Persembahan Luar Biasa Malam Kalimah Cinta

Opick

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 23 Disember 2015, Panggung Sari Istana Budaya diserikan dengan alunan lagu-lagu indah hasil nyanyian Opick, Siti Nordiana dan Ronnie HUssien di malam pertama Malam Kalimah Cinta. Mengambil keberkatan bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul hari ini. Persembahan berdurasi 90 minit ini turut menampilkan elemen zikir dan berselawat serta dipenuhi dengan pertunjukkan multimedia dan efek khas yang sangat menarik. 


Opick


Opick


Opick tampil membuka pentas dengan lagu medley Tafakur dan Ya Nabi Salam. Persembahan beliau pada malam semalam turut diiringi kumpulan pemuzik yang dibawakan khas dari Indonesi iaitu "Tombo Ati". Panggung Sari menjadi semakin meriah setibanya giliran juara GegarVaganza musim kedua keluar mengambil tempat di atas pentas. Siti Nordiana. 

Siti Nordiana mendendangkan dua buah lagu secara berduet bersama Opick. Menurut Nana beliau mengambil peluang membuat persembahan bersama Opick merupakan satu pengalaman yang sangat berharga memandangkan beliau turut meminati penyanyi Opick. Tambah Nana lagi, Opick membuktikan dengan kesungguhan dan keihklasan setiap lagu yang dihasilkan dan didendangkan. 

Keindahan Malam Kalimah Cinta diwarnai lagi dengan penampilan Ronnie Hussien, Penyanyi yang sudah terbukti dengan kemampuan dan kelunakkan vokalnya. Peluang menyampaikan 2 buah lagu, Ronnie sangat berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital kerana membuka peluangnya  untuk berkongsi pentas bersama penyanyi yang cukup disegani di Indonesia dan Malaysia. 


Opick


Diakhir konsert, Opick berharap mereka yang hadir akan berasa puas dan terhibur dengan persembahan yang diberikan olehnya dan rakan-rakan. Meskipun hanya 1 malam, sambutan dan energy yang diberikan oleh penonton, benar-benar membantu menaikkan lagi semangat Opick. 

Okay baiklah. tiket-tiket masih boleh didapati di AirAsia Redtix menerusi laman atas talian, redtix.airasia.com atau dikaunter Box Office, Istana Budaya. Sebahagian hasil kutipan tiket turut didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia untuk aktiviti amal di seluruh negara. 


Opick

1 comment: