Followers

Pucabu 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jumaat 27 Februari 2015, ku berpeluang sekali lagi menonton teater tradisional di Istana Budaya. Teater Tradisional Mek Mulung (MM) "Putera Cahaya Bulan" yang akan diadakan di Istana Budaya Kuala Lumpur selama 2 hari ini pada 28hb Februari 2015 hingga 1 Mac 2015. Pada 28hb Februari 2015 waktu tayangan pada pukul 8:30pm dan pada 1hb Mac 2015 iaitu pada pukul 3:00 pm.

Mek Mulung sebagai sebuah teater tradisional yang telah diiktiraf sebagai warisan negeri Kedah, maka Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN dengan kerjasama Grup Teater AKRAB serta Istana Budaya yang menggalas amanah di panggung sari, Istana Budaya sesuatu komitmen yang tidak sia-sia. Pementasan Mek Mulung ini merupakan adalah satu usaha pemuliharaan dan pembangunan kesenian tradisional negara. 


Pucabu


Pucabu


Pucabu


Persembahan Mek Mulung dimulakan dengan struktur utamanya iaitu Pembukaan Lagu Bertimpuh yang dimulakan dengan Arja Lee dan disusuli pula oleh Shamsun Nadia selaku Puteri Nang Mara. Penonton dibuai dengan melodi puitis yang diceritakan oleh Shamsun Nadia menerusi dengan lagunya yang mengisahkan bagaimana seorang Puteri bersiap mendandan dirinya sebelum keluar ke Istana.

Garapan melodi dan lirik yang puitis menggunakan dialek Kedah lama ini memang meruntun perasaan penonton. Puteri Nang Mara turut ditemani dayang-dayang Istana seramai 43 orang yag terdiri daripada gabungan kumpulan Kesenian JKKN Kedah, Ibu Pejabat dan JKKN Kuala Lumpur. Elemen kekaguman turut disuntik untuk persembahan MM di IB.


Pucabu


Pucabu


Paparan visual dan multimedia, pencahayaan dan mekanisme pentas digunakan secara minima namun memberi impak kuat bagu meruntun perasaan penonton tanpa disedari juga sesuai dengan kronologi serta plot ceritanya. Muzik tradisional juga dimain secara LIVE begitu juga lontaran vokal beserta nyanyian dua orang watak utamanya iaitu Arja Lee dan Shamsun Nadia. Tidak lupa juga Izreen Azminda dan Hairi Safwan juga terlibat

Korang boleh datang seperti tarikh yang ku umumkan di atas dengan harga tiket dari RM23 hingga RM83. Pic kredit to Todak Merah.

Monday, February 16, 2015

Soi Twenty-Three Special Offers

Soi23 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Beberapa minggu lalu selepas aje bercuti balik dari Langkawi, ku berpeluang lagi untuk food review di Hotel Pacific Regency Kuala Lumpu betul-betul bersebelah di Menara Kuala Lumpur. Pacific Regency atau restoran di dalamnya Soi Twenty-Three sedang giat mengadakan pelbagai promosi untuk menarik pengunjung datang ke Soi Twenty -Three.


Soi23


Hidangan yang disediakan kesemuanya sedap belaka dan ada decoration meja khas gabungan Asian style untuk pasangan kekasih makan malam bersama sempena Valentine's Day. Makanan yang dihidangkan ialah seperti Soi Appetizer Platter, Green Curry Seafood, Tomyam Prawn Beest, Pandan Chicken  beberapa pencuci mulut. Makanannya sangat sedap yang disediakan oleh Chef Zairul.


Soi23


Soi23


Soi23


Soi23


Soi23


Soi23


Soi23


Sambil menikmati hidangan di Restoran Soi Twenty - Three melihat bandaraya Kuala Lumpur di malam hari  bersama dengan yang tersayang. Okay baiklah, maaf atas kelewatan ini,  karena tuan punya blog kena hampir demam denggi hampir seminggu. Alhamdulillah dah sihat. Tapi cuma ku mahu memaklumkan bahawa Soi Twenty-Three sentiasa ada promotion yang istimewa untuk pelanggannya hehe.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi 03-23327777 ext 6804 atau email di fnbadmin@pacific-regency.com 

Monday, February 9, 2015

Pengembaraan Ke 4 Island Krabi - Part 2

Krabi Part 2


Krabi Part 2 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

HARI KEDUA, hari yang ditunggu-tunggu, memang satu hari ini penuh dengan aktiviti. So siapkan pakaian mandi anda untuk satu hari, tuala, baju tukar atau losyen elak sunburn ( tapi burn jugak muka ni haha ). Menaiki bot yang disewa untuk cukup kami seramai 11 orang naik dari Pantai Ao Nang. Ini kiranya dipanggil 4 Island Trip, setiap satu pulau akan singgah untuk anda melihat kecantikkannya, pastinya terpukau okay hehe.


TUP ISLAND & CHICKEN ISLAND

Tempat pertama yang kami berhenti di Pulau Tup, disini anda sudah nampak betapa jernihnya air, cantiknya suasana dan anda boleh berjalan kaki ke pulau seberang. Tapi kami dan berkesempatan nak berjalan kaki ke pulau sebelah karena air pasang dan tak nampak jalan pasir itu. Tapi sangat cantik, anda boleh siap bermandi manda dengan air yang cetak tapi ada dalam juga, berhati hati okay. Kemudian kita akan ke pulau yang seterusnya.

Pulau seterusnya, bot membawa kami melihat pemandangan sebuah pulau yang sangat menarik iaitu Chicken Island. Kenapa ia dipanggil Chicken Island? Karena pulau tersebut berbentuk seperti seekor ayam dengan kepala pulau kelihat seperti kepala ayam hehe. Kami berhenti di satu spot untuk bergambar dengan berlatar belakang kan Chicken Island. Cantik dan jarang dapat kita lihat pulau sebegini.


Krabi Part 2


Krabi Part 2


SNORKELING

Aktiviti snorkeling merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan ketika kalian berada di Krabi. Memang ku rindu aktiviti snorkeling ni, last snorkeling pun masa bercuti di Pulau Perhentian. Boat kami berhenti di salah satu tempat untuk snorkeling, air lautnya canti, banyak ikan keliling, siap berebut nak kami bagi makan pada ikan ikan. Percubaan terjun tanpa pakai life jacket amat memenatkan. Lebih pakai life jacket, lebih rileks untuk bersnorkeling.

Perhatian ya, siapa yang tak tahu berenang tu wajib pakai life jacket, yang tahu berenang pun kena pakai, mana lah tahu malang tidak berbau. Hampir 40 minit kami bersnorkeling, lihat ikan ikan, akhirnya naik ke darat juga. Sekali kebanyakkan dari kami kaki terluka, dasar air laut Krabi ni ada batu batu tajam, so sila lah berhati-hati bila nak terpijak batu tu. Pedih okay hehe.


Krabi Part 2


Krabi Part 2


PODA ISLAND

Tempat perhentian yang ketiga kami berhenti setelah berseronok snorkeling tadi ialah ke Poda Island Krabi. Disini memang jadi tumpuan ramai pengunjung dan sinilah ramai kawan kawan ku selalu pergi dan ambil gambar disini. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ku kesini. Poda Island yang berlatar belakangkan pulau yang berada di tengah-tengah lautan. Air yang jernih, dan masih ada ikan berlalu pergi di celah celah kaki.

Kelihatan batu besar di tengah-tengah ini memang dah tahu itu ialah Poda Island. Cuma kalian jangan terkeliru dengan James Bond Island okay hehe. Disini ramai pelancong suka bersidai ditepi pantai dan ada beberapa gerai makanan menjual disini. Apabila anda naik package ke 4 Island ini, akan disediakan sekali makanan tengah hari. Tapi selalunya kenyang, karena terjun laut asyik tertelan air laut aje hehe.


Krabi Part 2


Krabi Part 2


Krabi Part 2


PHRA NANG CAVE BEACH

Untuk destinasi pulau yang terakhir kami ke Phra Nang Cave Beach. Macam biasa turun di sini semua lautnya hijau kebiruan dan tarikan yang terdapat di Phra Nang Cave Beach ialah terdapat banyak deretan kedai-kedai makanan di atas bot. Makanan yang dijual di atas bot lah gitu. Memang terdapat banyak bot2 yang berniaga disini. Seperti kata, pandai pilih anda bijak hehe. Alhamdulillah sepanjang trip satu untuk 4 Island ini cuaca amat baik dan terang tiada hujan.

Dalam sedang jalan sampai ke penghujung pantai, terdapat satu gua yang terkenal dengan lagendanya. Lagenda tersebut dikatakan, nelayan-nelayan yang meletakkan kayu-kayu atau arca -arca yang berbentuk seperti kemaluan lelaki ini sebelum keluar mencari ikan akan mendapat nasib yang baik. Hmmm ku sekejap aje di gua itu, lepas itu terus berenang kembali ke bot hehe.


Krabi Part 2


Aktiviti seperti ini hamper memakan satu hari juga daripada pukul 10 pagi waktu tempatan sehingga pukul 4 petang. Lama juga tu kan, bila pulang ke hotel macam biasa lihat cermin memang akan ada kesan belang belang di badan hehe. Kalau dah berendam dalam air laut tu memang tak boleh nak buat apalah kan. Redha hihi.

p/s: Banyak pula gambar selfie, tapi nampak kan pemandangan belakang tu hehe. GoPro by Enmohdrasul. Boleh Baca Part 1 ke Krabi ---> Pengembaraan ke Krabi Thailand Part 1

Thanks to Demy Travel and Tours Sdn Bhd
details boleh ke -->http://www.pakejkrabi.com
http://www.droship.im
LAYANS
(>_<)

Friday, February 6, 2015

Pengembaraan Ke Krabi Thailand - Part 1

Krabi Part 1

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Pada penghujung Januari lalu Alhamdulillah nak dikatakan rezeki datang ku berpeluang ke Krabi Thailand. Di tempat yang dimana salah satu checklist tempat yang ku ingin pergi. Yela selalu tengok orang pergi sana dapat lihat laut biru, pulau dia, snorkeling, memang best. Terima kasih kepada Demy Travel and Tours Sdn Bhd & http://www.pakejkrabi.com & http://www.droship.im yang menjayakan percutian ke Krabi ini.

HARI PERTAMA, Okay baiklah, disini ku ingin menceritakan serba banyak ya journey ku ke Krabi, tempat mana yang menarik kami pergi di Krabi. Bermula pada malam Khamis yang lalu kami bergerak satu kereta bersama En Mohd Rasul ( terima kasih karena menjemput dan pinjam GoPro hehe ) dan Mawi dari Kuala Lumpur ke Padang Besar Perlis. Ambil masa lebih kurang 6 jam ke sana dan sampai pada Pagi Jumaat.


Krabi Part 1


Pertama kali sampai di Padang Besar Perlis, di situ jumpa rakan - rakan yang lain untuk sama-sama ke Krabi. Semuanya ku tak beberapa kenal, almaklumlah kena biasakan diri barulah best nak join trip hehe. Semua berjaya dalam business masing-masing Alhamdulillah murah rezeki. Pagi Jumaat yang penuh keberkatan kami bergerak ke Krabi menaiki Van mewah Thailand yang sangat selesa okeh. 

Jangan risau, apabila anda pergi melalui package ini, semua ditanggung. Tawakal kami tinggal kereta di Padang Besar, Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Kami bergerak ke sana melalui jalan darat, selalunya naik flight kan? Tapi apa salahnya jika kalian mempunyai lebih masa nak ikut jalan darat, lihat culture masyarakat Thailand mereka macam mana, best sebenarnya walaupun kepenatan sedikit. 

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6jam dan hampir 400km perjalanan darat. Takpe, setiapa perjalanan banyak hentian rehatnya. Nak beli simcard AIS pun boleh, tak beli pun tak mengapa, wifi berada di mana mana terutamanya di hotel hehe. Alhamdulillah setelah 6 jam perjalanan sampai juga di Krabi terus check di Ascot Hotel untuk satu malam, 2 malam seterusnya tukar hotel Baan Pulaoon di seberang sahaja. Dua2nya selesa.


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Ketika berjalan - jalan petang, kami satu bilik lapar, keluar mencari makan yang boleh dimakan sebelum dinner nanti. Kami mencuba kebab dan mango shake, total 100 baht, not bad. Sedap ! Setibanya dinner, kami dibawa makan ke restoran A-Hud Seafood. Makanan seafood sini tiptop ! Sedap dan harga berpatutan dan jangan risau, disini anda boleh cari banyak makanan halal dan moga pandai memilih kedai ya. 


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Di Thailand, waktu mereka sejam awak daripada Malaysia. Sesetengah smart phone akan sendiri berubah waktunya apabila tiba di kawasan timezone yang tertentu. Yang penting korang harus menepati masa supaya tak terlepas nak ke tempat-tempat menarik di Krabi. Selepas Dinner tadi, kami terus ke Krabi Town. Di situ terdapat banyak cenderahati yang boleh di bawah balik. Seperti berada di Uptown hehe.


Krabi Part 1


Krabi Part 1


p/s: Tunggu Part kedua Krabi
Thanks to
Demy Travel and Tours Sdn Bhd
http://www.pakejkrabi.com
http://www.droship.im

LAYANS
(>_<)

Wednesday, February 4, 2015

Madfoon Palace Putrajaya

Madfoon Palace 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nasi Arab buat masa kini mungkin telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk menjadikannya sebagai makanan harian mereka. Ku sendiri pernah merasa masakan Arab ataupun nasi arab, memang ternyata sedap dan lain sekali daripada masakan yang biasa kita makan saban hari. Ku berpeluang merasa sendiri masakan yang didatangkan khas dari Arab dan dibawa ke sebuah restoran diberi nama MADFOON PALACE, Arabic Cuisine di Putrajaya. 

Rasanya restoran Nasi Arab ini merupakan yang pertama di buka di Putrajaya, so orang sekarang orang Putrajaya tidak perlu lagi pergi jauh-jauh mencari restoran Arab ini. Terima kasih kepada Nisa Kay menjemput sekali bersama Khai Artzfar. MADFOON PALACE ini merupakan restoran kedua yang dibuka di Putrajaya selain Restoran pertamanya di Taman Melawati. Madfoon Palace telah dibuka pada 9th September 2014.


Madfoon Palace


Madfoon Palace 


Madfoon Palace


Madfoon Palace ini restoran yang besar sedikit daripada cawangan pertamanya di Taman Melawati dan mempunyai kemudahan yang lebih. Ianya mempunya 250 tempat duduk dan berhawa dingin berlatarkan pemandangan Tasik Putrajaya. Buat masa kini, MADFOON PALACE merupakan caters untuk Embassy of Saudi Arabia, Qatar dan Oman. Hampir 90% Madfoon Palace di Putrajaya ini diimport dan interior designnya sangat cantik.

Dari mana datangnya nama Madfoon ini yang membawa maksud 'tanam'. Resipi yang originalnya datang dari Dalaeh, Yemen. Persediaan bahan makanan ini mengambil masa hampir 4 jam dengan menggunakan Oven Madfoon dan menggunakan beberapa rempah ratus dan herba yang hanya dihasilkan di negara timur tengah dan hanya menggunakan beras basmati. Untuk menyediakannya bukan senang, 2 chef khas dari Yemen dan lebih 15 tahun berpengalaman yang menyediakannya.

Beruntungnya kami berada di Madfoon Palace Putrajaya untuk merasa sendiri masakan Arab dari chef yang sangat berpengalaman. Apabila merasa sendiri masakan Arab, seperti kami berada di sana sambil menikmati hidangan hehe. Antara hidangan Arab yang kami rasa ialah seperti Zurbian Chicken, Madfoon Lamb, Fattoush, Chicken Aqdah, Hummous, Mix Grilled Platte dan air minuman yang menjadi Signature di Madfoon Palace ialah Araisy Juice. (gambar)


Madfoon Palace


Madfoon Palace


Madfoon Palace 


Madfoon Palace


Madfoon Palace 


Madfoon Palace


Madfoon Palace


Madfoon Palace


Kepada sesiapa yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut mengenai Madfoon Palace ini boleh layari www.madfoonpalace.com, Facebook di https://facebook.com/MadfoonPalace, Twitter @Madfoon_Palace dan Instagram @MadfoonPalace. Dimanakah lokasi Madfoon Palace di Putrajaya ialah di Lot 4-5, Basement 3, Menara Putrajaya Holdings, Jalan Tun Abdul Razak, Precint 2, 6200 Putrajaya. 


Madfoon Palace


Madfoon Palace


p/s: sedap Araisy Juice tu hehe
LAYAN
(>_<)