Followers

Day 3

Etw 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Hari ketiga dan merupakan hari terakhir program Eat Travel Write Putrajaya. Putrajaya Food Trail. Ala nak habis dah ke hehe. Bangun pagi macam biasa breakfast di The Everly Hotel Putrajaya dan terus checkout untuk aktiviti seterusnya. Tetapi keadaan tidak dapat dielakkan ku sendiri ada hal yang tidak dapat dielakkan. Harus pergi. Kalau tidak, tak tercapai masa hadapan hehe. Paham2 sendiri lahkan. Tapi selepas aje selesai hal tersebut. Terus ku majlis penutup yang diadakan petang nanti.


Task 9

Untitled


Okay baiklah. Aktiviti pertama yang sepatutnya ku sertai sekali ialah ke Only Mee Putrajaya. Di sana akan ditunjukkan demonstrasi membuat Mee dan Cooking Session hehe.Only Mee. Malaysia's first casual lifestyle noodle chain is fame for its freshly made noodles, serve in a wide variety of the world's popular flavours. Gitu hehe. Di sini Task seterusnya berlangsung. Aduh tak dapat nak sertai hehe.


Untitled


Untitled


Untitled


Bila lihat gambar yang diambil oleh official photographer program kali ini AkuGraphy sangat menarik. Ni nak kena pergi sendiri mencuba. Almaklumlah tak dapat haritu hehe.Only Mee Putrajaya ini terletak di Marina Putrajaya Presint 5. Senang mungkin nak cari tempat ni. Dekat Tasik Putrajaya hehe.


Task 10 & Task 11

Untitled


Untitled


Tempat terakhir sebelum majlis penutupan. Tapak Pasar Tani Presint 2 Putrajaya. Task ke sembilan. Cekodok. Hmmm. selalu makan satu aje cekodok pisang. Bila ke Tapak Pasar Tani ni terdapat lebih kurang 10 jenis cekodok ! Cekodok pisang, jagung, durian, bilis, labu, udang dan lain-lain. Fuh macam nak rasa semua cekodok tu hehe. Gambar Ihsan dari Kak Nannie www.kitepunye.com


Untitled



Untitled


Task 12

Untitled


Akhirnya kita sampai di penghujung penutupan majlis Eat Travel Write Putrajaya di Spring Garden Restaurant. Restoran yang terletak di Taman Botani ini kini ia dikenali sebagai Spring Garden Restaurant menawarkan pelbagai jenis menu dan menu makanan laut terutamanya dengan suasana tenang menghadap tasik.


Etw 3


Untitled


Untitled


Alhamdulillah berkesempatan sampai ke majlis penutup di Spring Garden Restaurant. Rasa pernah sekali aje ke sini itupun ada buat photoshoot sedikit dekat Taman Botani ini. Sempat juga jalan keliling Restoran yang memang berdekatan betul di tepi tasik.

Okay baiklah malam penentu sudah tiba. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah bagi pemenang setiap task yang mereka telah dijalankan. Alhamdulillah pada petang tersebut rezki menang beberapa hadiah berdasarkan task yang diberikan hehe. Terutamanya Task 2 & Task 3 hehe.Disamping menikmati makanan Seafood yang di sediakan oleh pihak Spring Garden Putrajaya. Yang Istimewanya ialah dapat mencampurkan Double Happines Yee Sang.


Untitled


Untitled


Untitled


Etw 3

Okay lah tu rezeki. Amin. Terima Kasih Gaya Travel dan Perbadanan Putrajaya untuk event kali ini. Harap berjumpa lagi di lain masa. -End of Program- Yeay

Comments (0)