Putrajaya Sky Rides Awesome !

Photo 3 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Putrajaya, 10 Disember 2015 – YBhg. Dato’ Zaharah Salamat, mengumumkan Pakej Kombo Istimewa di Skyrides Festival Park hari ini. Bersempena dengan acara Jualan Akhir Tahun yang di anjurkan di seluruh negara, Pakej Kombo Istimewa ini merupakan tarikan terbaru di taman ini. Pakej ini menawarkan kepelbagaian produk yang terdapat di dalam lima (5) Kombo Istimewa termasuklah menaiki Cruise dan Balon Udara Skyride, kedua-duanya merupakan tarikan yang paling utama di taman ini.


Photo 1


Dato’ Zaharah berkata Pakej Combo ini merupakan pakej yang pertama kalinya di formulasikan semenjak pembukaan rasmi taman ini pada bulan Mei 2015. “Daripada maklum balas yang diterima dari pengunjung, samada tempatan mahupun dari luar negara, kehendak bagi tawaran istimewa adalah sangat tinggi dan ianya sangat disenangi terutamanya dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan mahupun insan yang teristimewa. Pakej-pakej kombo ini juga menawarkan penjimatan wang yang agak besar berbanding pembelian individu melalui diskaun yang di tawarkan dalam pakej-pakej ini.

Berikut adalah lima (5) Pakej Kombo yang ditawarkan iaitu Combo “A” (Individu), Combo “B” (Perahu), Combo “C” (Love Is In The Air), Combo “D” (Skycruise Dining) and Combo “E” (Bot Piknik). Pakej Kombo ini bermula pada harga RM34.00 sehingga RM402.00 bagi pemegang MyKad manakala bagi bukan pemegang Mykad harga yang ditawarkan bermula dari RM56.00 sehingga RM425.00.

Balon Udara Skyride merupakan balon udara yang terbesar dan balon tertambat yang pertama di Malaysia (seperti yang di sahkan oleh Malaysia Book of Records) yang menawarkan pemandangan yang indah dari aras ketinggian 120 meter manakala Skycruise pula memberikan keindahan pemandangan yang berbeza menyusuri tasik Putrajaya dengan menaiki Cruise, Perahu Dondang Sayang dan Lepa-Lepa yang bercirikan traditional ataupun menaiki Bot Piknik.


Photo 2


SkyArt pula adalah projek kolaborasi yang berterusan diantara Skyrides Festival Park dan pelajar –pelajar daripada Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam bagi mewujudkan kesedaran dan kehendak terhadap persekitaran ekologi yang mampan melalui kitar semula daripada bahan buangan atau terpakai. Manakala bagi cabaran SkyKids Warrior yang dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2015, merupakan versi miniatur daripada cabaran SkyWarrior Rainforest yang sangat popular dikalangan orang dewasa.

Terdapat 15 halangan yang direka khas bagi kanak-kanak yang berusia dari 4 sehingga 10 tahun sahaja. Sila rujuk brosur yang dilampirkan untuk maklumat mengenai harga terperinci dan pakejpakejyang ditawarkan.

  skyride_flyer 09122015

footer

No comments: