Kfc Zinger Rice Wrap 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada 19 Mac 2015 yang lalu ku berpeluang ke KFC Zinger Rice Wrap Blogger Party di KFC Pavilion Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu pengenalan untuk produk terbaru keluaran KFC iaitu Zinger Rice Wrap yang lebih kurang seakan Twister Wrap, cuma tambahan ada nasi dalam wrap tersebut. Boleh kenyang tu kalau sekali makan bila bila masa dan di mana juga korang berada hehe.

Okay baiklah, KFC Malaysia sekarang menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan mereka yang sentiasa menginginkan produk makanan terbaru dan cara makan yang lebih baik untuk menikmati hidangan mereka. KFC memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan dengan harga yang sungguh menjimatkan hanya RM4.90 (ala Carte).


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Produk terbaru ini adalah sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. Diinspirasikan oleh pelanggan-pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan. KFC mengolah makanan ruji rakyat Malaysia dan mencipta Zinger Rice Wrap yang sesuai dengan gaya hidup kalian yang sentiasa sibuk.

Percubaan pertama ku merasa sendiri KFC Zinger Rice Wrap ini adalah terbaik, sekali makan dah berasa kenyang. KFC Zinger Rice Wrap baru ini adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inchi yang enak berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau dan mengandungi semua zat yang diperlukan dalam setiap hidangan.

So tiada alasan lagi kalian tak sempat makan akibat sibuk dengan kerja masing-masing hehe. Hidangan KFC Zinger Rice Wrap ini selain dari menu ala carte yang berharga sangat berpatutan hanya RM4.90. Boleh juga dapatkan set kombo yang mengandungi kentang goreng (regular) dan minuman Mountain Dew (regular) pada harga hanya RM7.80 ( berbeza mengikut lokasi)


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Selepas aje majlis memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, aktiviti yang di nanti iaitu menikmati sendiri hidangan KFC Zinger Rice Wrap serta menu-menu lain dari KFC seperti ayam goreng, kentang, nuggets dan pencuci mulut yang sangat enak. Ku memang suka makan di KFC karena Ayam Gorengnya sejak dari kecil lagi menjadi tempat kegemaran.


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Untitled


Selepas aje menikmati hidangan, bermulalah permainan-permainan yang menyeronokkan antara antara blogger. Seperti contoh, wrap rakan anda dengan tisu hehe dan yang paling best ialah passing barang kotak hadiah dan apabila muzik berhenti, orang yang terakhir perlu melakukan task yang tercatit dekat kotak hadiah tersebut. Memang mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak.

Nak jadikan cerita, Alhamdulillah pada malam Jumaat yang penuh keberkatan, ku menang hadiah utama untuk permainan passing kotak hadiah dan tanpa perlu membuat sebarang task hehe. Dapat menang hadiah tumbler KFC yang eksklusif, baucer membeli belah sebanyak RM 200! Alhamdulillah, Tambahan juga bauce KFC bernilai RM100.


Kfc Zinger Rice Wrap 


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Terima Kasih KFC Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd untuk jemputan kali ini KFC Zinger Rice Wrap Blogger Party. Harap ketemukan di lain majlis.

LAYANS
(>_<)
Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berkesinambungan dari dua entry ku ke Kunming China, ini adalah part yang ke tiga ku Kunming China. Okay baiklah kali ini ku ingin menceritakan first trip setelah tiba di bumi China kami semua ke Stone Forrest Kunming Yunnan China. Apa itu Stone Forest? Dalam bahasa Malaysianya ialah Hutan Batu. Selalunya orang kata itu adalah bandar, tapi ini adalah betul-betul batu yang amat menarik dan menakjubkan. 


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest di Kunming merupakan salah satu tempat tarikan negara yang menarik dan indah di Kunming. Untuk ke Stone Forest ini mengambil masa lebih kurang sejam dan sejauh 78 km dari Bandar Kunming. Setibanya di Stone Forest, kami harus berbaris untuk menunggu kenderaan pengantaraan untuk bergerak ke dalam pintu masuk Stone Forest Scenic Area. Pagi itu almaklumlah cuaca disana sejuk ya dalam 8 darjah celcius gitu. 

Setibanya di kawasan yang diperkatakan, kami terpaku sebentar melihat keunikan bentuk-bentuk batu yang ada di Stone Forest itu. Patutlah ia dinamakan Stone Forest, di situ memang penuh dengan batu-batu yang sangat unik dan cantik. Apabila kesini, kami perlu berjalan, mendaki dan menurun dari batu-batu tersebut untuk melihat keindahannya.


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Dalam keadaan cuaca Kunming yang sejuk pun boleh berpeluh ye, sambil tu exercise juga naik turun batu Stone Forest, bukan selalu dapat datang ke tempat-tempat macam ini kan. Korang nak tahu bagaimana batu di Stone Forest ini terjadi? Pertamanya Batu kapur batu telah dimampatkan dan patah , dan sendi menegak paduan bertakik batu ke dalam kekisi dan terjadinya Stone Forest hehe.


Stone Forest Kunming China


Perkara wajib yang dibuat mestilah bergambar di Stone Forest sebagai tanda kenangan berada disini. Ku hanya pakai kamera phone, tapi salah seorang Media di sana berbaik hati untuk share kamera beliau dalam sepanjang pengembaraan ini. Kiranya jadi partner Photograper la ni, aku snap kau, kau snap aku hehe. Thanks Aida Sue

Entry seterusnya akan diupdate dan korang pasti tertunggu-tunggu pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di Kunming Yunnan China.


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


Stone Forest Kunming China


LAYANS
(>_<)

DSC_0330

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di entry yang lalu ku berpeluang ke Media Launch Ultraman Live in Genting 2015 di Pavilion. Baru baru ini ku berpeluang lagi ke Genting Highland sendiri untuk menonton Hero kegemaran ku semasa kecil Ultraman Live in Genting 2015. Terima kasih kepada Resort World Genting karena menjemput untuk menonton live show oleh Japanese famous superheroes di Genting hehe. 

Ianya merupakan show yang terbesar di luar Jepun terutamanya Ultraman sedang hangat di Genting Highland. Ultraman Live di Genting ini telah diarahkan atau dikeluarkan oleh Tsuburaya Productions dan diatur semula jalan cerita untuk ditayangkan kepada penonton di Malaysia. Apa yang ditekankan dalam show ini ialah high-tech stagecraft dan thrilling action scenes yang menjanjikan penonton akan lebih teruja sepanjang persembahan.


DSC_0110


DSC_0194


DSC_0224


DSC_0229


DSC_0235



Ku pun sendiri apa bila menonton Ultraman Live in 2015 ini di Genting International Showroom berasa sangat teruja dengan persembahan Ultraman ini. Bayangkan masa zaman kanak-kanak dahulu kita dapat tonton Ultraman di kaca televisyen sahaja kan? tapi kali ini kita dapat nonton secara langsung Ultraman di hadapan mata. Tapi tak lah sebesar dalam Tv, comel2 aje Ultramannya ni hehe. 

Persembahan Ultraman ini mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam dan akan berlangsung sekarang sehingga 29 March 2015 ini sahaja di Genting International Showroom Genting Highland di datangi dengan crew-crew sepenuhnya daripada Jepun. Ultraman Ultraman yang muncul seperti Ultraman Zero, Ultraman Ginga, Ultraman Tiga, Ultraman Seven, Taro, Cosmos dan Mebius dalam sama2 menentang raksasa Alien Baltan.


DSC_0125


DSC_0172


Berita baik ! beli tiket anda sekarang sementara stock masih ada dan anda akan dapat Ultraman Projector Watch secara percuma dan pemegang tiket juga akan mendapat 30% off untuk Ultraman Unlimited merchandise dan 20% discount makan di Resort Seafood , Hou Mei Resort Hotel dan Coffee Terrace. Bagi ku, Genting adalah syurga makanan, semuanya sedap2 belaka, baik jangan lepaskan peluang ini hehe. 


DSC_0048


_MG_6766


Kalau yang diatas ini tidak mencukupi, sebelum bermulanya persembahan, ada juga dijual Ultraman Tumbler set dan lain2 cenderahati yang anda boleh beli dan bawa pulang. Kalian juga boleh beli kudapan seperti Ultraman ice cream, pop corn dan free refill untuk air sepanjang persembahan. Okay baiklah, ini akan berlangsung sehingga 29 March 2015 ini dengan harga tiket RM88 (VIP) dan RM68 (PS1)

LAYANS
(>_<)