Followers

Monday, June 29, 2015

Ramadhan Buffet Selera Desa

GOPR0764 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 22 Jun 2015 yang lalu ku berpeluang berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bersempena dengan majlis pelancaran Buffet Ramadhan oleh AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk membantu masyarakat setempat serta hotel's corporate supporters. 

Pelancaran Buffet Ramadhan Selera Desa ini bermula seawal 3 petang dengan masak secara bergotong goyong tradisional Bubur lambuk di perkarangan hotel. Bubur yang lazat dan baru disediakan kemudian dibungkus dan diedarkan kepada lebih 700 orang awam yang berada disekitar hotel AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. 

Menurut Pengurus Besar Hotel, En, Shah Azam Khan 'Memasak secara langsung dan pengagihan Bubur Lambuk merupakan satu amalan yang mulia dan telah menjadi tradisi Hotel ini menyediakan Bubur Lambuk hampir setiap tahun 16 tahun lamanya dan beliau berharap untuk mengekalkan tradisi ini untuk bertahun tahun yang akan datang. 


_DSC2038


_DSC2050


Program Ramadhan seterusnya di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur meneruskan penganjuran berbuka puasa untuk 40 kanak-kanak dari Kasih Nurul Hasanah, Ukay Heights. Selepas berbuka puasa, Pengurus Kanan UDA Holdings menyerahkan duit raya dan baju raya kepada setiap anak-anak yatim yang hadir. 


GOPR0773


The Hotel Saffron Brasserie adalah tempat yang sesuai untuk berbuka puasa di mana Melayu Chef di hotel, Makcik Mariam dan Chef Pastri itu, Syukri akan mempamerkan koleksi mereka hidangan tradisional Melayu halus dan kek dengan hanya menggunakan bahan-bahan segar, dimasak mengikut-bila masa resipi dahulu kala.


The 'Selera Desa' Ramadan Buffet mempunyai lebih daripada 120 hidangan termasuk gerai ala kampung yang menawarkan makanan kegemaran tradisional seperti Cucur Udang, Apam Balik, Nasi Kerabu dan Satay. Kepakaran Chef Mariam termasuk Rendang Itik & Rendang Burung Puyuh dihidangkan dengan Nasi Briyani.


GOPR0771


GOPR0762


GOPR0761


GOPR0760


GOPR0759


GOPR0758 


GOPR0756


GOPR0755


GOPR0753


GOPR0754



GOPR0752



GOPR0751



GOPR0750



GOPR0745


Yang tidak boleh dilepaskan adalah Stesen Bakar Ikan, di mana seseorang akan mendapati pelbagai makanan laut panggang dan daging dihidangkan dengan pelbagai harga rendah tempatan dan sos. Adakah menjimatkan ruang untuk pilihan yang luas Chef Syukri itu kek dan masakan tradisional Melayu.

Hidup persembahan muzik Ghazal juga menambah suasana nostalgia berbuka puasa di kampung bersama keluarga dan rakan-rakan. The 'Selera Desa' Ramadan Buffet dihidangkan setiap hari dari 22 June to 16 Jul 2015 18:30-22:00. Berharga hanya RM65.00nett (Dewasa) & RM45.00nett.For further information and reservations, please call: (03) 2026 6060 ext. 7901 or 7902.
GOPR0788 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini ku ingin berkongso satu tempat berbuka puasa yang sangat indah, tenang dan romantiknya. Rasanya ramai yang tahu nama tempat ini sebelumnya Bora Asmara, nama terbaru sekarang ialah Asmara Penchala by Felda D'Saji. Felda D'Saji? Asmara Penchala kini diuruskan oleh Felda D'Saji mungkin ramai yang biasa makan-makanan D'Saji yang enak terutamanya D'Saji di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Kini boleh di dapati di Asmara Penchala Sungai Penchala. 

Lokasi Asmara Penchala ini terletak di Kg Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur tidak jauh daripada Highway LDP. Sampai sahaja di bangunan membeli belah One Utama atau The Curve ikut sahaja signboard Kg Sungai Penchala dan memerlukan U-turn terus sahaja sudah sampai di Asmara Penchala. Kalau tak tahu lagi ? betul-betul terletak di belakang Showroom kereta 'Porshe' seberang One Utama hehe. 

Ku pernah beberapa kali ke sini dan Alhamdulillah tak pernah sesat. Apabila tiba di Asmara Penchala ini ku perasan ada beberapa perubahan dari dahulu seperti tempat makan malam di gazebo luar yang dihias untuk sesiapa yang perlukan privasi ketika makan atau berbuka puasa. Tak lupa juga gazebo khas candle light dinner untuk anda mahu suasana romantik pada malam tersebut hehe. Pintu gerbang dan juga gong di sambut di hadapan pintu masuk dengan penuh romantik. 


GOPR0786


GOPR0785


GOPR0787


GOPR0790


GOPR0791


GOPR0792


GOPR0798


Di waktu malam suasananya amat berbeza dari siang, apabila malam suasana menjadi lebih tenang dan tempat cantik penuh romantik. Asmara Penchala ini berkonsepkan Melayu Tradisional dan makanan-makanan buffet ramadhan yang dihidangkan sangat istimewa lebih 70 jenis hidangan makanan yang dihidangkan. Almaklumlah Asmara Penchala by Felda D'Saji yang menghidangkan makanan ini. Mestilah sedap. 


GOPR0816

Sambal Hitam

Seperti contoh menu yang disukai ramai ialah Sambal Hitam Pahang, susah nak jumpa restoran lain sediakan sambal hitam ini. Menu lain seperti Nasi Beriani Gam, Daging Masak Blackpepper, Ayam Masak Merah, Udang Masak Merah, Telur Itik, Kuih - Muih dan lain-lain. Gerai-gerai makanan pun ada seperti Noodle Station, Ikan Bakar, dan yang paling best dekat sini ada khidmat Wafi Ais Krim Machine, lagi-lagi apabila berdekatan dengan Gerai Ais Batu Campur, memang ABC letak Ais Krim dipuncaknya. Hmmm sedap hehe. 


GOPR0793


GOPR0794


GOPR0815


GOPR0814


GOPR0813


GOPR0812


GOPR0811


GOPR0810


GOPR0809


GOPR0808


GOPR0806


GOPR0805


GOPR0804


GOPR0803


GOPR0802


GOPR0801


GOPR0800


Disini kalau anda mahukan kesejukkan dan keselesaan untuk menikmati makanan dengan ruang yang luas ada ruangan beraircond untuk anda. Dalam Asmara Penchala ini diserikan taman-taman yang menarik tambahan hiasan pokok yang menenangkan dan cantik. Terasa mahu lepak lama di situ menikmati makanan dengan tenang. Tak lupa surau yang besar dan selesa disediakan 


GOPR0797


GOPR0796


Kalau mahu membuat tempahan boleh call terus di No telefon 03-26988302 atau 016-2621500. Boleh terjah Fanpage Felda D'Saji (official) dan website http://www.ramadhanbuffet.com untuk tempahan. Asmara Penchala terletak di Lot 2933, Kg Sungai Penchala, Off Jalan Damansara 60000, Kuala Lumpur Malaysia. GPS Coordinate 3'9'35" N 101'37'16"E. Disini harga fixed untuk Buffet Ramadhan hanya RM 59.00 untuk dewasa dan RM 35.00 untuk kanak-kanak. Jom sambil berbuka puasa sambil menikmati ketenangan taman Asmara Penchala. 

LAYANS
(>_<)


GOPR0820


GOPR0823

Akar Kita Zapin 2015 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada awal bulan Mei 2015 ku berkesempatan bersama dengan media lain untuk Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 yang tempat perasmian dan permulaan jelajah ini bermula di AEON Mall Taiping Perak selaku penaja utama lokasi program ini. Pengembaraan kami bermula selama 3 hari 2 malam untuk Akar Kita Zapin 2015 ini. Banyak program menarik disamping aktiviti utamanya ialah Pertandingan Zapin .

Program Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 ini dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta telah mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Express - SPE selaku bas rasmi untuk Jelajah AEON Akar Kita Zapin 2015 ini. Tidak lupa juga media rasmi Mingguan Malaysia, radio internet Rasmi Kopstar.FM, konvoi merdeka oleh Perdana Group 1 Malaysia & Brotherhood Bikers Club.


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Perjalanan kami dari Kuala Lumpur amat mencabar karena mengambil masa lebih kurang 12 jam dari Kuala Lumpur ke Taiping karena tarikh kami bertolak pada cuti umum 1 Mei 2015 merupakan cuti hari bekerja. Memang di highway Utara Selatan penuh dengan kereta orang nak balik bercuti bersama keluarga. Ku terasa seperti balik raya pulak dengan kenderaan banyak dan waktu yang ambil begitu lama. Nasib bersama media dan artis di dalam bas yang begitu sporting dan meriah sepanjang perjalanan kami. 

Okay baiklah, Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 ini objektif utama jelajah ini diadakan adalah untuk mengimbau kembali budaya seni tradisional negara yang terdahulunya sangat terkenal oleh golongan anak zaman muda remaja dahulu dan mencungkil bakat-bakat anak muda . Terdapat 22 buah acara yang diselitkan dalam program Jelajah AEON Akar Kita Zapin 2015 ini . 


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Jelajah ini dimualakan dengan Pertandingan Zapin Mania selaku acara utama telah menyaksikan persaingan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana, Lasykar Tari, Lantera Mutiara dan Destar Lima dimana akhirnya Kumpulan Lasykar Tari memenangi pertandingan bagi Zon Utara. Kumpulan Destar Lima juga memenangi tempat kedua turut mara ke peringkat Kebangsaan bagi berentap bersama-sama dengan piliha zon Timur, Tengah dan juga Selatan. Tahniah buat pemenang.


Akar Kita Zapin 2015


Bagi setiap zon yang dimenangi akan berentap sesama sendiri di Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 diperingkat kebangsaan akan diadakan pada 14-15 Ogos 2015 di Aeon Mall Cheras Selatan Selangor dan di peringkat Nusantara akan diadakan di Aeon Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 21-23 Ogos 2015.

Hadiah pemenang Platinum, Emas, Perak dan Gangsa peringat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM8,000 ,  RM3, 000 dan RM1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ku berasa sungguh excited apabila melihat bertarung antara kumpulan lain dengan pelbagai skil yang dipertaruhkan serta dapat melihat sendiri di depan mata. 

Okay baiklah, Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 ini seterusnya akan bertandang mungkin ke tempat anda seperti selepas ini akan ke :-

- AEON Mall Seri Manjung Perak 22-24 Mei 2015
- AEON Mall Rawang Selangor 5-7 Jun 2015
- AEON Mall Tebrau City Johor Bahru 24-26 Julai 2015
- AEON Mall Cheras Selatan Selangor 14-16 Ogos 2015
- AEON Mall AU2 Setiawangsa KL 21-23 Ogos 2015

LAYANS
(>_<)