Eat Travel Write Putrajaya - Putrajaya Food Trail Day 2

Day 2

Untitled

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Cahaya mentari di pagi hari sinarnya kaburi pandangan ku ini. Hembusan angin pagi ini membuatkan ku tidak sabar untuk menjalani pengembaraan hari kedua Eat Travel Write Putrajaya Food Trail. Pagi selepas aje breakfast terus bergerak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang terletak di Presint 16 Putrajaya dan hanya 10 minit dari The Everly Putrajaya.


Etw 3 day 2 


Etw 3 day 2


Permulaan di Visitor Complex merupakan satu bangunan yang sangat unik dengan pembinaan tradisional Melayu. Naik sahaja ke pintu Taman Warisan disambut oleh Betel Leaf, Pinwheel Flower dan Lime Trees yang ditanam sepanjang tangga pintu masuk ke Taman Warisan Pertanian. Perjalanan hampir satu jam karena kami berjalan dalam Taman Warisan sambil diberi penerangan tentang tumbuhan-tumbuhan pokok pokok hijau di sini. Banyak ilmu boleh dipelajari karena setiap perjalanan itu akan dilabel dengan nama dan info pokok tersebut.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Barulah kenal mana satu pokok ciku, kopi, mangga, durian dan getah hehe. Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi. Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon, tanaman bermusim dan tidak bermusim, buah-buahan nadir dan dek untuk melihat-lihat.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Sampai dipuncak atas banyak pokok getah dan rumah orang kampong. Sangat cantik pemandangan dan betul-betul kelihatan seperti sebuah dusun pertanian. Wahh terasa seperti di Kampung hehe. Kelegaan dapat dirasa apabila kami dihidangkan dengan air kelapa fresh baru dipetik hehe. Kemudian baru lah demonstrasi proses getah dimulakan. Dari menoreh getah, dikumpulkan dalam bekas bersama asid kemudian dilenyek dengan mesin dan akhir sekali dibakar. Wallah boleh terus hantar ke kedai hehe.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Waktu Operasi setiap hari dari 8:30 am – 5:30pm untuk Dusun dan Complex dari 7:00am – 11:00pm


Task 6

Task


Habis sahaja turun dari Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Di situ juga terdapat Medan Selera atau penanggah yang juga terkenal. Almaklumlah apabila waktu makan tengah hari, ramai orang pejabat ke sana untuk makan tengah hari. Lebih kurang sama dengan Presint 9 punya Medan Selera. Banyak pilihan yang makanan untuk dipilih hehe.


Etw 3 day 2


Okay baiklah Task 6 ialah The best post update on How to get here and what are th specialities will win. Hmmm mini task agak sukar sebenarnya dan sebenarnya bila fahami betul-betul anda boleh jawab dengan senang. Hehe. Contoh. Korang nak datang sini guna helicopter ? parking disediakan dan yang akan menyambut anda adalah pokok-pokok tumbuhan herba. Gituh hehe.


Task 7

Untitled


Selepas aje selepas di Taman Warisan Pertanian. Kami terus ke Cruise Tasik Putrajaya. Ha ini yang nak cerita sebab sebelum ini ku pernah ke sini naik Cruise Tasik Putrajaya makan malam. Fuh terbaik oh makan malam kat situ hehe. Tapi kali ini merasa menaiki Picnic Boat! Kita sendiri akan mengemudi boat piknik tersebut. Bayangak berkelah atas piknik boat sambil menikmati pemandangan sekeliling Tasik Putrajaya.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Suatu pengalaman yang awesome dan tidak dapat dibeli mana-mana. Tambahan mendapat team mate yang sangat sporting dalam menjalankan task ini. Masing-masing ada gaya tersendiri dan ku bersyukur dapat mengenali mereka semua. Macam cari angle dan posing masing untuk mencari gambar yang terbaik hehe. Nasib ada gopro. So eazy. Tak lupa juga magkuk tingkat Tiffinayan yang mudah bawa makanan ke mana sahaja.


Astaka Morocco

Etw 3 day 2


Astaka Morocco terletak di Taman Botani di bahagian utara Presint 1. Ini adalah salah satu tarikan yang anda mesti dilawati di Putrajaya. Peremba Construction Sdn Bhd diberi kepercayaan untuk menjadi kontraktor untuk menyelia projek siap dan siap dalam tempoh setahun pada bulan September 2003.

 Dalam mencipta Maghribi suasana untuk babak kontemporari, Astaka Morocco, bakal menjadi satu mercu tanda yang terkenal di Putrajaya, mempamerkan Maghribi dan Moor seni bina yang unik, yang kebetulan dipercayai pertama seumpamanya di rantau ASEAN.Tukang mahir Maghribi juga telah dibawa masuk untuk sentuhan akhir untuk mewujudkan corak geometri terperinci dan rumit, yang sebahagian daripada bangunan itu, ciri-ciri gaya Islam dan warna.


Etw 3 day 2 


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2

Tukang mahir tersebut mempunyai kepakaran dalam seni bina zellij, gypsum plaster dan kerja kayu. Komponen-komponen ini menentukan Astaka Morocco dan seni bina yang unik. Tetamu yang berjalan ke dalam Astaka Morocco pasti akan terpesona dengan tiang melengkung, alang siling dan pintu kayu halus diukir dan berasa seolah-olah mereka telah diangkut ke tetapan biasa daripada bandar-bandar yang penuh hiasan yang terkenal di Maghribi.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2



Task 8

Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Selesai aje menaiki Piknik Boat di Cruise Tasik Putrajaya dan melawat Astaka Morroco, balik ke Hotel sebentar berehat almaklumlah hampir seharian berada di luar. Ku sampai tertido juga sempatlah dalam 2 jam tidur hehe. Malam kedua kali ini makan malam di Umai Café Putrajaya yang terkenal dengan Nasi Goreng Umai yang sangat sedap itu. Umai Café ini terletak betul-betul di tepi tasik Putrajaya berdekatan dengan Monumen.

Ada juga task kami di sini yang perlu diselesaikan hehe. Selepas aje menikmati makan malam buffet yang disediakan oleh Umai Café ini. Sedap okay hehe. Tasknya ialah perlu menyediakan cekodok goreng. Dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menyediakan dan memasak cekodok ini. Tapi sebelum itu, demo cara membuat cekodok dan cara masakan dibuat oleh Tuan Punya Umai Café ini. Terbaiklah sangat sedap hehe.


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2


Etw 3 day 2

Alhamdulillah team kami dikelilingi oleh orang yang pakar dalam bidang masakan. Almaklumlah semua wanita dan mak-mak gitu hehe. Percubaan membuat itu memang senang hanya masuk pisang dan tepung serta sedikit gula. Tapi apabila menggoreng harus berhati-hati jangan sampai hangit. Setelah selesai semuanya dan merasakan masakan kami sendiri. Not bad hehe. Tapi bukan rezeki memihak kepada kami pada malam itu. Team lain yang menang. Lagi sedap kot. Hehe.

-End of Day Two-

No comments: