoran Resort Seafood bersama rakan dan keluarga. Rasai pengalaman di Restoran Seafood yang luas, relaxing, masak bersama dengan yang tersayang sama ada cepat mahupun lambat. Penyediaan hotpot di atas meja ikut suka anda sendiri untuk memasak bagaimana di atas Genting Highlands ini.


GOPR1660


Okay baiklah, sebagaimana pengalaman ku sendiri memasak di Restoran Seafood ini dengan penyediaan pelbagai makanan Seafood yang boleh di masak adalah sangat menyeronokkan dan menyelerakan terutama bersama kawan-kawan yang lain. Mesti ade sahaja menu steamboat yang mereka pilih untuk dimakan. Ku join saja ikut mereka. Semuanya sedap-sedap belaka. Sup steamboat dengan pelbagai pilihan, tapi semestinya memilih yang halal untuk di makan. Terima kasih kepada Chef Lai Kok Yeow dan team beliau.

Sebanyak lebih kurang 20 jenis sos yang segar disediakan setiap hari. Daripada sos tiram, chili hijau, sos bbq, sos chili dan sebagainya mengikut kesedapan rasa lidah anda sendiri untuk rasa sos itu lebih 'Kick' lagi hehe. Tatkala kalian tidak boleh mengelak dari godaan makanan steamboat seperti daging, makanan laut, sayur-sayuran, cendawan, beberapa fish ball dan fish cake, lamb ribs,ikan dan mee yang di masukkan di dalam periuk steamboat. Ummph sedap.


GOPR1663


GOPR1662


GOPR1661


GOPR1664


Resort Seafood menu ditawarkan dari harga RM108 hingga RM638 nett antara 2 hingga 8 orang antara ahli atau bukan ahli. Kalau mahu ala carte pun boleh dan harganya oleh setiap item yang di minta. Selain itu, untuk membuat casual fine dining occasion di Resort Seafood pun boleh. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus call di talian 03-61011118.

Steamboat adalah tempat semua tentang meneroka masak dalaman anda dan membiarkan persahabatan berkembang. Tidak ada tempat yang lebih baik untuk melakukan kedua-duanya hanya di Resort Seafood Genting Highlands.
11755171_1616360238639660_2390983436626122804_n 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) telah mengumumkan yang Malaysia akan menganjurkan BioMalaysia & ASEAN Bioeconomy Conference & Exhibition event pada 17 - 19 August 2015, di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Dengan kerjasama bersama Malaysia‘s Chairmanship of ASEAN 2015, MOSTI dan BiotechCorp berkerjasama sekali lagi dengan peserta-peserta dari ASEAN & industri Bioteknologi di BioMalaysia 2015.

"Tahun ini kita akan melihat perubahan yang lebih banyak dalam Biomalaysia 2015. Salah satu perubahan yang ketara ialah kerjasama dengan ASEAN Bioeconomy, yang akan mendorong perubahan dalam industri berasaskan bioteknologi dan memberi faedah lebih banyak kepada semua." - Dato‘ Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

BioMalaysia & ASEAN Bioeconomy Conference & Exhibition ni dah established itself as one of the key meeting points untuk industri professional dalam negara. Dah bertahun-tahun ni, event ni berterusan menjadi platform untuk melahirkan idea-idea baru, penyelesaian yang lebih praktikal dan kerjasama yang efektif untuk peringkat peserta-peserta Malaysia dari industri bioteknologi dan juga peringkat global.


  11659296_1613201002288917_6918592545078101059_n


Event yang akan berlansung selama 3 hari di PWTC, KL ini dijangkakan akan menerima 10,000 trade visitors, 250 exhibitors termasuk dari Gulf Cooperation Council (GCC), Multi-national Corporations (MNCs), badan-badan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan. GCC ni apa? GCC is a political and economic alliance yang terdiri daripada enam negara Middle East; Saudi Arabia, Kuwait, the United Arab Emirates, Qatar, Bahrain, and Oman.

Dengan kerjasama daripada Small and Medium Enterprises (SMEs) dan 10 negara ASEAN; Malaysia, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Singapore, Thailand, Vietnam dan Philippines, exhibitors akan showcase their best and most innovative products & services, membuka peluang business dan macam-macam lagi. Speakers dari pelbagai company yang besar dan sukses juga akan berada di sana untuk share rahsia kejayaan, tips, dan ilmu-ilmu dalam industri ni dalam conference yang akan berlangsung selama tiga hari. Antara speakers yang akan hadir adalah:


  11822492_1621150401493977_6027785980488479723_n


11701149_1620562461552771_3921974637675296109_n


11737891_1618821445060206_4122758435703072828_n


11227383_1619109278364756_2967812685696631144_n


 Menarik bukan? mari kita beramai-ramai ke Biomalaysia & ASEAN Bioeconomy Conference & Exhibition 2015 yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Ogos 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang event ni boleh terus ke website mereka di www.biomalaysia.com.my.
GOPR1646 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada beberapa minggu yang berkesempatan ke Genting Highland lagi untuk aktiviti Behind The Scene Tour dan Superstars of Magic 4. Behind the scene tour ini adalah salah satu aktiviti memaparkan bagaimana aktiviti operasi hotel yang dilakukan setiap hari untuk keselesaan kalian. Sebelum ini ku pernah menyertai aktiviti Behind The Scene tour ini. Kalian boleh tekan link ini --> Behind The Scene Tour untuk maklumat lebih lanjut. Kadang kala ada juga beberapa aktiviti yang berubah bergantung kepada pihak penganjur. Dapat Sijil Okey hehe


Okay baiklah, berbalik kepada cerita Superstars of Magic 4 ini yang telah bermula di Genting International Showroom dari 10th Julai 2015 sehingga 25th Oktober 2015 setiap hari Isnin hingga Jumaat (8pm) dan Sabtu (4pm & 8pm) serta Ahad (4pm). Superstars of Magic 4 ini merupakan tahun ke - 4 mereka mengadakan show di Genting Highland dengan berlainan magician. 7 ahli magic bertaraf dunia.


IMG_1580


Seperti tema tahun ini Magic of the East Meets West. Kali ini bukan hanya semata-mata magic, adalah juga diselitkan dengan magic dan teknologi. Magician yang pertama ialah Alana Moelmann yang merupakan generasi terbaru dalam bidang magic ini. Alana Moelmann melakukan magic dengan mengeluarkan tangan manusia hidup keluar daripada jaket beliau yang merupakan tangan beliau sendiri sebanyak 6 tangan ! macam mana tu ? 6 tangan keluar sekali hehe


IMG_1567


IMG_1553


Seterusnya ialah Jeff Lee dari Taiwan merupakan pemenang award celebrity yang pernah perform di television dan modern music. Jeff dengan sukacitanya menggembirakan penontonnya dengan cepat mengambil sesuatu daripada tv beliau.



IMG_1667


IMG_1687


Ted Kim dari Korea pula merupakan magician yang menggunakan LED projector teknologi dan mapping teknologi untuk membuat persembahan. Pada mula kalian pasti tidak akan perasan beliau menggunakan apa seperti contoh menukar warna baju dengan masa yang pantas. Beliau banyak menggunakan watak dalam video game music  yang terkenal seperti Super Mario Brothers. Tidak hairan lah Ted merupakan pemenang antara generasi termuda.



IMG_1620


IMG_1618


Rakan senegara Ted Kim iaitu One Gun merupakan magician yang terhangat di Korea. Beliau melakukan magik dengan menggunakan T-shirt. Kalian pasti akan terpukau dengan persembahan One Gun ini karena beliau akan menukar banyak kali pakaian berlainan warna begitu sekelip mata sahaja. Manalah dia dapat baju banyak tu kan ? Itulah namanya magik hihi.



IMG_1656


IMG_1639


IMG_1700


IMG_1591


IMG_1535


Ahli silap mata terkenal dari Amerika Syarikat  Joseph Gabriel dan Jay Mattioli, Joseph Gabriel yang terkenal dengan the Godfather of  Dove Magic. dan Jay Mattioli pula merupakan celebrity magician  dan merupakan finalist dalam rancangan top 10 America's Got Talent. Wow ! dan akhir sekali ialah Shawn Farquhar dari Canada.

Mari ramai-ramai naik ke Genting Highlands untuk menonton Superstars of Magic 4 di Genting International Showroom karena show sebegini tak pernah dipertontonkan lagi di Malaysia ye. Tiket boleh di dapat dari harga RM248 (VIP), RM148 (PS1, RM98 (PS 2) untuk dewasa sementara untuk kanak-kanak pula ialah dari RM98 (VIP), RM68 (PS1) dan RM48 (PS2). dapatkan tiket anda sekarang hehe.
GOPR1112 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau kalian masih ingat lagi ku pernah post entry fasal Serai Wangi yang dapat menghalau serangga-serangga perosak yang ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Setelah hampir sebulan ku menggunakan produk AFY Haniff Serai Wangi ini, sedikit sebanyak ku ingin menceritakan pelbagai pengalaman setelah menggunakan produk Serai Wangi ini. Masalah utama yang sering dihadapi ialah serangga perosak di dalam rumah. Almaklumlah kita pun mahu tinggal selesa dekat rumah kan ?



Afy Haniff Serai Wangi


Okay baiklah, produk yang pertama ku guna ialah Herbal Crockroaches Repellant yang berwarna merah mempunyai 6 biji. Ku menggunakannya di letakkan di belakang bonet kereta, karena situ mungki tempat lipas suka berkeliaran. Almaklumlah masa haritu gotong-royong angkut baju recycle dan tak perasan mungkin ada lipas yang mengikut dan membiak dalam kereta haha. Mestilah tidak selesa dengan kehadiran serangga perosak ini. 

Apabila letak sahaja salah satu biji Herbal Croackroaches Repellant ini secara naturalnya satu kereta kalian akan berbau harum Serai Wangi tapi takde lah kuat sangat baunya. Tapi yang paling ketara ialah kalian akan dapat lipas-lipas kecil akan berkeliaran keluar dari dashboard, ruang-ruang kecil kereta. Ini karena serangga perosak seperti lipas ini tidak tahan bau serai wangi dan ingin pergi jauh dari bauan ini. Dari situ dapat menghalau serangga perosak dan kereta kembali bersih tanpa hidupan lipas-lipas hehe. 


GOPR0981


Produk yang kedua pula ialah Pelita oleh Afy Haniff Serai Wangi yang hanya memerlukan bekas kaca ataupun apa2 bekas untuk letak air. Kemudian letakkan minyak pelita ini, jangan risau karena ianya disertakan sekali sumbu gabus terapung untuk menyalakan api. Ku menyalakan api yang telah diletakkan minyak pelita serai wangi ini hampir setiap malam diruang mana terdapat banyak serangga perosak seperti lipas selalu berkeliaran. 

Alhamdulillah dengan hampir penggunaan setiap hari dapat mengurangkan lipas yang berkeliaran di dalam rumah terutamanya di bahagian dapur yang selalu merosakkan makanan-makanan. Selalu apabila buka aje lampur dapat nampak begitu banyak lipas lari berkeliaran masuk untuk menyorok di celah-celah. Kali ini minta maaf la ye lipas tak dapat diselamatkan. Selamat tinggal serangga perosak terutamanya lipas.



Afy Haniff Serai Wangi


Produk seterusnya ialah Pewangi Serai Wangi yang boleh digantung di mana sahaja. Kali ini ku memilih pewangi serai wangi untuk digantung di dalam bilikku sendiri. Almaklumalh bilik ku ni selalu menjadi serangan nyamuk-nyamuk. Ini karena ku tinggal di kawasan yang banyak juga pokok-pokok tinggi menimbun di kawasan apartment 5 tingkat. Ku tinggal di tingkat 3, di bilik ku sahaja pokok sudah tinggi tumbuh di berhampiran tingkap di bilik ku. Dari situ ku rasa nyamuk boleh naik sehingga masuk dalam bilik dan rumah.

Almaklumlah rumah apabila malam menjelma akan menjadi sangat panas, mestilah nak buka tingkap bagi malam sejuk masuk dan dari situlah nyamuk masuk. Bermalam lah ku dengan nyamuk haha. Itulah sebabnya ku gantung betul2x di tepi tingkap di mana tempat masukknya nyamuk. Ternyata seekor nyamuk pun tak berani masuk dan gigit. Sekarang ini perlu berjaga-jaga dengan demam denggi yang sangat berleluasa sekarang.



Afy Haniff Serai Wangi


Herbal Rats Repellant ini memang perlu ada di setiap rumah untuk menghalau tikus-tikus yang setiap malam akan "bekerja" mengigit barang-barang dan makanan-makanan yang ada dirumah anda. Kadang kala tikus ini juga membawa penyakit merbahaya dan haruslah kita mengelakkan dari perkara-perkara yang tak diingini terjadi. Cukup mudah hanya letak satu atau dua biji herbal rats repellant ini mengikut kebesaran kawasan rumah anda dan dapat menghalau tikus dari datang dan membiak.



Afy Haniff Serai Wangi


Afy Haniff Serai Wangi


Produk yang terakhir ku guna dan mempunyai persamaan ialah Sprayer Serai Wangi dan Pekatan Herba Serai Wangi yang digunakan untuk membersihkan lantai, cermin tingkap  dan lain-lain. Tapi yang unikknya produk ini sangat mudah digunakan karena ianya tidak perlu dibilas kembali selepas menggunakannya. Bauan segar dapat mengelakkan dan menghalau serangga perosak daripada hadir di dalam rumah anda.

Kesimpulannya disini ku sangat berpuas hati menggunakan produk Afy Haniff Serai Wangi ini dan ku yakin mesti diantara kalian telah menggunakan produk ini dan tahu sejauh mana keberkesanan serai wangi. Almaklumlah apa yang berkaitan dengan lemongrass atau serai wangi ini pasti akan berkaitan dengan menghalau serangga perosak. Terima Kasih Afy Haniff Serai Wangi. Produk ini boleh didapati di senarai yang tertera di dalam gambar di bawah. 


Untitled