Followers

Wednesday, December 9, 2015

Sliq Clinic Bloggers Tea Party

Sliq Clinic

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Baru-baru ini, Sliq Clinic Oasis Damansara mengadakan event Bloggers Tea Party. Dah lama rasanya tak berkumpul sesama blogger untuk tea party sembang-sembang sambil minum petang kan. Alhamdulillah terima kasih kepada kawan yang tag dekat Facebook dan ku tunjuk minat untuk menyertai Bloggers Tea Party dari Sliq Clinic ini.dapat lah jemputan untuk ke Sliq Clinic ini. 

Ku mengulangkaji serba sedikit tentang Sliq Clinic ini sebelum hari event tiba. Sliq Clinic ini didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan dan ianya terletak di persekitaran yang senang di cari Oasis Ara Damansara, bertempat di tingkat satu pusat membeli-belah Oasis Village. Terdapat mencukupi letak kereta disediakan untuk kemudahan pelanggan kami di dalam dan luar pusat membeli-belah .


Sliq Clinic


Sliq Clinic


Sliq Clinic


Di dalam dekorasi Sliq Clinic ini apabila ku masuk ianya telah direka khas untuk pelanggan merasai suasana santai dan mesra supaya setiap lawatan ke klinik doktor adalah satu pengalaman. Terdapat juga tempat menunggu peribadi dan bilik untuk pelanggan yang menikmati privasi. Bilik rawatan juga pun selesa dan mengikut jenis treatment yang akan dibuat nanti.

Oh ya Sliq Clinic ini merupakan sebuah Klinik perubatan estetik dan ianya tidak sama seperti pusat kecantikan karena ianya sebuah Klinik ya. hehe. Sliq Clinic ini diterajui oleh Dr Steve Chia seorang doktor yang berkelayakan perubatan yang pada hari itu akan berkongsi tentang kulit tips / kecantikan dan juga menunjukkan demonstrasi secara langsung pembesaran atau mencantikan hidung.


Sliq Clinic


Sliq Clinic


Tak sia-sia datang, dapat ilmu dan dapat tengok Dr Steve pun demo secara langsung depan mata dan baru ku tahu bagaimana cara-cara untuk mencantikkan hidung hehe. Sliq Clini ini juga membuat beberapa jenis rawatan seperti Rawatan Rambut, Rawatan Jerawat dan Parut Jerawat, Botulinum Toxin A and Fillers ( digunakan untuk membantu merawat keadaan seperti: lingkaran mata gelap Parut jerawat , kedutan statik dan lain-lain ) dan Rawatan Laser.


Sliq Clinic


Sliq Clinic


Sliq Clinic


Wah dengar menarik bukan bagi mereka yang amat memerlukan rawatan ini untuk ketrampilan yang lebih yakin untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Event Bloggers Tea Party ini santai aje anjuran Sliq Clinic dengan kerjasama dengan jenama premium mis Juvederm , IS Clinical dan Medik8 dapat lah juga beberapa free gift produk dan rawatan oleh Sliq Clinic itu sendiri yang akan dibuat pada harini lain. Excited ! Almaklumlah sebelum ini mana pernah buat rawatan ni hehe.

Sliq Clinic ini terletak dan beralamat di 
F1-19 , Oasis Village , 
Jalan PJU 1A/7A Ara Damansara ,
 47301 , Petaling Jaya , Selangor. 

Kalian boleh waze Sliq Clinic atau Oasis Square. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://sliqclinic.com/ . Terima Kasih atas jemputan dan nantikan InsyaAllah dientry yang akan datang update pengalaman menerima rawatan di Sliq Clinic.


Sliq Clinic


Sliq Clinic

Comments (0)